Thursday, December 17, 2009

Salam Hijrah

Setiap saat berdetik menjadi minit. Minit bertukar menjadi jam. Dari jam menjadi hari. Hari membentuk minggu. Kemudian bulan menjelma. Saat demi saat. Minit demi minit. Jam demi jam. Hari-hari kian berlalu. Kita menghampiri tahun baru. Tahun baru hijrah datang lagi.

Waktu yang sudah berlalu tidak akan datang lagi. Umpama air sungai yang mengalir. Air itu pergi dan terus pergi.

Beberapa minggu lalu saya berkeempatan mendengar kuliah daripada Tuan Guru Nik Razi Nik Mat. Seorang guru agama yang terkenal. Beliau juga adalah adik kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pesan Tuan Guru Nik Razi, " Jika kita tidak mengambil kesempatan waktu ini untuk beribadat. Belajar dan mantapkan ilmu agama kita. Melakukan ibadat ibadat wajib. Kemudiannya menambah ibadat - ibadat sunat seperti solat Tahajud, Dhuha, membaca Al-Quran , bersedekah, puasa sunat dan lain-lain..

Jika kita tidak berbuat demikian, maka amat rugi sekali. Kerana masa itu akan berlalu begitu sahaja. Dari muda kita meningkat dewasa dan akhirnya menjadi tua dan mati. Itu jika kita mati semasa tua. Bagaimana pula bila mati ketika usia muda. "

"Ambillah kesempatan masa untuk mencari sebanyak-banyak bekal untuk dibawa ke alam akhirat."

Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga tahun ini membawa kita ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

5 comments:

Anonymous said...

salam, saudara..
saya merupakan seorang pelajar di mrsm bentong. saya difahamkan bahawa saudara ini merupakan seorang akauntan.. kebetulan, saya juga bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan, sudikah saudara jika saya ingin menemuramah saudara.. hasil temuramah ini akan saya jadikan sebagai hasil kajian saya..
sekian

jika saudara bersetuju, saya berbesar hari menerima email saudara di zaty_0503@yahoo.com.my

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam,
Apa khabar? Salam Hijrah & selamat tahun baru 2010.

Dr Ridzwan Bakar said...

Salam akhi,
Apa khabar? Salam Hijrah & selamat Tahun baru 2010.

Azemi Ali said...

Salam saudari Ezza,

Saya amat berbesar hati kerana saudari sudi menemuramah saya. Saya memang mahu berkongsi pengalaman saya dari sekolah menengah hingga berjaya menjadi akauntan hingga sekarang.

Saya amat sibuk pada masa sekarang. Itu adalah salah satu ciri-ciri akauntan bila sesuatu tahun perakaunan berakhir. Harap bersabar menunggu emel saya.

Terima kasih.

Azemi Ali said...

Salam Dr. Ridzwan,

Alhamdulillah saya sihat. Semoga Dr. Sekeluarga juga senantiasa di kurniakan nimat kesihatan oleh yang Maha Esa.

Hasrat saya untuk mendengar tzkirah dari Dr di surau pejabat saya belum kesampaian kerana kesibukan dan ramai jemaah bercuti.

InsyaAllah saya akan contact Dr. nanti.

p/s - Untuk makluman Ezza, Dr. Ridzwan adalah seorang akauntan yang amat-amat berjaya. Mungkin juga saudari boleh menemuramah beliau.

Related Posts with Thumbnails