Tuesday, June 30, 2009

Bermegah-megahan


Surah Al-Takaatsur (Bermegah-megahan)Ayat 1 - 8.

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti)oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh)"

"Sehingga kamu masuk kubur "

"Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!"

" Sekali lagi (diingatkan); jangan sekali-kali kamu ( bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

"Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)"

"(Ingatlah demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang"

"Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!"

"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Monday, June 29, 2009

Bekam

Sekarang sudah bulan Rejab. Kemudian diikuti oleh Syaban dan Ramadhan. Pada bulan Rejab inilah peluang untuk umat Islam meningkatkan momentum ibadah. Seterusnya momentun ini akan lebih bertambah di bulan Syaban, Ramadhan, Syawal dan kemuncaknya pada bulan Zulhijjah. Iaitu bagi mereka yang mengerjakan haji. Rebutlah peluang untuk melakukan ibadah seperti berpuasa di bulan Rejab. Banyak fadhilat bagi umat Islam yang berpuasa. Berpuasa dengan sebenar-benarnya, iaitu berpuasa seluruh anggota badan. Janganlah hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.

Pada suatu waktu dahulu apabila saya melihat orang berbekam atau bekas bekam di kepala orang yang berbekam saya rasakan ia sesuatu yang pelik. Kenapa dibotakkan kepala dan ditoreh. Rasa takut untuk mencuba.

Itu dulu. Sekarang saya ok sikitlah. Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.

Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat dari Pusat Rawatan Bekam Al Yakin, Prima Saujana ialah :
1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah menapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.

Banyak sekali faedahnya. Ia adalah sunnah. Kenapa tak cuba?


Sedang mendapat rawatan bekam. Hari ini dalam sejarah, inilah kali pertama saya berbekam. Ada banyak pilihan tempat untuk berbekam sama ada di kepala, belakang badan, kaki, dada, perut dll. Nabi berbekam di kepala, jadi saya pun berbekam di kepala. Yang paling afdhal. Gambar diambil oleh juru bekam dengan 7 tahun pengalaman iaitu Tuan Mohammad Muhahid, pewaris bekam dari ayahnya Hj. Ibrahim Mokhsen.

Semasa bekam tu keluar darah kotor berwarna kehitaman dan pekat. Macam darah beku. Tuan Muhajid tunjuk darah beku itu kepada saya tapi saya tak sempat snap sebab tengah berbaring. Memang likat dan berwarna merah kehitaman.

Masa bekam ni tak keluar darah bersih ke?

Jika doktor ingin ambil darah, doktor akan cari urat. Darah bersih mengalir di dalam urat. Sel darah mati dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan buah pinggang. Namun sebahagian darah kotor masih ada di bawah kulit. Proses bekam mengeluarkan darah kotor dari badan.

Rasa selepas berbekam ialah memang kepala lebih ringan dan hilang pening.


Di kedai gunting sebelum gunting rambut ala rekrut askar. Dan juga ala orang baru balik haji dan umrah.


Gambar terkini sebelum posting ini dibuat.

Berbekam adalah sunnah Nabi di bulan Rejab.

Saturday, June 27, 2009

Mentari Merah di Ufuk Timur

Pagi tadi sempat snap mentari pagi berhampiran rumah.


Sang suria baru terbit.

Tidak semua hari indah begini.

Blur background.

Retro look.

Black and white background

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya". - Surah Al-Kahfi (gua), ayat 17.

Friday, June 26, 2009

Iqra'


Pada suatu hari, antara waktu Maghrib dan Isya' di hadapan Kaabah. Sementara menunggu Isya' saya duduk mengadap Multazam dan membaca Al-Quran. Saya memilih untuk membaca surah-surah pendek kerana azan Isya' akan berkumandang lebih kurang 10 minit lagi.

Semasa saya membaca Al-Quran, ada seorang Arab sedang mendengar bacaan saya. Dari gaya pakaiannya seperti Arab kaya. Rasanya bukan orang Saudi. Mungkin Qatar atau UAE. Beliau mendengar dengan teliti. Saya fikir bagus juga ada orang Arab yang tentu fasih Al Quran boleh menegur bila saya silap.

