Monday, March 15, 2010

433 Rakan Facebook Dipadam


Semalam saya mempunyai kurang lebih 642 rakan di Facebook. Hari ini hanya tinggal 211 rakan yang tinggal termasuk dua orang rakan baru. 433 orang terpaksa dipadam untuk menjadikan laman FB ini lebih bermakna.
433 rakan itu tidak pernah dikenali di alam realiti dan juga tak pernah bersua muka. Adalah lebih baik dipadam sahaja kerana saban masa wall saya dihujani dengan hadiah-hadiah yang tak perlu, menjemput kepada program yang ntah apa-apa, tagging yang tak perlu.

Saya telah memadam 2/3 dari rakan FB yang tak pernah dikenali. Bukan saya tidak mahu mempunyai kawan baru tetapi adalah lebih bermakna jika berinteraksi dengan sahabat, kawan, rakan,  keluarga, kawan sekolah, kawan satu universiti dan kawan-kawan yang "real" dari kawan maya.

.Memang benar ada pepatah yang mengatakan  "Berkawan biar ramai, musuh jangan dicari" tetapi Dengan kawan yang sedikit tetapi "real", perhatian yang lebih boleh ditumpukan kepada mereka. Mengetahui perkembangan terbaru kawan sebenar adalah jauh lebih bermakna.

5 comments:

Che' Pit said...

yang pasti bukan CP salah seorg yg dipadam dari FB che mie, sbb x pernah link, ngeh ngeh ngeh..

lama x jengah che mie, maaf yer..

Azemi Ali said...

kita mmg kawan FB la.

Kategori blogger walaupun tak pernah berjumpa tapi selalu jumpa di blog.

Saya pun lama tak pergi rumah baru Che Pit. Lupa nak link, hari ni baru singgah..hehe

Che' Pit said...

sy start 2/1 aritu tukar blog baru.. yg lama tu x guna dah..

Noriza said...

Assalamualaikum En.Azemi,

Saya Pn.Noriza (training mate masa coaching skills 2 tahun lepas). Saya suka membaca info2 yg berfaedah spt yg terdpt dlm laman blog anda. Hopefully En.Azemi tidak 'block' laman blog anda kpd reader spt saya. Syukran.

Azemi Ali said...

Waalaikumussalam Puan Noriza,

Blog saya terbuka kepada semua yang sudi baca. Saya hanya buat perubahan di laman Facebook.

Adakah saya terdelete puan di FB? Rasanya tidak. Kalau ya, mungkin boleh jadi rakan semula.

Sejak akhir-akhir ini banyak cerita mengenai basikal di blog saya. Akan datang begitu juga rasanya. Saya akan cuba memberi value kepada para pembaca. Agar masa mereka tidak sia-sia.

Terima kasih kerana masih membaca blog saya.

Related Posts with Thumbnails