Thursday, January 10, 2013

Family Suite Tiara Beach Resort Port Dickson

Jom bawa keluarga berehat di pantai buatan terbesar di Malaysia.

Apartment Family Suite Dua Bilik Menanti Anda di Tiara Beach Resort Port Dickson. Foto pemandangan ini diambil dari bilik kami. Cantik, Nyaman, Menenangkan dan  Seronok kan jika dapat berendam dan berenang di kolam yang luas. Yang paling luas di Malaysia dilengkapi pelbagai gelungsur untuk dewasa dan kanak-kanak.

Ini bilik kedua dilengkapi 2 katil Twin. ruang pakaian, sejadah, empat bantal, aircond, dua towel, etc. Sangat selesa untuk merehatkan badan selepas seharian di tama tema air ataupun di sekitar Port Dickson.

Bilik tidur utama. Dilengkapi katil queen dan empat bantal serta TOTO, sejadah, aircond, 2 towel serta ensuite bilik air yang lengkap dengan pemanas air, syampu dan shower gel yang berkualiti. Meja solek juga tersedia di bilik ini.

Ruang makan menyediakan meja dan empat kerusi jati untuk menjamu selera sambil menonton rancangan kegemaran. Ruang tamu pula dilengkapi TV dan settee jati untuk keseronokan sekeluarga.

Antara tarikan yang tersedia di taman tema air yang menjadi tarikan utama kanak-kanak dan dewasa. Banyak lagi gamabr gelungsur kanak-kanak akan disiarkan pada post yang akan datang. InsyaAllah.

Jom bawa keluarga berseronok main air di Port Dickson.
Tawaran Istimewa untuk pembaca Blog ini

RM180 untuk 2 hari 1 malam - Weekdays
RM280 untuk 3 hari 2 malam - Weekdays

RM230 untuk 2 hari 1 malam - Weekend/Cuti Kelepasan Am/Cuti Sekolah
RM370 untuk 3 hari 2 malam - Weekend/Cuti Kelepasan Am/Cuti Sekolah

WASAP/SMS - MIE - 019-2056921 - untuk booking.

*Harga tidak termasuk taman tema air



Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 2011

Selamat Berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Saturday, December 25, 2010

Mesej Rindu


Blog Hidayah Iman Amal agak lama tidak diupdate. Bloggernya sibuk mungkin... atau leka dengan dunia...

Terima kasih kepada pembaca yang menitipkan mesej ini.... Bisa membangkitkan rinduku juga...

Semoga dipermudahkan.... Amin.

Mesej dari pembaca... Ainnur.




Salam. Saya baru sahaja beberapa hari pulang dari menunaikan fardu haji 1431H. Pergi diusia yang muda, belum pun mencecah 35 tahun.

Sbelum ini saya telah bebarapa kali mendapat lambaian dan seruan ketanah suci namun atas beberapa sebab saya terpaksa menolak dan tangguhkan pemergian tersebut.

Namun kali ini hati saya benar-benar tenang untuk menjadi tetamu agung Illahi. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman manis yang saya lalui hingga saya rasa tak mahu balik ke Malaysia.

"Ya Allah..... Aku rindu..untuk kembali menjadi tetamuMu.Aku rindu untuk beriktikaf dan bersolat di Masjidilharam. Aku rindu untuk tawaf,solat dimakam ibrahim, mencium hajarul aswad dan berdoa di mustazam.


Ya Allah... Rindunya hati ini pada hari wukuf.Rindunya menatap langit malam di Mudzalifah dan suasana di Mina.

Ya Allah...Betapa hati ini terlalu rindu untuk kembali kemasjid kekasihMu....beriktikaf,bersolat dan berdoa terutamanya di Raudah.

Ya Allah...jangan kau padamkan kerinduanku padaMu juga kekasihmu dari hatiku. Jangan jadikan kunjunganku itu yang terakhir.Ya Allah....sampaikan hajatku untuk kembali ke Baitullah setiap tahun... Amin, Amin, Amin ya rabbal alamin "




Amin. Saya doakan agar doa pembaca ini dimakbulkan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, October 11, 2010

Doa Untuk Sahabat

Kurang lebih 18 tahun dulu. Ada seorang sahabat memberi tahu saya. Katanya " If you want to be happy, makes another person happy.." Benar sekali katanya.

Di manakah agaknya sahabat itu?

Walau di mana pun dia berada , Ya Allah rahmatilah sahabatku itu. Berikanlan hidayah dan petunjuk Mu kepadanya. Luaskan rezekinya. Lapangkanlah dadanya. Ampunkanlah segala dosanya. Permudahkanlah segala urusannya" Amin Ya Robbal Alamin.

