Tuesday, December 1, 2009

Tom Dalam kenangan



Kami mengenali Tom kurang lebih setahun yang lalu. Waktu itu seorang jiran telah berpindah dan meninggalkan Tom. Waktu itu Tom hanya seekor kucing biasa. Tiada nama. Namanya hanya diberi setelah sekian lama kami mengenalinya. Dari rumah ke rumah ia  merayau meminta makanan. Waktu itu ada beberapa rumah yang kerap dikunjunginya kerana mungkin senang mendapat makanan termasuklah rumah kami.

Waktu itu jika ke rumah kami, Tom akan disajikan dengan sisa-sisa makanan kami. Ada kalanya tiada makanan yang sesuai untuk diberi. Lalu kami membeli makanan kucing di kedai runcit dan kemudiannya di pasaraya sebagai makanan jika Tom datang berkunjung. Hubungan kami dan Tom semakin hari semakin mesra. Jika kami keluar dan pulang ke rumah, Tom akan berlari-lari sekuat hati jika ternampak kereta kami. Seronok melihat Tom berlari-lari mengejar kereta kami. Setelah pintu pagar di buka, Tom akan berbaring di porch dengan manja. Keadaan ini berterusan hingga beberapa bulan. Kami dan Tom Semakin mesra.


Hinggalah ke suatu hari pada awal Julai 2009. Tom kemalangan. Saya terlanggar Tom dengan kereta. Waktu itu kaki saya patah. Agak sukar untuk mengendalikan kereta dengan keadaan sedemikian. Bila melihat kereta Tom akan berbaring di hadapan (di porch). Entah kenapa hari itu Tom tidak lari dari Porch seeprti hari hari lain. Baca kisah selanjutnya di sini  http://azemiali.blogspot.com/2009/07/tom.html



 
 

Tom dan anak-anaknya sudah mati. Mereka pergi dengan mengejut. Tommy mati pada 24 Nov 2009.Tom pada pagi 25 Nov 2009. Kedua-duanya bersemadi di Kajang. Timmy dan Tikki pula kami sempat bawa berjumpa doktor dan membawa pulang ke Terengganu. Namun Tikki bersemadi di perhentian Gambang pada petang 25 Nov 2009. Timmy pula yang terakhir mati pada pagi 26 Nov 2009.

Terfikir pula, adakah kucing-kucing ini diracuni. Lebih lebih lagi ada dua lagi ekor kucing mati di dua rumah jiran. Jiran-jiran juga mengatakan kemungkinan mereka diracuni. Misteri ini terjawab apabila Doktor Fethri memaklumkan ada virus yang menyerang dan menyebabkan kematian kucing secara tiba-tiba dalam waktu yang singkat. Doktor itu menyatakan tiada vaksin untuk virus ini.

Pertemuan singkat dengan Tom dan anak-anaknya banyak mengajar kami. Teringat Tom yang mengejutkan kami jam 4.30 pagi ketika ia sakit. Mengiau dengan perlahan namun cukup untuk mengejutkan kami. Mungkin mengejutkan kami agar bangun untuk Tahajud. Istimewanya kucing ini. Makhluk ciptaan Ilahi.

Bila matinya seekor kucing, maka episod hidupnya telah tamat. Berbeza dengan kematian seorang anak Adam. Perjalanan selepas kematian itu masih jauh....




Gambar bawah Timmy, Tommy dan Tikki.


Gadis kecil ini mengidap asma dan hobinya setiap hari ialah mendukung Tom dan anak-anaknya. Jika di google kaitan kucing dan asma, maka kucing akan dipersalahkan. Kucing kan haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Kenapa takut? Pasti ada kelebihan si kucing. Kaitan yang mengatakan kucing penyebab asma mungkin datang dari ilmu Yahudi. Ingin menjauhkan kucing dari umat Islam.

Alhamdulillah keadaan asma si kecil ini bertambah baik dengan kehadiran Tom.


8 comments:

geraugebang said...

Eh,Tom ? Bukan Tomah? Jantan ke betina. Cam betina jeer. Tapi memang cun giler Tom ni.

benludin said...

masa kecik dulu aku akan menangis bila ada kucing aku yg mati

Azemi Ali said...

Tuan geraugebang,

Tom tu betina. Nama sempena rancangan Tom Tom Bak. Lagipun Tomboy is a girl hehehe...

Salam kenal

Azemi Ali said...

Tuan Ben,

Tok guru saya cerita dia menangis masa kucing dia mati. Masa tu umur dia dah lebih 50 tahun kot..

CM said...

salam

Tom pergi dihari lahir ku????alahai sedihnya Tomm mmg comel...

Che Li said...

Azemi, aku kecik2 dulu sgt suka bela kucing. Byk kali kucing aku kena buang sbb nakal. Berak merata2. Hari2 aku menangis. Akhirnya aku nekad tak bela apa2 binatang pun sbb tak sanggup bila kena buang...

Azemi Ali said...

Salam Cikgu Mas,

Begitulah hidup, di kala orang bergumbira ada pula yang berduka... heheh jiwang lah pulak..

Azemi Ali said...

Salam Che Li,

Tom ni bukan sengaja saya bela. Kerana sudah terlanggar Tom, maka sudah menjadi tanggungjawab saya untuk membelanya. Tom ini memang hebat dan dengar kata, walaupun masa sakit ia tak buang air di rumah, ia sanggup mengheret badan buang air dalam longkang. Memang kami tabik dekat Tom.

Lagipun kata orang bela kucing buat anak asma. Kebetulan seorang anak saya ada asma. tetapi sebaliknya berlaku, asma anak saya makin pulih bila ada Tom. Kuasa Allah SWT.

Tapi anak anak kami yang agak terasa kehilangan Tom dan anak-anaknya hingga bila mereka bermain pun berlakon jadi kucing.

Related Posts with Thumbnails