Tuesday, December 15, 2009

Astro dan Sedekah

Teringat tazkiran Ustaz Haryanto Rizal beberapa hari lepas. Nama ustaz ini Haryanto tetapi dia bukan orang seberang, dia cuma berasal dari Selangor. Keistimewaan utama Ustaz ini ialah suara, gayanya malah doa dan kata alu-aluan saling tak tumpah seperti Ustaz Ismail Kamus. Dia juga dipanggil sebagai klon Ustaz Ismail Kamus.

Sekadar mengambil sedikit isi kuliah beliau. Kata Ustaz hampir setiap dari hadirin ada melanggan Astro. Langganan minimum Astro ialah RM38.00 sebulan. Itu langganan minimum. Sangka baik, dengan tanggapan hadirin semua langgan Astro kerana mahu menonton Oasis sahaja. Senang berselawat, senang dengar ceramah agama, senang belajar Al-Quran dan Taranum serta yang baik-baik sahaja. Bukannya melanggan untuk hiburan. Mungkin sekali-sekala tersalah saluran.

Jika kita bayar Astro RM38.00 sebulan, berapa pula kita bayar untuk sedekah jariah ? Jangan bikin malu dengar sedekah kurang dari bayar Astro...

Tuan-tuan kira sendiri, berapa sedekah tuan setiap bulan. "Amacam, ada harapan (Nak Masuk Syurga) ..?" Ustaz Haryanto bertanya sambil berseloroh.

2 comments:

Che Li said...

Aku tak langgan Astro mi. Tapi bila tengok oasis, macam nak langgan. Tapi takut jugak dok tersalah siaran jer nanti. Maklumlah anak2 tengah membesar ni. Tak spi hatilah pulak bapaknya nak kontrol sangat..

Azemi Ali said...

Salam Che Li,

Saya memang respek orang yang tak langgan Astro dan tak satu lagi orang yang tak ada kad kredit. Susah nak cari orang sebegini di alaf ini.

Bagus teruskan maintain tanpa Astro. Oasis pun bukan best sangat..

Cerah masa depan tanpa Astro...InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails