Thursday, March 18, 2010

Kisah Freelander & Nevada



Tiga gambar teratas ditujukan kepada ciklie dari Sg. Buah, Bukit Unggul. Gambar paling atas Lerun Freelander, Kedua Lerun Casarina dan percuma dua buah tayar offroad ori. Harga macam dibincangkan. Kalau Casarina tu nak ranggi sikit boleh buka bakul dan carrier. Kalau ikut hati sayang nak jual sebab ada nostalgia bersaing dengan basikal-basikal power dan ironinya track paling jauh ke Bukit Unggul. Terbukti kebolehan Freelander. Ciklie nanti kita bincang lanjut mengenai pick-up or delivery.



Ini pula kayuhan malam tadi. Kayuhan kegemaran Fuji Tahoe, raja bukit jersi polka dot tetapi kayauhan Tahoe agak tergugat malam tadi apabila dicabar hebat oleh Fuji Nevada 1.0 warna hitam, merah dan putih yang masih berbau kedai. Malam tadi juga adalah sesi perasmian bukit SILK oleh Nevada. Kelihatan dalam gambar Nevada mendahului semasa separuh masa pertama selepas dakian mencanak sepanjang 8.8km. 

Ini pula salah satu dari kembar siam Fuji Suncrest di depan Twin Palms. Fuji Suncrest adalah antara salah seorang peneroka offroad Bukit Fuji ahad lalu. Mungkin ahad ini sebahagian lagi Bukit Fuji akan diteroka untuk mencari trek offroad yang lebih mantap.
Four Fujis and  a Polygunner. Lebih meriah bila disertai oleh Rockhopper, Merida , Jamis, Roadbike, BMC, Giants, Saracen dan semestinya T-Bolts. 
Ok. Dah penat. Masa untuk tidur.

2 comments:

Atikah said...

Salam En Azemi...

Aktif ya berbasikal.... pasti seronok berbasikal time malam.. Pn sarah n anak2 tak join sekali ker?

tu kucing baru kat rumah en azemi ker?

Azemi Ali said...

Salam Cik Atikah,

Dekat blog ni sekarang banyak cerita mengenai basikal. Aktiviti riadah dan senaman. Kayuhan jauh bersama jiran dan rakan manakala untuk keluarga kayuahan dekat di sekitar taman perumahan.

Gambar tu kucing terbaru, Namanya Metal Tiger sebab warna bulunya seperti metal tiger tahun harimau tahun ini. menjadi kesayangan Iman sekarang ini.

Related Posts with Thumbnails