Monday, June 22, 2009

Direct Selling (DS)



Beberapa minggu lalu seseorang mengajak saya menyertai bisnesnya. Beliau terlibat dalam bisnes direct selling. Sistem Binary atau dua kaki. Melalui sistem ini apabila seseorang masuk, belaiu perlu cari sekurang-kurangnya dua orang lain jika mahu merasa ganjaran. Beliau membayar beberapa ribu ringgit. Setelah dua orang lain masuk, beliau akan dapat beberapa puluh peratus dari yang dilaburkannya dulu. Beliau berkata sudah dapat untung, padahal wang yang diperolehi adalah wang sendiri yang kurang dari nilai asal. Untuk mendapat balik jumlah yang dilaburkan, beliau perlu mencari lebih ramai ahli. Atau wang itu lebur keran tidak balik modal.

Kemudian seseorang lain cuba mempromosi jualan langsung yang lain pula. Menggunakan internet sebagai medium. Caranya sama, bayar, cari ahli dan dapat wang.

Secara asasnya DS tidak kira sistem apa seperti single level, multi level, binary, piramid atau apa sekalipun, menjual barang atau perkhidmatan dengan lebih mahal dengan harga pasaran. Harga barang yang mahal itulah digunakan bagi menampung bonus kepada ahli sama ada bonus kereta , rumah dan lain-lain.

Ada seorang kawan membuat pinjaman peribadi lebih RM20K untuk terlibat dengan DS. Beliau melaburkan wang tersebut untuk membeli barangan syarikat DS dan kemudiannya menjaja cek RM4K yang diterima sebagai bonus dari syarikat. Cek itu mampu memperdayakan ramai orang. Terutamanya orang yang tamak. Tetapi adalah lebih malang diri sendiri yang terpedaya kononnya sudah berjaya. Kemudian beliau terkial-kial memikirkan bagaimana membayar ansuran bulanan bank. Pinjaman tersebut menambahkan beban kewangan yang tidak perlu.

Saya tidak pernah setuju dengan DS kerana barangannya yang lebih mahal itu. Namun saya juga pernah terlibat dengan DS. Saya join syarikat DS lebih 10 tahun yang lalu. Yuran penyertaan ketika itu cuma RM50. Saya kira saya sudah beberapa puluh atau ratus kali balik modal wang RM50 yang dilaburkan itu. Alhamdulillah, saya juga berpeluang melancong ke luar negara. Ke Indonesia sahaja. Ke Danau Toba, 4-3 malam kalau tak silap saya. Itu kenangan manis DS saya.

Kenapa berhenti ? Saya berhenti DS kerana faktor masa. Semasa aktif DS dulu saya masih bujang. Pada siang hari saya bekerja di syarikat. Kemudian pada malam hari saya sibuk membina network DS. Apabila berkahwin saya berhenti. Saya fikir jika ada anak nanti say mungkin tidak kenal anak sendiri kerana terlalu sibuk mencari wang. Padahal saranan Islam. Peruntukkan 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk Allah dan 8 jam untuk rehat. Usahawan DS bekerja hingga 16- 20 jam sehari dan terlalu sedikit masa untuk akhirat.

Saya juga amat sedih apabila usahawan-usahawan DS tidak memahami pelan pemasaran syarikat DS yang diceburi. Ada yang beranggapan syarikat akan memberi mereka kereta atau rumah dengan percuma. Padahal hanya tabung kereta atau rumah. DS sebenarnya perniagaan imej. Usahawan digalakkan membeli kereta besar atau rumah besar. Sebagai imej yang mereka sudah berjaya. Padahal mereka menanggung beban kewangan yang amat tinggi. Sebahagian yang saya kenal begitu perit hidupnya (walaupun berkereta besar)kerana menanggung hutang besar. Mereka terpaksa bertungkus lumus mencari wang untuk membayar ansuran bank. Sesetengahnya pula berkata mereka terpaksa berbohong untuk membuat jualan.

