Tuesday, June 30, 2009

Bermegah-megahan


Surah Al-Takaatsur (Bermegah-megahan)Ayat 1 - 8.

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti)oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh)"

"Sehingga kamu masuk kubur "

"Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!"

" Sekali lagi (diingatkan); jangan sekali-kali kamu ( bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

"Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)"

"(Ingatlah demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang"

"Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!"

"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

Monday, June 29, 2009

Bekam

Sekarang sudah bulan Rejab. Kemudian diikuti oleh Syaban dan Ramadhan. Pada bulan Rejab inilah peluang untuk umat Islam meningkatkan momentum ibadah. Seterusnya momentun ini akan lebih bertambah di bulan Syaban, Ramadhan, Syawal dan kemuncaknya pada bulan Zulhijjah. Iaitu bagi mereka yang mengerjakan haji. Rebutlah peluang untuk melakukan ibadah seperti berpuasa di bulan Rejab. Banyak fadhilat bagi umat Islam yang berpuasa. Berpuasa dengan sebenar-benarnya, iaitu berpuasa seluruh anggota badan. Janganlah hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Antara amalan sunat lain pada bulan Rejab ialah berbekam. Nabi Muhammad S.A.W berbekam pada bulan Rejab. Tentu ada sebab tertentu Nabi hanya berbekam pada bulan Rejab. Saya pun tahu mengapa. InsyaAllah saya akan cuba mencari dan mengkaji melalui pembacaan dan mungkin bertanya kepada yang lebih tahu sebab kenapa Nabi berbuat demikian. Apakah kelebihan bulan Rejab ini.

Pada suatu waktu dahulu apabila saya melihat orang berbekam atau bekas bekam di kepala orang yang berbekam saya rasakan ia sesuatu yang pelik. Kenapa dibotakkan kepala dan ditoreh. Rasa takut untuk mencuba.

Itu dulu. Sekarang saya ok sikitlah. Cuba berpegang kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Kerana barangsiapa yang berpegang dengan Al-Quran dan Al-Hadis maka dia tidak akan sesat selama-lamanya. Itu khutbah terakhir Nabi.

Berbekam adalah Sunnah Nabi. Jika sesuatu yang dilakukan oleh Nabi sudah pasti mempunyai kebaikannya. Banyak sekali kebaikannya. Antara faedah berbekam yang saya dapat dari Pusat Rawatan Bekam Al Yakin, Prima Saujana ialah :
1. Membuang keracunan toksid dalam badan yang menyebabkan mudah menapat penyakit
2. Melegakan stress, tubuh lebih selesa dan ringan
3. Memulihkan saraf dalam tubuh manusia
4. Memulihkan sistem badan berfungsi dengan baik
5. Melancarkan pengaliran oksigen ke seluruh tubuh bagi membolehkan badan kembali sihat
6. Menambah dan menguatkan daya tahan badan supaya dapat mencegah penyakit
7. Merawat pelbagai penyakit.

Banyak sekali faedahnya. Ia adalah sunnah. Kenapa tak cuba?


Sedang mendapat rawatan bekam. Hari ini dalam sejarah, inilah kali pertama saya berbekam. Ada banyak pilihan tempat untuk berbekam sama ada di kepala, belakang badan, kaki, dada, perut dll. Nabi berbekam di kepala, jadi saya pun berbekam di kepala. Yang paling afdhal. Gambar diambil oleh juru bekam dengan 7 tahun pengalaman iaitu Tuan Mohammad Muhahid, pewaris bekam dari ayahnya Hj. Ibrahim Mokhsen.

Semasa bekam tu keluar darah kotor berwarna kehitaman dan pekat. Macam darah beku. Tuan Muhajid tunjuk darah beku itu kepada saya tapi saya tak sempat snap sebab tengah berbaring. Memang likat dan berwarna merah kehitaman.

Masa bekam ni tak keluar darah bersih ke?

Jika doktor ingin ambil darah, doktor akan cari urat. Darah bersih mengalir di dalam urat. Sel darah mati dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan buah pinggang. Namun sebahagian darah kotor masih ada di bawah kulit. Proses bekam mengeluarkan darah kotor dari badan.

Rasa selepas berbekam ialah memang kepala lebih ringan dan hilang pening.


Di kedai gunting sebelum gunting rambut ala rekrut askar. Dan juga ala orang baru balik haji dan umrah.


Gambar terkini sebelum posting ini dibuat.

Berbekam adalah sunnah Nabi di bulan Rejab.

Saturday, June 27, 2009

Mentari Merah di Ufuk Timur

Pagi tadi sempat snap mentari pagi berhampiran rumah.


