Sunday, October 19, 2008

Cerita Haji dan Hajah Muda

Saya dan isteri ada beberapa orang kawan yang pergi haji semasa muda.
Hj. Ramlan pergi haji semasa berusia 25 tahun ketika masih bujang. Semasa beliau berkahwin beliau berbulan madu umrah di tanah suci. Tahun ini beliau menunggu panggilan dari TH untuk pergi haji lagi. Beliau akan membawa isteri yang belum menunaikan haji. Saya doakan beliau dijemput oleh Allah untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Hj. Hidayatul Ikram menunaikan haji semasa berumur 27 tahun juga ketika bujang. Beliau menceritakan pengalaman yang unik iaitu bagaimana beliau hanya berjalan kaki dari Mekah ke Arafah, Mina, Mudzalifah dan kembali ke Mekah. Perjalanannya lebih cepat sampai dari sesetengah bas.Saya teruja mendengar cerita beliau. Kini beliau menetap di Jeddah sebagai seorang Akauntan di sana. Hampir setiap minggu beliau menunaikan umrah.
Hajah Aziza menunaikan haji ketika berusia 32 tahun. Beliau adalah seorang ibu tunggal dengan dua orang anak. Gaji beliau ketika itu tidak sampai pun RM1,000.00. Saya begitu kagum dengan usaha beliau untuk menunaikan haji semasa muda. Berkat layanan yang baik kepada kedua ibubapanya beliau mampu menunaikan haji walaupun dengan pendapatan yang rendah.
Saya perhatikan ketiga-tiga kawan kami ini mempunyai sifat-sifat yang baik iaitu orang-orang yang beriman dan mempunyai akhlak yang tinggi. Sungguh seronok berkawan dengan mereka. Mereka telah mendapat tarbiyah dan pengajaran daripada proses haji. Saya dan isteri berdoa semoga suatu waktu nanti kami juga akan mendapat tarbiyah dan pengajaran haji semasa msih muda bagi bekal kami menghadapi cabaran-cabaran hidup.

3 comments:

Unknown said...

Doakan saya utk tunaikan haji bersama isteri pada tahun ni...

Azemi Ali said...

Salam Haji Muda Ikram,
Ikram dah bawa isteri ke sana kan. Kena ada kuota jugak ke? Saya doakan Ikram dan isteri selamat menunaikan haji pada tahun ini. Doakan kami juga dapat menunaikan haji dalam masa terdekat ini.Selalu-selalulah doakan kami sebab Ikram sudah berada di tanah suci..

benludin said...

Tuan Azemi,
nak tanya...dulu ngaji uitm ka??
nama hang familiar...sorry kalau salah org..

Related Posts with Thumbnails