Thursday, June 18, 2009

Pagi dan Petang



Alhamdulillah hari ini kita dilanjutkan usia untuk ditemukan sekali lagi dengan waktu pagi yang indah. " Sekiranya kamu berada pada waktu pagi janganlah berharap akan bertemu waktu petang kerana mati mungkin menemui dulu". " Sekiranya kamu berada pada petang, jangan berharap kamu akan bertemu waktu pagi kerana antara keduanya maut mungkin menunggumu".



Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia : kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak; dan kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (Syurga). - Surah Ali Imran ayat 14.

5 comments:

Unknown said...

Salam Tuan Azemi Ali,

Apa khabar?

Saya terjerumujs ke blog Tuan melalui blog SK.

Kita pernah bertemu sautu ketika dahulu di kursus PTS.

:)

Azemi Ali said...

Salam Tuan Afyan,

Alhamdulillah saya baik cuma kaki sakit sikit. Tuan pula apa khabar?

Saya masih ingat tuan. Macam mana perniagaan Takaful dan training tuan ?

p/s - Terjerumus.. bunyi macam jatuh ke tempat yang baik..:)

Unknown said...

Alhamdulillah,

Ada juga orang yang mengingati saya :)

Azemi Ali said...

Salam Tuan Afyan

Macam mana dengan projek buku tuan?

Unknown said...

Buku?

Sedih mau cakap :(

Related Posts with Thumbnails