Sang suria baru terbit.

Tidak semua hari indah begini.

Blur background.

Retro look.

Black and white background

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya". - Surah Al-Kahfi (gua), ayat 17.

Friday, June 26, 2009

Iqra'


Pada suatu hari, antara waktu Maghrib dan Isya' di hadapan Kaabah. Sementara menunggu Isya' saya duduk mengadap Multazam dan membaca Al-Quran. Saya memilih untuk membaca surah-surah pendek kerana azan Isya' akan berkumandang lebih kurang 10 minit lagi.

Semasa saya membaca Al-Quran, ada seorang Arab sedang mendengar bacaan saya. Dari gaya pakaiannya seperti Arab kaya. Rasanya bukan orang Saudi. Mungkin Qatar atau UAE. Beliau mendengar dengan teliti. Saya fikir bagus juga ada orang Arab yang tentu fasih Al Quran boleh menegur bila saya silap.

Bila saya membaca Surah Al Alaq, ayat 7, orang Arab itu menegur bacaan saya. Salah! Salah! agaknya itulah cakap si Arab itu. Baca begini " An Ra Aa, An Ra Aa" beritahu Arab itu. Saya kehairanan. Sudah berpuluh tahun saya mengaji takkan ayat lazim pun tak betul lagi, bisik saya dalam hati. Saya pun beritahu Arab itu dalam bahasa Melayu " Ini Sabdu, Alif, nun mati, Ra sabdu, jadi bunyinya Ar Ra Aa. Saya menjelaskan kepada Arab itu dengan bahasa melayu kampung. Arab itu masih bertegas yang dia betul. Saya hampir terkonfius dengan Arab ini. "Takkan teruk sangat aku mengaji", fikir saya dalam hati.

Arab itu mati-mati mengatakan dia betul. Saya hampir mati kutu. eh! mana ada kutu sebab masa tu botak..hehe. Saya cakap Melayu, Arab tu cakap Arablah. Saya fikir macam mana nak hentikan Arab ini dari sebarkan ajaran salah. Lalu saya pandang di sebelah kiri saya ada seorang Melayu selang seorang lagi Arab. Saya pun bertanya menegnai hal ini. Beliau pun mengesahkan pertanyaan saya.

Lalu saya pun berkata kepada Arab itu " Malaysia baca Ar Ra Aa, kalau you nak baca lain ikutlah tapi saya orang Malaysia, baca macam ni" saya menerangkan kepada Arab itu dengan tegas dalam bahasa Melayu. Harap dia faham lah. Saya meneruskan bacaan, Arab itu diam tetapi dia terus memperhatikan bacaan saya tapi tidak berani menegur lagi..

Moral of the story -
1 - Bukan semua orang Arab pandai mengaji Al- Quran. Diaorang pun main hentam saja.
2 - Aku ingat dah pandai mengaji, sebab tu tak sambung mengaji dah lepas dan mengaji dari darjah satu sampai form 5. Rupanya aku pun bukan pandai sangat pun. So berkat peristiwa itu timbul kesedaran nak belajar mengaji balik. Rupanya banyak ilmu Al Quran yang aku tak tahu lagi. la ni tengah belajarlah sikit-sikit sejak balik umrah hampir setahun dah. Alhamdulillah.
3. Aku pun patut belajar Arab sikit, biar senang faham Al Quran dan senang berkomunikasi dengan Arab. InsyaAllah kelas formal bermula Julai ini. Kelas tak formal dah start lama dah.
4. Hukum bagi ayat Id'rham memang kena sebut Ar Ra Aa. Nun tu tak kedengaran.

Gunung


Gunung Kinabalu.

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pati kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir". - Ayat 21, Sural al-Hasyr.

Wednesday, June 24, 2009

Iklan : Mini Lemon Blueberry Chese Cake




Menarik dan sedap. Seseuai untuk wanita Asia yang tidak suka minum susu. Mengikut kajian Anlene ramai wanita Asia dan Malaysia kurang kalsium. Sesetengahnya kritikal. Kekurangan kalsium menyebabkab osteoporosis atau kereputan tulang. Jadi memakan cheese cake boleh memberi sumber kalsium. Dan yang istimewanya kek ini titambah lemon jadi rasanya tidak muak. Ada rasa lemon, juga kurang kolestrol kerana lemon sudah hilangkan lemak dan kolestrol. Juga semasa dibuat dibacakan sedikit Selawat dan doa.


1 biji - RM1.50
6 biji - RM8.00

For order pls email - sarahsamah@gmail.com / azemiali@gmail.com
Related Posts with Thumbnails