Sunday, October 26, 2008

Anak

Saya membelek-belek Al-Quran dan terjumpa dua ayat yang cukup relevan kepada saya sekeluarga.
Ayat 49-50, Surah Ash-Shura (Musyawarah)
" Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi: Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya. Ia mengurniakan anak-anak perempuan bagi yang dikehendakiNya. Dan mengurniakan anak-anak lelaki bagi yang dikehendakiNya.
Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya : mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.
Saya mempunyai tiga orang puteri, seperti mana tajuk blog ini iaitu Hidayah, Iman dan Amal. Saya tidak (belum) dikurniakan putera. Setelah saya membaca ayat-ayat ini, saya semakin redha bahawa ia semua dalah ketentuan Allah kepada hambanya. Milik Allah semua yang ada di langit dan di bumi. Allah Maha Mengetahui dan Maha berkuasa.

2 comments:

Anonymous said...

Saya masih tidak dikurniakan anak walau dah lebih 4 tahun mendirikan rumahtangga...bila kenangkan ayat al-Qur'an ini,al-hamdulillah,kami dapat menerima ketentuan Ilahi...tapi masih tetap berusaha.

Azemi Ali said...

Salam.
Ustaz Razi,
Saya doakan ustaz dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan memberi manfaat kepada ustaz dan isteri. Teruskan DUIT. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal. InsyaAllah.
Salam Ukhwah.

Related Posts with Thumbnails