Monday, March 15, 2010

Uji Roadbike


Di Malaysia ada beberapa jenis basikal. Yang popular ialah Mountain Bike (MTB), BMX dan basikal racing atau roadbike. Semasa Le Tour De Langkawi yang baru berlalu basikal yang digunakan ialah roadbike. Roadbike (RB) pula ada bermacam jenis ada untuk fitness, triathlon, track, cyclo cross, aero, sport dan bermacam lagi. Setiap basikal ada fungsi yang berlainan.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menguji sebuah basikal roadbike. Saya pun kurang pasti ia masuk dalam kategori mana. Mungkin sport RB. Jenama Bianchi asal dari Italy. Harganya banyak ribu juga. Groupset asal Campagnolo 10 speed. Beratnya hanya 9kg. Basikal yang paling ringan yang pernah saya kayuh. Ini juga kayuhan pertama di Putrajaya. Kayuhan bermula di Taman Warisan, Putrajaya ke Kg. Limau Manis, Pinggiran Putra, Sg. Merab dan kembali ke Taman Warisan.


Kayuhan hari itu cuma bertiga. Satu lagi Bianchi berwarna hijau. Dan
juga basikal ini. Spesis Pinarelo. Sepit udang depannya berbentuk seperti keris. Bahagian belakangnya (bawah) pula tidak sama. Satu horizontal satu vertical. Beratnya cuma 8kg. Kelebihan utama RB ialah ianya ringan mungkin kerana tidak ada disc brake dan juga groupset yang ringan. 


Kayuhan hari itu cuma kayuhan santai tetapi kayuhannya sudah melebihi 25kmj. Saya cuba juga untuk speeding dan dengan cepat mencecah 40kmj dan bila menuruni bukit mencecah 60kmj tanpa kayuhan. Tayarnya slim dan kecil bila terkena batu, batu akan melayang. Saya banyak menggunakan brek ketika menuruni bukit kerana tidak biasa terlalu laju. Bila mendaki, gear yang ada sudah cukup untuk memeudahkan kayuhan.

Pertama kali mencuba RB, saya sudah kayuh 28km. Penat juga sebenarnya. Saya berkira-kira adakah mahu beli RB atau MTB. Beli RB jalannya atas tar sahaja. Beli MTB jalan bertar atau tidak tiada masalah. RB asas harganya RM5-6 ribu. Kalau MTB dengan harga itu sudah boleh dapat full carbon hard tail.

Rasanya belum masa untuk beli RB. Faktor utama ialah tangan saya lenguh ketika memegang handle. Biasanya kaki yang lenguh tetapi dengan RB tangan lebih penat. Mungkin kerana tak biasa. Mengayuh MTB lebih selesa walaupun tidak laju.



No comments:

Related Posts with Thumbnails