Malam tadi satu lagi kayuhan terowong dibuat bermula dari Prima Saujana. Kayuhan tadi disertai oleh Ezral Nevada, Jimmy Tahoe, Sham Crest, Nat Nevada, Dil Rockhopper, Sifu BMC dan Polygunners. Minggu lepas lebih meriah dengan tambahan Wizmar Matt 5, Uteq Al Jenggo dan Joe Jamis tanpa Sifu BMC. Dari Prima, peloton bergerak ke The Tunnel kemudian melalui Tol Sg. Long membuat pendakian 10km. Disinilah fizikal dan mental rider diuji hingga ada yang kena dera. Tapi tiada dakwaan dibuat kerana tiada kecederaan berlaku.
Sesi pendakian diungguli oleh Sham Crest, Raja Bukit yang tiada tandingan manakal Uteq bertindak sebagai sweeper. Jika kayuhan tunnel dilakukan setiap rabu, dalam masa dua minggu lagi semua rider bersedia untuk Jasin. Selepas pendakian, rider dihidangkan dengan zon pecutan pertama 10km dan zon pecutan kedua juga 10km menjadikan jarak kayuhan 30km. Zon pecutan semestinya diungguli oleh Raja Pecut, Dil Rockhopper.Pada sesi pertama minggu lepas peloton agak jauh terpisah tetapi malam tadi 7 rider seiring semasa di zon pecutan. Mungkin stamina sudah semakin bertambah.
Meter kelajuan salah seorang rider menunjukkan kelajuan 61km sejam. Boleh tahan lajunya tetapi belum cukup laju untuk menyaingi Anuar Manan atau Azizul Hasni Awang.
Wizmar, ShamCrest, Uteq, Nat Nevada dan Polygunner.
Kayuhan ini melalu empat tol sepanjang SILK iaitu tol Sg. Long, tol Bukit Kajang, Sg. Ramal dan Sg. Balak. Satu sen pun duit tol tidak dibayar pada kayuhan itu.
Tiga. Tiga puluh kilometer. Tiga ratus kilometer. Warna basikal Polygunner ialah bronze iaitu tempat ke 3.
300km. Satu pencapaian.
DRC @ The Tunnel
No comments:
Post a Comment