Bila saya membaca Surah Al Alaq, ayat 7, orang Arab itu menegur bacaan saya. Salah! Salah! agaknya itulah cakap si Arab itu. Baca begini " An Ra Aa, An Ra Aa" beritahu Arab itu. Saya kehairanan. Sudah berpuluh tahun saya mengaji takkan ayat lazim pun tak betul lagi, bisik saya dalam hati. Saya pun beritahu Arab itu dalam bahasa Melayu " Ini Sabdu, Alif, nun mati, Ra sabdu, jadi bunyinya Ar Ra Aa. Saya menjelaskan kepada Arab itu dengan bahasa melayu kampung. Arab itu masih bertegas yang dia betul. Saya hampir terkonfius dengan Arab ini. "Takkan teruk sangat aku mengaji", fikir saya dalam hati.

Arab itu mati-mati mengatakan dia betul. Saya hampir mati kutu. eh! mana ada kutu sebab masa tu botak..hehe. Saya cakap Melayu, Arab tu cakap Arablah. Saya fikir macam mana nak hentikan Arab ini dari sebarkan ajaran salah. Lalu saya pandang di sebelah kiri saya ada seorang Melayu selang seorang lagi Arab. Saya pun bertanya menegnai hal ini. Beliau pun mengesahkan pertanyaan saya.

Lalu saya pun berkata kepada Arab itu " Malaysia baca Ar Ra Aa, kalau you nak baca lain ikutlah tapi saya orang Malaysia, baca macam ni" saya menerangkan kepada Arab itu dengan tegas dalam bahasa Melayu. Harap dia faham lah. Saya meneruskan bacaan, Arab itu diam tetapi dia terus memperhatikan bacaan saya tapi tidak berani menegur lagi..

Moral of the story -
1 - Bukan semua orang Arab pandai mengaji Al- Quran. Diaorang pun main hentam saja.
2 - Aku ingat dah pandai mengaji, sebab tu tak sambung mengaji dah lepas dan mengaji dari darjah satu sampai form 5. Rupanya aku pun bukan pandai sangat pun. So berkat peristiwa itu timbul kesedaran nak belajar mengaji balik. Rupanya banyak ilmu Al Quran yang aku tak tahu lagi. la ni tengah belajarlah sikit-sikit sejak balik umrah hampir setahun dah. Alhamdulillah.
3. Aku pun patut belajar Arab sikit, biar senang faham Al Quran dan senang berkomunikasi dengan Arab. InsyaAllah kelas formal bermula Julai ini. Kelas tak formal dah start lama dah.
4. Hukum bagi ayat Id'rham memang kena sebut Ar Ra Aa. Nun tu tak kedengaran.

Gunung


Gunung Kinabalu.

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pati kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir". - Ayat 21, Sural al-Hasyr.

Wednesday, June 24, 2009

Iklan : Mini Lemon Blueberry Chese Cake




Menarik dan sedap. Seseuai untuk wanita Asia yang tidak suka minum susu. Mengikut kajian Anlene ramai wanita Asia dan Malaysia kurang kalsium. Sesetengahnya kritikal. Kekurangan kalsium menyebabkab osteoporosis atau kereputan tulang. Jadi memakan cheese cake boleh memberi sumber kalsium. Dan yang istimewanya kek ini titambah lemon jadi rasanya tidak muak. Ada rasa lemon, juga kurang kolestrol kerana lemon sudah hilangkan lemak dan kolestrol. Juga semasa dibuat dibacakan sedikit Selawat dan doa.


1 biji - RM1.50
6 biji - RM8.00

For order pls email - sarahsamah@gmail.com / azemiali@gmail.com

Hidayah, Iman, Amal dan Gajah




Hidayah " Ustazah cakap pada zaman dahulu ada raja bernama Abrahah dan tentera bergajah ingin menyerang Kaabah. Tetapi Allah hantar burung Ababil untuk lempar batu ke atas gajah-gajah tersebut. Gajah itu pun mati dan tidak dapat menyerang Kaabah".

Iman " Gajah berkaki empat
Gelek-gelek
Gajah belalai panjang
Gelek-gelek
Gajah bergading dua
Tapi gajah tak makan orang
Gelek-gelek
Kalau adik hendak tahu
Apa makanan gajah
La lala lala lala
La lala lala lala
Gajah makan tebu
Krok Krek"

Amal " Satu Allah, Satu Allah, Satu Allah
Allah ada, Allah kaya, Allah mulia
Allah Tuhan saya.
Dua mata, dua telinga, dua tangan dan kaki
Semua ini Allah cipta untuk kita manusia".

