Friday, October 8, 2010

Ibu

Sebulan sebelum Ramadhan, saya pulang ke kampung untuk menziarahi ibunda. Saya meluangkan masa untuk bersama ibu. Agak payah untuk berbakti kepada ibu setiap hari kerana jarak 400km memisahkan kami. InsyaAllah doa saya sentiasa ada untuk ibu dan ayah. Antara kata-kata ibu yang saya ingat ketika itu  ialah ada seorang jiran di kampung telah meninggal dunia. Sewaktu hayatnya anak-anak jiran ini jarang menziarahi beliau. Ketika jiran ini meninggal dunia semua anak-anaknya pulang.

Kata ibu " Tidak guna lagi pulang, kerana ibu mereka telah meninggal".

Saya amat terkesan dengan kata-kata ibu ini. Semasa Aidilfitri yang lepas saya meluangkan cuti yang lebih panjang dari biasa bersama ibu. Saya cuba berbakti dan memenuhi keperluan-keperluan ibu setakat yang mampu. Kemudian saya pulang pula beraya di rumah mertua.

Sehari selepas kembali bekerja, ibu mertua saya meninggal dunia. Ibu mertua saya ini telah lapan tahun terlantar sakit akibat serangan stroke. Semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

No comments:

Related Posts with Thumbnails