DS di Malaysia sudah boleh dianggap sebagi indistri. Namun mereka yang terlibat di recycle dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Masing-masing akan berkejar untuk masuk syarikat baru dan akan bangga dengan status pioneer, iaitu orang yang terawal masuk. Yang paling untung adalah syarikat DS itu sendiri. Ada juga yang berjaya menjadi jutawan atau mengubah hidup ke arah yang lebih berjaya.

Kini DS begitu canggih. Macam-macam inovasi ditambah ke atas produk. Namun mereka tidak akan dapat mengajak saya join kembali kerana pada asasnya produk DS lebih mahal.

7 comments:

benludin said...

salam tuan,
maaf cakap la ye..aku dari dulu mmg tak berapa berkenan dgn MLM atau DS ni. Bukan nak tuduh ia menipu atau sebaliknya, tapi mmg attitude aku ni tak sesuai dgn konsep perniagaan ini yg memerlukan masa yg lebih dan 'muka tebal' yg luar biasa.

aku pun ada jumpa byk artikel pasal MLM di website ustaz zaharuddin. elok refer situ juga...

Azemi Ali said...

Salam Benludin,

MLM ini kata orang Meniaga Larut Malam ada juga kata Manusia Lelong Manusia..

pasal halal haram tu.. baik refer Ustaz Zaharuddin atau orang lain yang arif. Masa saya join dulu web ustaz zaharudin pun belum ada lagi..

Anonymous said...

hasrat saya jadi terbantut apabila membaca komen saudara benludin dan saudara azemi. sungguh tajam, pedas,berbisa dan menusuk kekalbu.

Anonymous said...

selepas membaca komen tuan saya rasa saya tidak jadi meneruskan hasrat saya ini. saya mungkin akan meninggalkan terus.

Anonymous said...

artikel ini ditujukan kepada saya...saya tahu...saya terasa..

Anonymous said...

Salam,

Tuan, bicaralah apa juga bersama dengan ILMU penuh di dada, kalau tuan setakat masuk 1 MLM atau 10 MLM kemudian memberi penerangan yang salah, apakah dengan memberi penerangan yang SALAH, kita akan dapat lebih PAHALA??? Atau lebih kepada membantutkan usaha umat ISLAM lebih berjaya dalam perniagaan, pikir2lah kesan pendapat yang saudara telah RACUNI umat Islam yang lain, akhirat yang akan saudara tanggung.

Ada MLM yang hanya memperuntukkan maksimum 12 jam sahaja seminggu, berkonsepkan perniagaan PENDIDIKAN, tiada yuran pendaftaran yang dikenakan dan mematuhi syarat Syariah.

Jika anda halusi saranan Ustaz Zaharuddin.net, bukan semua MLM sebegitu..begitu juga pendapat ulamak dari negara Arab kerana mereka masih jauh ketinggalan dalam konsep MLM ini.

Carilah..kerana belum tentu rezeki "makan gaji" anda HALAL sepenuhnya jika pada waktu officenya:
a)anda bergayut telefon berbicara soal bola dan bukan business related;
b) fikiran dan perbuatan anda; berborak dengan office mate yang BUKAN berkenaan dengan urusan kerja
c)masuk dan keluar office bukan pada masa yang tepat dan anda tidak menggantikan masa yang terBUANG itu
d)ada membaca komen ini pada masa pejabat..kerana ini bukan waktunya..

fikir2kanlah..

KN said...

Pendapat Tuan Jemi ini memang betul. Masa saya dengan dia mengejar "Jumpa anda di puncak kejayaan" dulu takde pulak dengar upline ajak orang nak masuk MLM dengan modal ribu2. Sekarang ini ini dah jadi kemestian pulak. Asalnya MLM dibina dengan usaha yang keras dan network yang bijak tapi sekarang ini semua nak cepat naik dengan guna minyak pelincir pinjaman bank rakyat dan modal orang2 baru.

Related Posts with Thumbnails