Tuesday, June 23, 2009

Internet



Internet sudah menjadi sebahagian dari kehidupan manusia masa kini. Sejak internet dicipta hidup manusia menjadi lebih mudah. Ada orang akses internet dari rumah dan ada pula dari pejabat makala sebahagian dari cyber cafe. Sesetengah pejabat membenarkan pekerja akses internet untuk keperluan peribadi. Sebahagian yang lain melarang pekerja berbuat demikian.

Saya pernah bekerja di cyber cities. Di sini internet adalah suatu kemestian. Tanpa talian internet yang baik, kerja tidak dapat dijalankan. Sekarang saya bekerja di organisasi yang melarang akses internet untuk hal peribadi. Kami sebagai pekerja akur akan arahan ini. Jadi kami melanggan talian internet sendiri di rumah. Saya memilih streamyx. Blog ini diakses dirumah menggunakan talian internet persendirian. Walaupun sekarang adalah waktu pejabat, saya masih dirumah kerana cuti sakit.

Seorang ustaz pernah bercerita tentang akad yang dibua oleh seseorang pekerja dengan majikannya. Jika waktu bekerja ialah 8 jam, maka pekerja berkenaan hendaklah bekerja 8 jam penuh. Ini adalah kerana gaji yang dibayar adalah untuk 8 jam. Apa akan jadi bila jika pekerja tidak bekerja seperti perjanjiannya dengan majikan ? Atau dengan kata lain ponteng kerja. Ada orang kata gajinya tidak berkat. Sesetengah yang lain kata sebahagian gaji yang diterima tidak halal.

Tepuk dada, tanya iman.

Tetamu





Inilah wajah kucing yang setiap hari mengunjungi rumah kami. Ia adalah kucing yang ditinggalkan oleh tuannya. Setiap pagi bila pintu rumah dibuka, kucing ini sudah sedia menanti di hadapan pintu. Jika kami pulang ke rumah, kucing ini akan berlari dari rumah jiran hati menyambut kami. Jika kami pulang ke kampung, kucing ini setia menanti , bagaikan menjaga rumah kami.

Tetamu yang dinanti.

Monday, June 22, 2009

Direct Selling (DS)



Beberapa minggu lalu seseorang mengajak saya menyertai bisnesnya. Beliau terlibat dalam bisnes direct selling. Sistem Binary atau dua kaki. Melalui sistem ini apabila seseorang masuk, belaiu perlu cari sekurang-kurangnya dua orang lain jika mahu merasa ganjaran. Beliau membayar beberapa ribu ringgit. Setelah dua orang lain masuk, beliau akan dapat beberapa puluh peratus dari yang dilaburkannya dulu. Beliau berkata sudah dapat untung, padahal wang yang diperolehi adalah wang sendiri yang kurang dari nilai asal. Untuk mendapat balik jumlah yang dilaburkan, beliau perlu mencari lebih ramai ahli. Atau wang itu lebur keran tidak balik modal.

Kemudian seseorang lain cuba mempromosi jualan langsung yang lain pula. Menggunakan internet sebagai medium. Caranya sama, bayar, cari ahli dan dapat wang.

Secara asasnya DS tidak kira sistem apa seperti single level, multi level, binary, piramid atau apa sekalipun, menjual barang atau perkhidmatan dengan lebih mahal dengan harga pasaran. Harga barang yang mahal itulah digunakan bagi menampung bonus kepada ahli sama ada bonus kereta , rumah dan lain-lain.

Ada seorang kawan membuat pinjaman peribadi lebih RM20K untuk terlibat dengan DS. Beliau melaburkan wang tersebut untuk membeli barangan syarikat DS dan kemudiannya menjaja cek RM4K yang diterima sebagai bonus dari syarikat. Cek itu mampu memperdayakan ramai orang. Terutamanya orang yang tamak. Tetapi adalah lebih malang diri sendiri yang terpedaya kononnya sudah berjaya. Kemudian beliau terkial-kial memikirkan bagaimana membayar ansuran bulanan bank. Pinjaman tersebut menambahkan beban kewangan yang tidak perlu.

Saya tidak pernah setuju dengan DS kerana barangannya yang lebih mahal itu. Namun saya juga pernah terlibat dengan DS. Saya join syarikat DS lebih 10 tahun yang lalu. Yuran penyertaan ketika itu cuma RM50. Saya kira saya sudah beberapa puluh atau ratus kali balik modal wang RM50 yang dilaburkan itu. Alhamdulillah, saya juga berpeluang melancong ke luar negara. Ke Indonesia sahaja. Ke Danau Toba, 4-3 malam kalau tak silap saya. Itu kenangan manis DS saya.

