Wednesday, July 8, 2009

Tom

Tom adalah nama seekor kucing. Sempena nama rancangan kanak-kanak, Tom Tom Bak. Tom adalah kucing yang ditinggalkan oleh jirah yang berpindah. Setelah ditinggalkan, kucing ini mencari makan di rumah jiran-jiran lain. Ia juga tinggal di sebuah rumah selang 5-6 rumah dari rumah kami. Ia baru melahirkan anak kira-kira dua bulan lepas.

Setiap hari Tom akan ke rumah kami. Pagi , petang dan malam. Setiap pagi bila pintu rumah dibuka ia akan berlari-lari ke rumah kami. Mengiau meminta makanan. Kami membeli makanan kucing di pasaraya sebagai makanan Tom dan kucing lain yang meminta makanan. Setiap kali kami pulang ke rumah , kucing ini seolah-olah kenal kereta kami dan akan meluru berlari sama ada untuk meminta makanan atau sekadar bermain-main.


Tom berposing semasa sihat.

Kini kami tidak dapat melihat Tom berlari lagi. Tom Kemalangan. Saya terlanggarnya dengan kereta pagi semalam. Terasa ralat, sedih dan sungguh kesal kerana terlanggar Tom. Tom suka duduk di rumah kami. Biasanya dia akan lari jika ada kereta yang datang. Tapi semalam dia tidak bergerak. Tayar kereta terlanggar Tom. Peha kanannya patah.

Kami membawa Tom ke Mesra Pet Shop di Saujana Impian untuk dapatkan rawatan. Petugas di kedai itu berkata " Doktor hanya datang pada pukul 1 tengah hari, sila tinggalkan kucing ini dan datang kemudian". Kami akur, kami tinggalkan Tom di kedai tersebut.

Pukul 1:30 kami ke sana lagi. Doktor sampai sejurus kami masuk ke kedai tersebut. Dua orang doktor membuat pemeriksaan dan merawat Tom. Mereka mengesahkan kaki Tom patah dan mengesyaki mungkin tulang pinggulnya turut patah. Mereka tidak boleh membuat rawatan kerana tiada mesin x-ray dan tiada peralatan bedah. Doktor hanya memberi suntikan penahan sakit. Mereka menulis surat dan rujuk kes ini ke Klinik Veterinar, UPM. Menurut mereka doktor pakar berada di sana.


Tom sedang dirawat di Mesra Pet Shop oleh dua orang doktor veterinar.

Jam 2.40 petang kami ke UPM. Tidak biasa dengan UPM, kami tersesat di dalam kampus. Kami hanya tiba jam 3.40 petang. Klinik ini dibuka dari pukul 8 pagi hinggan 4 petang dan ditutup pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang. Semasa membuat pendaftaran kami tengok ada beberapa ekor pesakit dan beberapa orang tuan pesakit sedang menunggu. Ada juga seorang artis. Kalau tak salah kami ahli kumpulan Lefthanded. Tempat menunggu dipisahkan kepada dua iaitu satu untuk anjing dan satu lagi untuk kucing dan lain-lain haiwan kesayangan. Ini kali pertama kami ke sini dan juga mana-mana klinik haiwan. Kami tidak pernah memiliki kucing.


Pandangan hadapan klinik.


Pintu masuk.

Setelah lebih kurang setengah jam menunggu, kami dipanggil untuk berjumpa doktor. Doktor membuat pemeriksaan awal dan membuat x-ray.


Tom dibawa untuk x-ray.


Tom disuntik antibiotik dan ubat tahan sakit.


Berdebar-debar menanti keputusan x-ray Tom.


Doktor mengesahkan tulang peha Tom patah. Tiada tulang lain yang patah.

Namun agak mengecewakan doktor seperti tidak mahu membuat rawatan lanjut kepada Tom. "Kami tidak boleh buat pembedahan, kami kena refer out..err appointment minggu ini sudah penuh" Doktor yang bertugas memberi alasan.

"Kami boleh tunggu untuk appointment" saya memberi cadangan.

"Tak boleh nanti tulangnya akan tumbuh dan pembedahan agak sukar" jawab doktor tersebut. Kami akur.

Semasa pulang kami singgah di klinik haiwan ini.



Mereka terkejut kerana UPM tidak mahu membuat rawatan. Semua doktor pakar haiwan dan kelengkapan canggih ada di sana. Setelah menilai x-ray, empat orang doktor yang juga pemilik klinik itu berbincang dan menyatakan ada beberapa pilihan yang boleh dibuat.
1. Membuat pembedahan dan memasukkan wayar dan clip di tempat patah tetapi kemungkinan besar akan berlaku komplikasi yang teruk. Akan ada risiko jangkitan yang tinggi dan kucing boleh mati kerana itu.
2. Potong kaki. Kata mereka kucing boleh hidup berkaki tiga. Sila rujuk internet kata mereka lagi.