Friday, October 8, 2010

Ibu

Sebulan sebelum Ramadhan, saya pulang ke kampung untuk menziarahi ibunda. Saya meluangkan masa untuk bersama ibu. Agak payah untuk berbakti kepada ibu setiap hari kerana jarak 400km memisahkan kami. InsyaAllah doa saya sentiasa ada untuk ibu dan ayah. Antara kata-kata ibu yang saya ingat ketika itu  ialah ada seorang jiran di kampung telah meninggal dunia. Sewaktu hayatnya anak-anak jiran ini jarang menziarahi beliau. Ketika jiran ini meninggal dunia semua anak-anaknya pulang.

Kata ibu " Tidak guna lagi pulang, kerana ibu mereka telah meninggal".

Saya amat terkesan dengan kata-kata ibu ini. Semasa Aidilfitri yang lepas saya meluangkan cuti yang lebih panjang dari biasa bersama ibu. Saya cuba berbakti dan memenuhi keperluan-keperluan ibu setakat yang mampu. Kemudian saya pulang pula beraya di rumah mertua.

Sehari selepas kembali bekerja, ibu mertua saya meninggal dunia. Ibu mertua saya ini telah lapan tahun terlantar sakit akibat serangan stroke. Semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Lima Perkara Ubat Hati

1. Berkawan Dengan Orang yang Soleh.

2. Baca Quran

3. Kosongkan Perut

4. Qiyammulail

5. Redha dengan Allah sebelum bertemu Allah.

sumber - tazkirah.

Wednesday, October 6, 2010

Musim Haji : Uwais Al Qarni



Musim Haji bakal tiba lagi. Jemaah dari Malaysia bakal ke Tanah Suci beberapa hari lagi. Khabarnya bermula 09 Oktober 2010, pesawat pertama akan berlepas ke sana. Bakal jemaah sekarang sibuk mengadakan kenduri kesyukuran sebelum ke sana. Beberapa orang sahabat kami juga mendapat Jemputan dari Allah SWT untuk ke sana pada tahun ini.

Menulis mengenai kisah haji saya teringat suatu kisah mengenai Uwais Al Qarni. Beliau hidup di zaman Nabi Muhamad SAW tetapi tidak pernah bertemu dengan baginda. Beliau tinggal di Yaman bersama ibunya. Uwais ingin sekali bertemu Rasulullah dan beliau pernah ke Madinah untuk bertemu baginda tetapi tidak sempat bertemu kerana baginda telah meninggalakan Madinah ke medan perang Badar, kalau tak silap saya.

Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Umar Al Khattab agar mencari Uwais di zaman beliau selepas Nabi wafat dan meminta Uwais mendoakan para sahabat. Para Sahabat terkejut dengan pesan Rasulullah ini kerana apakah kelebihan Uwais sehingga Rasulullah meminta sahabat meminta doa dari Uwais.

Pada satu hari beberapa bulan sebelum musim haji, ibu Uwais menyatakan keinginannya untuk menunaikan haji. Oleh kerana kemiskinan, hasrat ibunya itu agak sukar dipenuhi. Uwais tidak mempunyai kenderaan untuk membawa ibunya dari Yaman ke Mekah. Akhirnya Uwais berjaya membeli seekor lembu. Kandang lembu  ini dibina di atas bukit. Setiap pagi dan petang Uwais akan mendukung lembunya dari atas bukit untuk di bawa ke padang untuk meragut dan minum dan kemudian mendukungnya kembali ke atas bukit. Uwais dianggap telah gila kerana perbuatannya itu. selepas beberapa bulan Uwais telah mempunyai otot yang cukup kuat untuk mendukung ibunya yang lemah dari Yaman ke Mekah pada musim haji. Lembu itu dijual untuk perbelanjaan haji mereka. Itulah pengobanan seorang anak yang soleh seperti Uwais Al Qarni.

Di kalangan masyarakat Yaman, Uwais di anggap tidak waras dan berada di kalangan golonga yang miskin dan terpinggir. Namun Uwais amat terkenal di langit. Semasa kematiannya beribu-ribu orang yang tidak dikenali datang untuk menziarahi dan menguruskan jenazah beliau. Mereka bukanlah penduduk Yaman tetapi adalah dari kalangan malaikat. Wallahua'lam.

Sumber - Bacaan dan tazkirah.
Related Posts with Thumbnails