Kenapa berhenti ? Saya berhenti DS kerana faktor masa. Semasa aktif DS dulu saya masih bujang. Pada siang hari saya bekerja di syarikat. Kemudian pada malam hari saya sibuk membina network DS. Apabila berkahwin saya berhenti. Saya fikir jika ada anak nanti say mungkin tidak kenal anak sendiri kerana terlalu sibuk mencari wang. Padahal saranan Islam. Peruntukkan 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk Allah dan 8 jam untuk rehat. Usahawan DS bekerja hingga 16- 20 jam sehari dan terlalu sedikit masa untuk akhirat.

Saya juga amat sedih apabila usahawan-usahawan DS tidak memahami pelan pemasaran syarikat DS yang diceburi. Ada yang beranggapan syarikat akan memberi mereka kereta atau rumah dengan percuma. Padahal hanya tabung kereta atau rumah. DS sebenarnya perniagaan imej. Usahawan digalakkan membeli kereta besar atau rumah besar. Sebagai imej yang mereka sudah berjaya. Padahal mereka menanggung beban kewangan yang amat tinggi. Sebahagian yang saya kenal begitu perit hidupnya (walaupun berkereta besar)kerana menanggung hutang besar. Mereka terpaksa bertungkus lumus mencari wang untuk membayar ansuran bank. Sesetengahnya pula berkata mereka terpaksa berbohong untuk membuat jualan.

DS di Malaysia sudah boleh dianggap sebagi indistri. Namun mereka yang terlibat di recycle dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Masing-masing akan berkejar untuk masuk syarikat baru dan akan bangga dengan status pioneer, iaitu orang yang terawal masuk. Yang paling untung adalah syarikat DS itu sendiri. Ada juga yang berjaya menjadi jutawan atau mengubah hidup ke arah yang lebih berjaya.

Kini DS begitu canggih. Macam-macam inovasi ditambah ke atas produk. Namun mereka tidak akan dapat mengajak saya join kembali kerana pada asasnya produk DS lebih mahal.

Telefon Bimbit



Inilah wajah handphoneku. Nokia 6020. Sudah berusia lebih 3 tahun. Masih utuh. Sudah banyak berjasa. Ku harap masih boleh berkhidmat 3 tahun lagi. Ini adalah HPku yang ketiga dalam hidup. HP yang pertama Ericson, masa tu belum bergabung dengan Sony. Yang kedua Nokia 3010. 3 HP dalam masa 12 tahun. Ok lah tu. Jimat!

Sekarang di pejabat, kawan-kawan sibuk ajak join group Nokia E71. Ada GPS kata mereka. Nak kemana-mana tak sesat lagi. Aku pun ada GPS juga. Surf google earth untuk peta dan ada navigator di sebelah pemandu. GPS E71 bercakap bahasa Inggeris sahaja. GPS ku boleh berbahasa Inggeris, Melayu dan kadang-kadang Arab. Lagi canggih. Lebih murah. Percuma.

Bagi sesetengah orang, menukar HP bila ada model baru adalah hobi mereka. Aku pula kata " HP cuma alat komunikasi sahaja. Untuk menelefon bila perlu".

Sunday, June 21, 2009

Aktiviti Pagi Ahad







"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah ;.. Ayat 196, Surah Al-Baqarah.

Aktiviti Malam Minggu




Maksud Hadis :
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasullullah s.a.w, bersabda : " Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". - Riwayat al-Tirmizi.

Saturday, June 20, 2009

Solusi




Kali pertama saya tahu mengenai majalah ini adalah beberapa bulan lepas. Masa itu Ustaz Zahazan memberi kuliah Jumaat di Masjid Wilayah dan beliau mewar-warkan tentang majalah ini. Isu pertama majalah ini terbit Nov 2008. Dan bulan ini, Jun 2009sudah isu ke 8.

Majalah ini padat dengan cerita-cerita agama, motivasi,soal jawab agama, dan isu-isu yang tidak lapuk. Berharga RM9 senaskah. Amat menarik untuk dijadikan bahan bacaan tetap.

Friday, June 19, 2009

Al Khawarizmi




Jika anda ke Melaka singgah ke Kompleks Falak (Astronomi) Al Kharizmi terletak di Pantai Tanjung Bidara. Tiket masuk hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Saksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dan hayati kebesaran Allah.

