Tuesday, March 16, 2010

Polygunner Cozmic Cx1.0

Kurang lebih 7 bulan berkayuh basikal. Menggunakan Lerun Freelander agak membataskan pergerakan. Bila semua gear telah digunakan, masih belum cukup untuk mendaki bukit yang lebih tinggi. Sesekali mencuba basikal kawan, saya begitu teruja bila mencuba Fuji Tahoe Comp Pro milik Tuan Suhaimi. Walaupun menggunakan gear 15, begitu mudah mendaki bukit. Pada bukit yang sama sama terpaksa menggunakan gear dua. Konsep gear basikal sama dengan gear kereta. Gunakan gear rendah bila mendaki.

Beberapa kedai telah dikunjungi. Kedai Simon di Taman Rakan, United Angel Pekan Kajang , Kedai Basikal Seri kembangan, Kedai Lan di Kelang, K Fine di Sekamat, Basikal Unibike pula sudah beberapa kali cuba. Ada 7-8 kedai yang dikunjungi 2-3 kali. Mungkin tokey basikal sudah bosan dengan kunjungan saya.

Antara basikal yang diuji.

Specialized Rockhopper Silver Black ini memang menarik minat saya tetapi tiada stok. Dalam gambar ini hanya basikal bersaiz 15 inci. Saiz saya ialah 17. Warantinya seumur hidup. 
Fuji ini pula yang ditawarkan oleh tuan kedai. Spesifikasinya tinggi tetapi harganya juga terlalu tinggi. Warnanya pun tak menarik.
Merida ini pula terlau berat. Jika bajet hanya sekitar RM1500, hanya dapat basikal yangberatnya 14.5 kg ke atas dan 8 kelajuan. Dengan bajet sebanyak itu Raleigh Elite  Shimano Deore 9 kelajuan sudah boleh dimiliki. Cuma masalahnya Raleigh ini terlalu kecil dengan frame 16. Saya hampir membelinya tetapi dibatalkan kerana masalah ketinggian. Lebih sesuai untuk wanita atau mereka yang memeliki ketinggian -+165cm.

Pernah juga bersua dengan Exitway siap dengan hydraulic brake. tetapi kunjungan kali kedua ke kedai yang sama, basikal itu sudah disambar orang. Jenama Exitway adalah salah sebuah basikal yang dikayuh oleh Dato' YDP MPKj. Jenamanya kurang terkenal tetapi value for money.

Terasa juga ingin memilik RB tetapi selepas menguji Bianchi ternyata bukan pilihan terbaik untuk saya sekarang. Mungkin pada masa depan. 
Specialized Rochhoper ini pula tak sampai-sampai. Mungkin kontena tenggelam kot.
Denga khabar Fuji Nevada 1.0  sudah sampai. Harganya amat murah. SRAM 9 speed tetapi beratnya 14.88 kg. Hampir-hampir membelinya tetapi faktor berat menjadi penghalang. Untuk menerunkan berat 1kg bersamaan kurang lebih RM1,000.00. Jadi slim itu lebih baik.

Cannondale F8 & F7 juga pernah diuji tetapi tidak menepati citarasa saya.

Akhirnya Polygon Cozmix CZ1.0 menjadi pilihan. Belian value for money. Jenamanya tidak sehebat Fuji tetapi tetapi spesifikasinya tinggi dan ringan. Cuma +-13.5kg. Faktor berat dan spek menjadi pendorong utamanya memilikinya.

Polygon Cozmix CX1.0

Hari pertama memilikinya saya telah membuat kayuhan solo di SILK sejauh 20km. Jauh benar beza kayuhannya dengan Lerun Freelander. Esoknya Cozmic sampai ke Mantin dengan 40km. Kayuhan malam pertamanya pula 23km. Kemudian kayuahn malam kedua 17km. Satu kayuhan tak jadi sejauh 3km. Dan offroad maut 12km. 115km dalam masa seminggu. Memang berbaloi dan value for money.



No comments:

Related Posts with Thumbnails