Sunday, June 14, 2009

Selamat Hari Jadi

Alhamdulillah! hari ini aku masih dapat lagi menarik nafas. Dapat lagi menikmati hidup. Dapat lagi meneruskan kehidupan yang sementara ini. Tengahari tadi genaplah umurku 34 tahun. Aku meraikan hari ini dengan menghadiri kelas strategi penulisan anjuran PTS. Hidup perlu diteruskan dengan belajar. Setiap hari kita perlu belajar sesuatu. Hari ini banyak ilmu dunia penerbitan yang ku pelajari. Ini adalah bengkel penulisan yang ke empat yang ku hadiri.


Suasana selepas bengkel.

Impian ku adalah untuk menjadi penulis. Aku ingin berkongsi serba sedikit ilmu kewangan yang ku tahu. Aku teringat sebuah hadis yang bermaksus " Apabila matinya seseorang anak Adam, maka terputus semua amalannya kecuali tiga perkara, iaitu ilmu yang berguna yang diajar kepada orang lain, sedekah jariah dan doa anak yang soleh". Itulah yang ku mahu. InsyaAllah ketiga-tiganya. InsyaAllah dengan menulis aku dapat serba sedikit berkongsi ilmu dengan orang lain. Kini aku telah berkongsi serba sedikit di blog.


Bersama penulis-penulis hebat PTS. Wanita bertudung hitam ialah Puan Ainon Mohd, seorang pejuang bahasa dan juga penerbit yang amat berjaya. Aku banyak belajar daripada beliau.

Hari ini umurku 34 tahun. Aku tidak pasti samapi bila aku boleh hidup. Jadi aku perlu memantapkan strategi sperti hadis tadi sebagai menambah bekalan di akhirat kelak. semoga usahaku dipermudahkan oleh Allah Taala.

Hari ini aku berkenalan dengan En. Ong. Beliau adalah seorang motivator. Beliau hadir ke bengkel PTS untuk belajar menulis buku. Beliau akan menulis di dalam bidang motivasi. Aku begitu kagum dengan beliau. Kekurangan dirinya menjadi kelebihan kepada beliau. Kisah beliau mendorong diriku menjadi lebih baik.



En. Ong dan Eleganku.

Alhamdulillah!

Saturday, June 13, 2009

Isteriku Pandai Menjahit


Aku sungguh bangga dan teruja kerana isteriku pandai menjahit. Biarlah satu dunia tahu yang isteriku pandai menjahit. 6 bulan yang lalu, ilmu menjahit beliau hampir sifar. Tapi setelah beberapa sesi belajar menjahit di Kolej Komuniti Kajang. Beliau telah berjaya menjahit sepasang seluar dan blouse. Aku terus mengira. Blouse sebegini harganya mau RM40 - RM60 paling murah. Jimat! Jimat! kos menjahit tak sebanyak itu. Lagipun ia lebih labuh dan menutup aurat sepenuhnya. Baju raya ini tahun , InsyaAllah bakal dijahit sendiri. Jimat lagi. Tapi nilainya lebih mahal dari yang dibeli. Itu sudah pasti.

Memang isteri ku pandai menjahit. pandai Memasak. Boleh ku Panggil The Chef Accountant atau The Fashion Designer Accountantlah. Pujilah isterimu, pujilah suamimu. Kerana pujian itu adalah dakwah.

Rasulullah pernah berdakwah dengan pujian. Semua orang tahu yang Khalid Al-Walid seorang pakar strategi peperangan. Kerana taktik beliau ramai pejuang Islam gugur di medan Uhud.
Nabi berdakwah dengan beliau dengan cara mengirim serban kepada Khalid melalui adik Khalid. Nabi berpesan supaya kepada adik supaya berkata yang Khalid adalah amat cerdik . Dan adalah lebih bijak jika Khalid masuk Islam. Khalid sungguh tertawan dengan dakwah Nabi. Kaum Quraish tidak pernah memuji Khalid, tapi Nabi memuji beliau.
Akhirnya Khalid mendapat hidayah dari Allah taala dan memeluk Islam. Beliau adalah seorang pakar strategi peperangan yang unggul.

Begitu juga ketika nabi berdakwah kepada Abu Sufian semasa umat Islam mengusai Mekah.

Pujilah dengan jujur dan ikhlas.

Thursday, June 11, 2009

Zati dan Mawas


Gambar hiasan ini adalah Gibbon. Bukannya monkey atau kera.

"Maka setelah mereka menjadi sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka " Jadilah kamu kera yang hina".

Ayat 166, Surah Al A'raf (Tempat Tertinggi).