Kami tidak sanggup membuat pembedahan yang berisiko tinggi yang akhirnya lebih membawa mudarat kepada Tom. Kami juga tidak sanggup memotong kaki Tom.

Kami akan selalu bacakan doa Patah Tulang dari Darul Syifa. Semoga Tom cepat sembuh dan boleh berlari kembali. Teringin juga membawa Tom ke bomoh patah tapi mereka kata tak pernah ada orang bawa kucing. Teringin juga kami bawa Tom ke Darul Syifa tapi setahu kami tiada haiwan dirawat di sana.

Kami bercadang untuk memelihara Tom ke akhir hayatnya atau ke akhir hayat kami jika kami pergi dahulu. Doakan Tom cepat sembuh..

35 comments:

mba2u said...

Salam;

Nak kandang besar untuk letak Tom buat sementara waktu sehingga ia sembuh?. Boleh ambil dari rumah....

Azemi Ali said...

Ok tu. Bila boleh ambil?

Anonymous said...

Sayu sungguh aku baca posting kali ni ...

PINATBATE said...

Cuba saja bawa ke darul syifa..belum cuba belum tau..mudah-mudahan Allah mengasihi org yang mengasihi sesama makhluk..

Azemi Ali said...

Salam.

Siapakah anda wahai anonymous?
Sila perkenalkan diri tuan.

Azemi Ali said...

Kak Pinat,

Saya dah baca doa patah tulang tu beberapa kali untuk Tom. Kalau nak ke Darul Syifa, Dato' Dr. Haron Din ada hari selasa sahaja. Hari lain murid dia. Saya plan nak jumpa tok guru saya. Antara anak murid sulong Dr. Haron Din. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan dan menyembuhkan Tom.

mba2u said...

Salam;

Boleh ambil bila2 masa sahaja.
(hari ini balik lambat - cycle). Esok boleh?.

Azemi Ali said...

Salam.

Ambil sangkar esok pun ok.

benludin said...

kena cari Jerry sebagai teman beliau bersukan kejar-mengejar

Azemi Ali said...

Betul juga kata tuan Ben tu, tapi zaman la ni Jerry susah nak cari kecuali Jerry Lab. Macam fisioterapi agaknya.. kalau Tom bersukan dengan Jerry.

Atikah said...

Salam en azemi...

Comelnya tom... germnya... cian kat dia kena langar... hope tom cepat sembuh....

So, tom apa khabar sekarang?

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Tom tidur sepanjang hari. Tak makan tak minum. Kena suap baru makan sikit.

Atikah said...

Salam en azemi..

Kesiannya kat tom... dia sakit tu... kucing kalau sakit, dia akan tidur jer.... mesti badannya panaskan... dr ada bagi ubat makn tak? hu... hu... tumpang simpati pada tom... walaupun dia hanya seekor kucing... kalau kucing saya, saya dah nangis dah....

en azemi, pahanya yang patah tak letak kayu n balut ker? tak nak bagi kaki dia bengkok bila baik...

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Dr bagi ubat makan..papase..ubat surut bengkak..sama macam ubat saya..

Nak letak kayu tu saya pun tak tahu..dr pun tak buat.. Letak kayu tu (splint) tu kes ringan.. Tom ni kes berat.. kalau tgk gambar x-raynya tulang Tom Pecah.. Dr Pakar pun tak berani buat apa.. Sama ada potong kaki sampai paha atau bedah berisiko tinggi.. Dua-dua pun kami tak sanggup..

CM said...

salam cik mie

sian Tom..pasangkan dgn kucing si sazlie yg comel tu!!sihatlah lah dia

en mie oh en mie

tom tu malu-malu mieow-mieow tak??

Azemi Ali said...

Salam CM,

Lama tak nampak, dah baik demam ke?

Ada nenek nak melawat Tom petang ni, popular jugak Tom ni ye..

Satu perkara yang respek dekat Tom ni, walaupun sakit dia tak berxx kat dalam rumah. Kita orang letak dia dekat porch ambil angin, masuk sekejap, tiba-tiba , hilang, cari-cari kat dalam longkang, melepaskan hajat. Kucing yang taat, dulu saya cakap aku bagi makan ni jagan berxx kat rumah ni, jangan dekat rumah jiran. Dia ingat rupanya. Sanggup tahan sakit perut kot. Janji arahan dipatuhi. Cayalah Tom..

Engku Artini said...

salam cik mie
sian kat tom..mcmmana yek..lama2 bg ubat tahan sakit tu jer. takde effect ker.. moga berkesan jumpa tk guru

Azemi Ali said...

Salam Engku Artini,

Terima kasih ziarah saya dan Tom di sini.

