Tuesday, June 9, 2009

Makan Malam

Sudah beberapa hari saya tidak buat posting baru dalam blog ini. Sekarang ni agak sibuk sikit. Baru balik dari bawa keluarga bercuti ke Melaka minggu lepas. Minggu ni pula agak sibuk bila staf dan saya pula bercuti. Disamping itu minggu ini Auditor telah memulakan final audit untuk akaun 2008. Ditambah pula persiapan sebagai penceramah untuk kursus kewangan bagi pegawai sokongan minggu hadapan.

Minggu ini suasana di pejabat agak kurang ceria kerana mendapat berita mengenai keputusan prestasi tahunan yang kurang memberangsangkan. Apa boleh buat, kuasa prestasi terletak di tangan bos tetapi rezeki di tangan Allah. Suasana lebih ceria seperti selalu tentunya di rumah. Sesampainya saya dirumah malam ini, hidangan makan malam telah siap. Hari ini isteri saya menghidangkan masakan barat.


Makaroni Creamy Cheese

Pizza Mix Seafood

Desert : Blueberry Cheese cake

Wah! sungguh lazat makanan makan malam ini. Alhamdulillah kerana isteri saya pandai memasak. Sejak kebelakangan ini kami sekeluarga tidak lagi mengunjungi restoran makanan segera barat. Kami boikot! Anak-anak pun memberi sokongan yang padu mengenai boikot ini. Hinggakan Hidayah dalam dilema untuk menyertai pertandingan melukis di sekolahnya kerana hadiah ditaja oleh restoran makanan segera. Restoran makanan segera sekarang memesongkan rancangan pemasarannya ke sekolah untuk menambat hati anak-anak. para cikgu kena pantau ni terutamanya Cikgu Mas.

Dulu kami membayar jumlah wang yang banyak untuk makan pizza di restoran makanan segera. Harganya mahal. Kini isteri saya mampu memasaknya dan rasanya lebih baik daripada restoran makanan segera. Harganya tidak sampai 1/4 daripada yang dibelanjakan di sana. Makanan yang dihidangkan lebih fresh, dijamin halal dan berkhasiat. Di samping itu air tangan isteri mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Setiap kali makan, Iman tidak lupa membaca doa sebelum dan selepas makan dalam bahasa Arab dan terjemahannya :
" Ya Allah berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Amin.".

"Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan dan minuman dan menjadikan kami dari golongan orang-orang Islam. Amin."

Semoga ada manfaat.

17 comments:

aznaz said...

salam sadra azemi..

hmmm namapak sedpnye pizza tuh....\dah teringin lak...hehehe

sukran
wasalam

Azemi Ali said...

Salam saudara Azlie,

Terima kasih datang sini. InsyaAllah bila saudara balik Malaysia nanti boleh dihidangkan untuk saudara.

CM said...

Salam en mie

Sekadar berkongsi ,ye ,air tangan isteri mampu mengeratkan perhubungan dan air peluh isteri lambang kasih dan pergorbanan,so pandai2 lah menghargai,pas makan jangan lupa cuci pinggan..yek

hiss pas Pn sarah tak kerja ni,byk aktiviti memasak yek..kena buat pemantauan tu pn.sarah cam cikgu gak..pemantauan berat badan suami arr,nanti pancit nk mengayuh basikal..he.he..

Psst.kata orang saya pandai wat spagethi,org datang umah selalu tya spagethi saya..kata orang lah..nak rasa tak.??.piza saya suka pizza pah kt bangi tu!!!

aznaz said...

salam saudara Azemi...

betul tu kata cikgu mas..air tangan isteri mampu mengeratkan perhubungan, untung kalau dpat isteri yang pandai masak kan macam Pn Sarah...bertuah En Azemi, ..memamg camtu jugak saya idamkan..ciri ciri isteri idaman hati..

sukran
wasalam

CM said...

