Monday, July 27, 2009

HP


Sudah hampir tiga minggu blog ini tidak dikemaskini. Sudah hampir tiga minggu juga saya tidak bercakap menggunakan telefon bimbit (HP). Kali terakhir saya mengunakan HP ialah semasa membuat rawatan susulan di KPMC pada 9 Julai. Pada hari itu saya berjumpa doktor pakar tulang seperti temujanji yang telah ditetapkan seminggu sebelumnya.
Pada hari itu saya merasa sudah sihat tetapi agak mengejutkan bila doktor memberi saya cuti seminggu lagi sehingga 16 Julai. Saya mengelamun memikirkan cuti sakit tersebut. Saya rasa sudah cukup sihat untuk bekerja semula. Saya memikirkan mengenai cuti sakit tersebut dan juga cadangan doktor untuk mengorek tulang kaki saya dan menggatikannya dengan simen. Tanpa disedari HP itu tercicir di KPMC. Ianya hanya disedari bila saya pulang ke rumah. Saya bergegas semula ke KPMC , namun HP itu tidak ditemui. Saya cuba membuat panggilan tetapi panggilan terus dialihkan ke pesanan suara . Mungkin kad sim telah dikeluarkan dari HP.
Selang beberapa hari saya menelefon nombor HP saya. Agak memeranjatkan kerana ada orang yang menjawab telefon saya.
“Hello” Saya menyapa.
“hello, siapa ini ? jawab suara di telefon.
“Awak menggunakan telefon saya , kenapa awak guna telefon saya? Saya terus bertanya kepada suara itu. Sesekali keengan suara seperti orang Bangladesh atau Myanmar.
“Saya tidak menggunakan telefon awak, saya guna telefon sya sendiri, saya Cuma menggunakan kad sim awak” terang suara itu dengan lembut.
“Mana Awak ambil telefon saya” saya bertanya tanpa mengetahui di mana orang itu berada.
“Saya tidak curi, saya jumpa dekat bawah” jawab suara itu lagi.
“Bawah mana? Saya cuba mendapat kepastian.
“bawah dekat lantai”
“Awak jumpa dekat KPMC kah? Saya terus bertanya
“Saya jumpa dekat pintu masuk Plaza Metro Kajang “ suara itu member jawapan.
Saya hilang HP di KPMC tapi dia jumpa kad sim saya di PMK yang jaraknya hampir 1KM.
“Siapa nama awak ? Say terus bertanya
“Tony” jawab beliau. Sekarang suaranya seperti orang cina.
“Awak tinggal di mana?” Tanya saya lagi.
“Semenyih” jawab Tony.
Saya meminta Tony supaya tidak lagi menggunakan sim kad saya. Saya minta beliau musnahkan kad itu. Beliau menyatakan akan berbuat demikian. Saya juga telah menelefon Celcom untuk menyekat nombor tersebut.
Sekarang sudah hampir tiga minggu saya tiada HP. Saya sengaja membuat eksperimen ini k eatas diri saya sendiri. Saya mahu tengok berapa lama saya boleh bertahan tanpa menggunakan HP. Saudara mara dan kawan-kawan masih dapat menghubungi saya melalui telefon pejabat, telefon rumah, HP isteri saya, emel, facebook dan juga blog ini. Saya cuba menahan diri dari menggunakan HP seperti lebih 10 tahun lepas. Tidak pasti berapa lama saya boleh bertahan. Saya harap saya boleh bertahan dari menggunakan HP lebih lama lagi.
Saya ada juga membuat kajian pasaran mengenai HP. HP Nokia yang asas berharga RM99 sudah memadai jika saya ingin membeli HP baru. Itu jika saya anggap HP sebagai keperluan. Namun Nokia E71 yang disertai dengan GPS berharga sekitar RM1,500 sering juga mengamit perhatian saya. Itu lebih kepada kehendak semata-mata. Mungkin juga lebih baik tidak mempunyai HP buat sementara waktu ini.

8 comments:

benludin said...

salam tuan
HP saya 2nd hand nokia rm70 jeh...hehe
(mungkin di kg. ni x memerlukan yg canggih-manggih)

Che' Pit said...

salam che mie.. alhamdulillah che mie dah kembali hehe.. harap2 che mie dah betul2 sembuh.. waaa lama gak che mie leh bertahan tanpa hp.. sy rasa tak lengkap hidup tanpa hp..

Atikah said...

Salam en mie...

Takziah buat en mie yg kehilangan telepon... n tahniah juga coz dapat bertahan tanpa HP selama tiga minggu... caya ler...saya hanya dapat bertahan tanpa HP seminggu jer... lepas tu terus cari yang baru... :)

en mie... tom apa khabar?

Azemi Ali said...

Salam Tuan Ben,
Kawan-kawan saya cakap banyak HP 2nd hand murah di Bukit Bintang. Dalam RM30 pun ada.

Azemi Ali said...

Salam Che' Pit,

Dah ada nickname baru nampaknya cik Sazlie kita ni. Ingatkan siapa tadi. Boleh kata saya dah sembuh tapi kena bersara dari futsal utk elak cedera berulang. Saja nak tgk berapa lama boleh tahan tanpa HP.

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Tom sihat. Dah semakin pulih. Boleh kata 90% pulih. Atas permintaan Atikah nanti saya post gambar tom sekejap lagi.

Che' Pit said...

salam che mie..

takperlah, kesihatan lagi penting.. maybe dah tak main futsal leh main sukan lain.. bowling ker.. hehe kita tgk baper lama che mie leh bertahan tanpa hp..

Azemi Ali said...

Salam Che Pit,

Saya rasa serius berbasikal pula lepas ini. Mungkin sertai konvoi jelajah Malaysia ke.

Dengan kawan cakap, Warren Buffet, manusia terkaya di dunia pun tak pakai HP..hehe.

Related Posts with Thumbnails