Sunday, April 26, 2009

Panggilan Haji


"Panggilan Haji, telah tiba lagi.."
"Menunaikan Ibadah di Tanah Suci Mekah"
"Ya Mekah Mukarramah.."

Girangnya hati apabila menerima surat daripada tabung haji. Surat panggilan haji.
Surat itu dibelek-belek.. Surat panggilan haji ditujukan kepada Ibu Mertuaku. Wah! beliau terpilih untuk menunaikan haji tahun ini. Alhamdulillah! syukur beliau menjadi tetamu Allah. Beliau sudah berumur hampir 70 tahun. Beliau dapat panggilan tanpa ditemani mahram.

Kriteria yang diutamakan untuk membuat rayuan haji ialah :
1. Warga emas iaitu jemaah yang berumur lebih 70 tahun.
2. Menemani mahram - Contohnya isteri dapat panggilan haji tetapi suami tidak. Jadi suami boleh memohon untuk menemani isterinya.

Wah! bolehlah kami buat rayuan untuk menemani ibu mertua pergi haji.

"Abang ni kuat berangan betullah.." sergah isteri saya.
"Ya lah..berangan.." jawab saya.

Ibu mertuaku sudah lama sakit. Kena serangan stroke kali pertama 7 tahun dulu. Lumpuh sebelah badan. Sebelah kiri. Tiga tahun kemudian beliau sekali lagi di serang stroke. Akibatnya beliau lumpuh seluruh badan. Tidak berupaya untuk bergerak. Tidak boleh bercakap. Tidak boleh makan. Tidak boleh berkomunikasi. Sudah lebih empat tahun beliau berkeadaan begitu.

Beliau dapat panggilan haji tahun ini. Hampir mustahil beliau boleh ke tanah suci. Namun Allah Maha Berkuasa. Allah jua yang mampu mendatangkan keajaiban. Semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna kepada ibu mertuaku agar beliau mampu menunaikan haji tahun ini. Amin.

7 comments:

CM said...

Salam en.mie
Nampaknya Allah sedang membuka jalan ke arah itu.saya doakan segala impian dan hajat agar segera tercapai Insyaallah...

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Terima kasih atas doa cikgu. Saya redha dengan ketentuan Ilahi.

ariffin said...

Saya doakan tuan azemi dapat mengerjakan haji pada tahun ini. insyaAllah.

Azemi Ali said...

Amin. Terima kasih tuan Ariffin.
Sesekali rasa macam dekat, sesekali rasa macam jauh je peluang nak pergi haji tahun ini.

Bila isteri tuan akan pulang dari Mekah?

aznaz said...

Salam saudara Azemi...

saya berharap semoga allah akan memberi kesihatan yang baik pada ibu mertua saudara dan di temani oleh saudara Insyaalh...akan datang kesni...

wasalm

Azemi Ali said...

Amin. Terima kasih tuan Azli.

ariffin said...

InsyaAllah hari Selasa 5 May.

Related Posts with Thumbnails