Perhatikanlah apa yang ada pada alam dan hayatilah Al-Quran, InsyaAllah kita akan dapat melihat kekuasaan Allah.

Unta




Unta adalah binatang yang unik. Ia amat setia kepada tuannya. Ia akan patuh jika tuannya suruh ia tunggu di sesuatu tempat. Ia tidak akan bergerak , sanggup tidak makan atau minum demi mematuhi tuannya.

Jika diperhatikan cara haiwan ini duduk dan bangun , ianya seperti orang sedang solat. Seolah-seolah sedang rukuk dan sujud ketika ia duduk. Dan semasa ia bangun dari duduk seolah-olah bangun dari sujud.

Ini adalah antara makluk ciptaan Allah agar manusia mengambil iktibar darinya.

Wednesday, June 10, 2009

Ibrahim Bin Adham


Pada satu malam, seorang raja bernama Ibrahim bin Adham sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk dalam istananya sementara melelapkan mata. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu di atas bumbung istananya.

"Siapa di atas itu?" tanya Ibrahim Adham.
"Saya, pengembala kambing" sahut satu suara dari atas.
"Apa yang kau buat di atas istana ku? tanya Ibrahim.
"Aku mencari kambingku yang hilang". jawab suara itu.
"Cis, pelik sungguh! masuk akalkah kau mencari kambing mu di atas bumbung istanaku".

Suara itu menjawab " Begitulah wahai Ibrahim.. Adalah lebih pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilam yang empuk itu? Itu sama sahaja dengan mencari kambing di atas bumbung".

Selepas peristiwa itu, Raja Ibrahim tersedar dari kelalaiannya. Suara itu telah mengingatkan beliau tentang kesusahan rakyat jelata.
Tidak lama kemudian beliau menyerahkan takhta kepada orang kepercayaannya dan beliau mengembara mencari ilmu dan bermuhajadah sebagai seorang sufi. Akhirnya beliau terkenal sebagai seorang wali Allah yang tersohor.

Sumber : Solusi 2

Tuesday, June 9, 2009

Pasangan



Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia manjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang) itu; dengan jalan yang demikian dikembangkanNya(zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya)dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.


Surah As-Syuura (Musyawarah), Ayat 11.

Makan Malam

Sudah beberapa hari saya tidak buat posting baru dalam blog ini. Sekarang ni agak sibuk sikit. Baru balik dari bawa keluarga bercuti ke Melaka minggu lepas. Minggu ni pula agak sibuk bila staf dan saya pula bercuti. Disamping itu minggu ini Auditor telah memulakan final audit untuk akaun 2008. Ditambah pula persiapan sebagai penceramah untuk kursus kewangan bagi pegawai sokongan minggu hadapan.

Minggu ini suasana di pejabat agak kurang ceria kerana mendapat berita mengenai keputusan prestasi tahunan yang kurang memberangsangkan. Apa boleh buat, kuasa prestasi terletak di tangan bos tetapi rezeki di tangan Allah. Suasana lebih ceria seperti selalu tentunya di rumah. Sesampainya saya dirumah malam ini, hidangan makan malam telah siap. Hari ini isteri saya menghidangkan masakan barat.


Makaroni Creamy Cheese

Pizza Mix Seafood

Desert : Blueberry Cheese cake

Wah! sungguh lazat makanan makan malam ini. Alhamdulillah kerana isteri saya pandai memasak. Sejak kebelakangan ini kami sekeluarga tidak lagi mengunjungi restoran makanan segera barat. Kami boikot! Anak-anak pun memberi sokongan yang padu mengenai boikot ini. Hinggakan Hidayah dalam dilema untuk menyertai pertandingan melukis di sekolahnya kerana hadiah ditaja oleh restoran makanan segera. Restoran makanan segera sekarang memesongkan rancangan pemasarannya ke sekolah untuk menambat hati anak-anak. para cikgu kena pantau ni terutamanya Cikgu Mas.

Dulu kami membayar jumlah wang yang banyak untuk makan pizza di restoran makanan segera. Harganya mahal. Kini isteri saya mampu memasaknya dan rasanya lebih baik daripada restoran makanan segera. Harganya tidak sampai 1/4 daripada yang dibelanjakan di sana. Makanan yang dihidangkan lebih fresh, dijamin halal dan berkhasiat. Di samping itu air tangan isteri mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Setiap kali makan, Iman tidak lupa membaca doa sebelum dan selepas makan dalam bahasa Arab dan terjemahannya :
" Ya Allah berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Amin.".

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan dan minuman dan menjadikan kami dari golongan orang-orang Islam. Amin."

Semoga ada manfaat.
Related Posts with Thumbnails