Salam en mie/en lie

en mie bagi tau lah abg aji tu,camner hang jumpa yang pandai memasak,ada sesi interview,kena masak dulu ker???, hang cari kat kelas memasak ker or hang sekondeng kat dapur rumah orang cari anak dara pandai memasak..opp sori yek,marah saya kena lelong..please tell him,sian dia nk mencari idaman hati punya pasal..

mba2u said...

Salam;

Sesekali bawalah makanan yg enak itu ke Taman Bukit kajang Baru. Kita makan2 kat wakaf, kami boleh sediakan air ...

Anonymous said...

salam saudara azemi
memang nampak sedap..yummy yummy bila nak ajak kitorang makan lagi. bila nak sambut b/day anak yg lagi dua tu. teringat makan yang hari tu. takpuas makan sbb saya balik cepat batuk tak henti henti.

Anonymous said...

salam saudara azemi
saya cadangkan bukak kedai makan ala ala 1901. memang sah laku punya.

Azemi Ali said...

Salam CM,

Terima kasih kerana terus memeriahkan rumah saya ni. Lain kali datang bawak spagethi sekali ya. Saya mau cabonara punya. Mesti best ni.

Azemi Ali said...

Salam cik lie,

Pandai memasak bukan salah satu kriteria memilih isteri. Pilihlah isteri kerana Agamanya. Masak tu boleh belajar. Hari hari masak nanti pandai lah. La ni belajar masak senang, dekat internet pun banyak. Kalau dah kahwin nanti ajak isteri datang rumah kami, belajar masak dengan Sarah. Dia dah buka kelas masakan sekarang ni. Cerita dan gambarnya ada di www.maplegoldfc.blogspot.com

Tapi barang diingat, the best cook in the world is man.

Azemi Ali said...

Salam CM


Bab itu mungkin akan diceritakan dalam bab-bab akan datang bergantung kepada keadaan dan permintaan semasa hehehe

Azemi Ali said...

Salam Kekanda MBA san,

Ingat memang nak gi sana juga tapi aktiviti full. Jumaat malam futsal. Pagi Sabtu Basikal. Malam Minggu mengaji. Pagi Ahad kursus haji. Petang sabtu ahad pula asyik ada orang kahwin pulak la ni. InsyaAllah bila dah reda sikit nanti boleh ke sana bawa makaroni ke.. menu bergantung pada chef..hehe

Ahad ni rasanya nak gi bengkel PTS. Gi ke?

Azemi Ali said...

Salam Tuan Ipin.

Walaupun tuan letak Anonymous, ayat-ayat mu tetap ku kenal..hehe

Birthday anak lambat lagi..tapi birthday aku ada lah bulan ni.. macam no. jersi aku tu..hehehe

Sekarang ni kalau masak memang bagi jiran..tapi rumah hang agak jauh sikit .. lain kali aku call dulu kalau ada makanan best..boleh delivery lagi hehe..ok..

macam 1901 tu ok gak.. boleh dibincang ni.. tuan auditor..

jawa simpang balak said...

kalau b/day anak buat. b/day ayah pun kenalah buat. apasal lah aku tak berjiran dgn ko ye mie. silap beli rumahlah aku ni. rumah jauh takde masalah. sms je pasti ku datang dgn segera.hehehe

Azemi Ali said...

Salam Tuan Jawa SB,

Dah tau dah..tak yah lah celeberate.. rumah kata pergi,,kubur kata mari! mari!mariiiiiiii...

mba2u said...

Salam;

Barangkali tidak ke PTS kerana ingin ke kenduri staf isteri di Perak.

Sabtu ini cycle ke Berincang. RV dekat Semenyih Sentral 7am. Nak ikut?.

Azemi Ali said...

Salam

Berincang tu dekat Cameron Highland kan? Jauh tu, belum sampai tahap tu lagi.. takat 30km boleh ler.. pakai Lerun mana larat nak kejar Merida..dengan T-Bolt.. mungkin lain kali..

Related Posts with Thumbnails