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dab bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. - Ayat 107, Surah Al-Baqarah.

GTS 200


Iman

Amal

Eleganku yang banyak berjasa. Terpaksa berpisah beberapa hari lagi.

SYM GTS 200

Kenderan baru untuk membawaku dari A ke B.


Bagiku kenderaan hanyalah alat untuk membawaku dari A ke B. Ianya tidak lebih dari itu. Aku menunggang motosikal ke tempat kerja. Kenderaan terbaik yang boleh membawa ku dari A ke B. Dengan menunggang motosikal aku dapat jimat antara RM700 - 1,000 sebulan. Jika aku berkereta belanja petrolnya ialah RM17 sehari. Tolnya pula RM4. Parking percuma. Jadi RM21 x 22 hari bekerja sebulan = RM462. Belum ditambah bayaran ansuran kereta, cukai jalan, insurans, penyelengaraan dan sebagainya. Jika menunggang motor belanja petrolnya tidak sampai RM4 sehari untuk jarak 70km. Aku telah menggunakan Eleganku selama 5 tahun. Setelah dianalisa harga belian - harga jualan / masa penggunaan, aku hanya melabur RM80.00 sebulan untuk mendapatkan khidmat Elegan yang berjasa ini. Jimat sekali! Sungguh puas hati. Tetapi aku terpaksa menjual Eleganku kerana ianya mengalami kerosakan dan kos membaik pulihnya terlalu mahal. Adalah lebih ekonomi jika dijualkan sahaja.

Kereta atau motor, fungsinya sama. Membawa manusia dari A ke B. Bagi sesetengah orang pula, kenderaan mereka ibarat rumah kedua. Ada yang yang menganggapnya sebagai isteri kedua.

Ramai orang anggap kereta / kenderaan mereka sebagi imej diri mereka. Apabila mereka memandu kereta besar, mereka merasa kaya. Apabila mereka memandu kereta kecil, mereka rasa rendah diri. Saya kenal beberapa orang jutawan yang hanya berkereta sederhana sahaja. Apabila ditanya kenapa tidak berkereta besar. Seorang jutawan menjawab " Jika saya berkereta kecil ianya tidak menjejaskan kekayaan saya. Bahkan saya lebih jimat kerana kereta kecil lebih jimat minyak".

Namun di luar sana makin ramai manusia yang bertungkus lumus. Siang dan malam untuk mencari duit lebih. Mereka ingin membeli kereta yang lebih besar. Untuk naikkan imej diri kata mereka. Sesetengahnya pula terpengaruh dengan rakan sebaya atau jiran-jiran yang menukar kereta baru. Mengikut pakar motivasi perjumpaan (reunion) semula rakan sekolah / universiti memberi stres kepada sesetengah orang jika tidak mempunyai ilmu kewangan yang mencukupi. Ada orang membeli kereta baru semata-mata untuk ke reunion. Mereka ingin menyatakan mereka lebih berjaya berbanding rakan sebaya yang lain. Padahal kereta tidak melambangkan kekayaan atau kejayaan.

Belilah kereta / kenderaan mengikut kemampuan. Bak kata orang-orang tua " Ukurlah baju di badan sendiri, buat sesuatu ikut kemampuan".

Thursday, June 18, 2009

Pagi dan Petang



Alhamdulillah hari ini kita dilanjutkan usia untuk ditemukan sekali lagi dengan waktu pagi yang indah. " Sekiranya kamu berada pada waktu pagi janganlah berharap akan bertemu waktu petang kerana mati mungkin menemui dulu". " Sekiranya kamu berada pada petang, jangan berharap kamu akan bertemu waktu pagi kerana antara keduanya maut mungkin menunggumu".



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak; dan kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (Syurga). - Surah Ali Imran ayat 14.

Success



At age 4 success is.. not wetting your pants
At age 12 success is.. having friends
At age 18 success is.. having a drivers license
At age 21 success is.. going all the way
At age 35 success is.. having money
At age 50 success is.. having money
At age 60 success is.. going all the way
At age 70 success is.. having a drivers license
At age 75 success is.. having friends
At age 80 success is.. not wetting your pants

Wednesday, June 17, 2009

Orthopaedics Surgeon


Bakal doktor-doktor pakar. InsyaAllah.Amin.

