Thursday, April 29, 2010

Latihan Terakhir


Sepuluh orang ahli DRCT akan menyertai Jamboree Jasin pada 02 Mei ini. Ini adalah jamboree pertama bagi kebanyakan ahli, ada yang kali kedua dan ada juga yang kesekian kalinya. Latihan terakhir untuk jamboree ini akan diadakan pada 30 April jam 9.00 malam di mana lagi kalau bukan di lubuk DRCT iaitu Tour de SILK. Jarak yang akan ditempuhi dianggarkan 40km. Target masa kayuhan kurang 2 jam.

Dijangka 20 riders akan berkayuh untuk latihan terakhir ini termasuk semua 10 orang Jasin bound riders.

Senarai peserta jamboree jasin dari DRCT ialah :
1. Sham suncrest
2. Jimmy Tahoe
3. Dil Rockhopper
4. Nat Nevada
5. Ezral Nevada
6. Uteq Al Jenggo
7. Joe Jamis
8. Zaidi Tahoe
9. Wizwar Merida
10. Polygunners

Jarak jamboree adalah 50km tetapi menurut rider yang biasa dengan jamboree offroad jarak ini bersamaan atau lebih dari 100km onroad cycling. Target DRCT ialah untuk menamatkan kayuhan. Jamboree bukannya kejohanan lumba basikal tetapi lebih kepada gathering riders dan ride for fun. Lebih 600 peserta telah mengesahkan penyertaan untuk jamboree ini. Pendaftaran masih dibuka sehingga 7.30 pagi, 2 Mei 2010.

Untuk semua riders. Jumpa anda di Jasin, 2 Mei ini. 

No comments:

Related Posts with Thumbnails