Wednesday, June 10, 2009

Ibrahim Bin Adham


Pada satu malam, seorang raja bernama Ibrahim bin Adham sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya sementara melelapkan mata. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu di atas bumbung istananya.

"Siapa di atas itu?" tanya Ibrahim Adham.
"Saya, pengembala kambing" sahut satu suara dari atas.
"Apa yang kau buat di atas istana ku? tanya Ibrahim.
"Aku mencari kambingku yang hilang". jawab suara itu.
"Cis, pelik sungguh! masuk akalkah kau mencari kambing mu di atas bumbung istanaku".

Suara itu menjawab " Begitulah wahai Ibrahim.. Adalah lebih pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilam yang empuk itu? Itu sama sahaja dengan mencari kambing di atas bumbung".

Selepas peristiwa itu, Raja Ibrahim tersedar dari kelalaiannya. Suara itu telah mengingatkan beliau tentang kesusahan rakyat jelata.
Tidak lama kemudian beliau menyerahkan takhta kepada orang kepercayaannya dan beliau mengembara mencari ilmu dan bermuhajadah sebagai seorang sufi. Akhirnya beliau terkenal sebagai seorang wali Allah yang tersohor.

Sumber : Solusi 2

No comments:

Related Posts with Thumbnails