Orthopedic surgery or orthopedics (also spelled orthopaedics) is the branch of surgery concerned with conditions involving the musculoskeletal system. Orthopedic surgeons use both surgical and non-surgical means to treat musculoskeletal trauma, sports injuries, degenerative diseases, infections, tumors, and congenital conditions. - Wikipedia.

Saya ada beberapa temujanji dengan doktor pakar orthopaedics. Temujanji pertama pada 15 Jun. Saya ke KPMC awal untuk berjumpa doktor tersebut. Ianya dibatalkan kerana doktor tersebut sakit Gout. Saya agak kecewa kerana tiada seoarng pun menelefon saya berkenaan pembatalan tersebut. Saya diberitahu,mereka telah menelefon saya tetapi nombor tidak dapat dihubungi. Saya akur mungkin salah saya. Mereka juga tidak meminta nombor telefon saya. Saya memberikan nombor telefon baru. Mereka membuat temujanji baru pada 17 Jun. Mereka juga memberi cadangan agar saya membuat rawatan di Hospital kajang.

Pada 16 Jun saya ke Hospital Kajang (HK). Setelah mengelilingi hospital berkenaan hampir satu pusingan dan menunggu beberapa lama akhirnya saya diberitahu agar membuat temujanji dengan doktor pakar. Saya diberi temujanji pada 30 Jun. Saya bertanya bagaimana dengan hari ini hingga 30 Jun itu? pandai-pandailah sendiri jawab jururawat bertugas. Begitu rupanya perkhidmatan mereka. Saya fikir saya bernasib baik kerana masih ada temujanji esoknya. Pada hari itu saya mendapat maklumat yang doktor pakar KPMC dan HK ialah orang yang sama.

Pada 17 Jun saya ke KPMC pula untuk hadir temujanji yang telah dibuat. Kali ini saya hampa lagi. Doktor juga manusia biasa. Doktor masih sakit. Tapi saya lebih hampa dan sakit kerana tiada sesiapa memberitahu saya berkenaan pembatalan itu. Mujurlah mojo saya ok. Saya tidak marah. Saya sabar. Mereka memberi saya satu lagi temujanji pada 18 Jun iaitu esok dengan doktor pakar yang lain.

Susah benar hendak berjumpa dengan orthopaedic ini. Adakah ianya species yang terancam? Saya harap ada doktor pakar bertugas esok. Kalau tidak lebih baik ianya dipanggil doktor dok paka langsung.

Who Stole My Mojo?



Mojo!? Mojo tu apa?

People without Mojo see lemon as lemon.
People with Mojo see lemon as lemonade.
Sarah said " I see lemon and I see Lemonade Bluberry Cheese Cake". Wow! tha's must be super Mojo.

Kalau di Terengganu Mojo adalah bualan harian masyarakat di sana. Mereka memberi Mojo yang tinggi. Mereka berbual mengenainya setiap masa. Contohnya apabila berlaku sesuatu musibah seperti kemalangan. Mereka akan berkata " Mojo patah ibu jari kaki sahaja, tak patah kaki". Apabila orang yang ditimpa musibah itu patah kaki, mereka akan berkata "Mojo patah sebelah kaki sahaja, sebelah laki ok". Begitulah seterusnya. Mojo di Terengganu bolehlah dirujuk sebagai bersyukur atau redha atas apa yang berlaku.

What is Mojo?

Mojo boleh didefinisikan sebagai magic, charm. or your energy, vitality, zest, drive, spirit, passion, oomph, power, get up and go, vigour and festiness.

Nobody stole my Mojo.

Tuesday, June 16, 2009

Masjid





Mengikut kiraan kasar saya, Melaka mempunyai paling banyak Masjid per KM berbanding negeri lain. Selang beberapa KM kita kan menemui sebuah Masjid walaupun baru ternampak sebuah Masjid sebelum itu. Masjid di Melaka secara amnya bersih dan ditadbir dengan teratur.

Saya pernah melihat orang buta berjalan ke Masjid dalam keadaan yang amat sukar dan beliau selamat tiba tanpa bantuan tongkat mahupun orang. Saya pernah mendengar seorang Ustaz menyatakan bahawa syaitan pun akan menolong untuk memastikan orang buat yang berjalan ke Masjid tidak jatuh. Jika orang itu jatuh nescaya akan diampunkan seluruh dosa umat Islam.Itu yang syaitan tidak mahu.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi S.A.W. bersabda " Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang dibenci Allah ialah pasar". - Riwayat Muslim.
Related Posts with Thumbnails