Doktor ada dua kali inject ubat tahan sakit (dua doktor berlainan). Saya pun confuse, tapi tak boleh lawan cakap doktor, saya bukan doktor.

Isar said...

Salam,

Cuba awak bagi Tom minum air Gamat, Pior gamat. kalau dia tak mahu minum paksa aje untuk 2kali, Insaallah dia akan sembuh,

Ini dah terbukti.
wassalam

Azemi Ali said...

Salam ISAR,

Terima kasih atas tips itu. InsyaAllah saya cuba.

MIMIE AFINIE said...

Salam En. Azemi,

Baca kisah Tom, teringat kat Jojo... kucing akak. Mcm Tom jugak... suami akak terlanggar masa nak undur kereta dan Jojo mati masa tu jugak. Mengalir air mata suami akak. Dua tiga hari jugaklah tak lalu makan...

P/S: Encik Azemi bila masuk kerja balik? Pasal denda tu... abaikan ajelah reminder tu. (Denda tak dikenakan untuk MC dan cuti segera)

Azemi Ali said...

Salam Kak Mimie Afinie,

Terima kasih datang blog saya ni. Alhamdulillah Tom dah beransur pulih. Buat rawatan tradisional sahaja. Dah berselera makan dan boleh berjalan jarak dekat.

p/s - Terima kasih kak. InsyaAllah tak lama lagi saya masuk kerja. Ada reminder ya..saya tak tahu macam mana nak contact akak sebab tu saya tinggalkan mesej dekat blog.

en_me said...

salamm.. me baru je tertengok entri dlm blog yg inih.. lagi sadisss..

yonna

Che' Pit said...

salam che mie,

nape dah lama takde entry baru? che mie sibuk ker?

Azemi Ali said...

Salam en me

gambar yang sadis. Wanita itu lebih teruk dari binatang.

Azemi Ali said...

Salam sazlie

Sibuk sikit bila dah kerja kembali. Maklumlah 4 minggu tak masuk kerja. Bertimbun.Banyak idea nak tulis sebenarnya tapi tak dan.

Che' Pit said...

ooo che mie dah habis bercuti rupenyer.. hmm mesti byk keje kat opis kan.. ok, selamat kembali bekerja..

Atikah said...

Salam en azemi...

Selamat kembali bekerja....

Tom apa khabar ya? masukan gambar terbaru Tom yang comey tu.... gambar manaj2 gitu....

Engku Artini said...

salam cik mie
dah masuk kerja yer.. mesti dh bz. saya asyik duk teringat si tom yang comel tu.. dah sihat dah dia yer?

Azemi Ali said...

Salam Engku Artini,

Terima kasih datang singgah blog yang lama tak update ni.

Saya memang sibuk lately. Siang saya memang tumpu pada kerja. Blogging hanya pada waktu malam atau hujung minggu di rumah. Ni pulak nak pergi kelas Bahasa Arab. Baru nak belajar. Tengok blog sekejap.

Tom sihat. Ada masa nanti saya post gambar terbaru Tom dan Kawan-kawannya.

Atikah said...

Salam en azemi...

Selamat belajar bahasa arab... belajar kt mana tu?

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Terima kasih. Belajar berhampiran dengan rumah sahaja.

Tie HT said...

salam..nk tanye bleh..rawatan tradisional yg macam mane dpt sembuhkan kucing yg patah kaki? tq

Azemi Ali said...

Salam Tihara,

Maaf lambat jawab soalan tuan. Saya bawa kucing berjumpa seorang ustaz, beliau adalah anak murid kepada Dr. Haron Din, Darus Syifa. Ustaz itu bacakan doa satu baldi air. Air itu dimandikan kucing tersebut dan dibuat air minumnya. Alhamdulillah Allah menyembuhkan kucing (Tom) tersebut.
Menurut ustaz tersebut, ini kali pertama beliau merawat kucing dan pernah sekali merawat ayam yang sakit. Biasanya beliau merawat manusia. Allah Maha berkuasa.

Unknown said...

Assalamualaikum..saya sedih baca cerita ni. Saya pun sekarang sedang jaga sekor anak kucing umur dalam 3-4 bulan. Dia mangsa kekejaman org yg xde hati perasaan..mak dan adik dia dah mati..masa jumpa dia dah nazak..tapi jiran cepat anta ke vet. Bg Bg oksi + air.mata dia buta.kaki depan dia patah teruk doc cadang kan supaya kaki dia di potong.utk elak kan tulang yg tajam tu mencucuk isi boleh luka dan infection..Kos sangat tinggi dlm rm1500 di vet upm..saya pun Tak mampu..saya juga ada bawa dia ke bomoh patah di Puchong. Harap sgt boleh baik. 😭😭

Related Posts with Thumbnails