Saturday, March 21, 2009

Kempen Pendaftaran Haji

Saya membuat pendaftaran haji pada Sep 2008 dan tahun giliran haji ialah 2022.
Jiran saya membuat pendaftaran pada Feb 2009 dan tahun giliran haji ialah 2024.
Jika membuat pendaftaran bulan ini tahun giliran ialah 2025.
Jika usia anda tahun ini ialah 50 maka pada tahun 2025, usia anda 66 tahun.
Jika usia anda tahun ini ialah 40 maka pada tahun 2025, usia anda 56 tahun.
Moga-moga masih sihat pada masa tersebut.
Semakin lambat mendaftar semakin lambat boleh pergi haji. Ada yang berpendapat daftar lambat pun tak apa sebab ramai orang daftar tapi duit belum cukup. Namun hakikatnya orang yang sudah cukup duit pun dah ramai. Saya juga agak terkilan kerana membuat pendaftaran lambat. Tapi apa nak buat, kena tunggu dan usaha lebihlah.
Sekarang saya giat berkempen kepada kawan-kawan supaya membuat pendaftaran haji.
"Perlu simpanan sebanyak RM1,300.00 sahaja di TH" ujar saya. " Daftar lah sekarang walau tak berhajat untuk pergi haji lagi" tambah saya lagi.
"Saya daftar lambat pun tak apa sebab saya ada orang dalam, boleh pergi cepat" jawab seorang jiran.
Orang kita memang hebat, nak masuk sekolah ternama ada orang dalam, nak masuk u pun pakai cable, nak minta kerja pun ada orang dalam sampai nak buat ibadat pun pakai orang dalam.
Namun saya meneruskan kempen ini dan Alhamdulillah sudah ada beberapa kawan yang mendaftar. Mari kita berkempen!

6 comments:

Anonymous said...

Terima kasih Tuan Azemi. kalau tak kerana tuan saya mungkin tak mendaftar lagi

Anonymous said...

InsyaAllah isteri saya akan ketanah suci 22 april ini mengerjakan Umrah bersama Ibunya. Panggilan dariNya tiba disaat akhir tanpa dirancang.

Anonymous said...

InsyaAllah saya merancang untuk mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Saya berniat duit Bonus tahun ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk menunaikan Umrah.

Anonymous said...

Sekiranya hajat saya untuk mengerjakan Umrah pada tahun 2010 dimakbulkan Allah, saya berazam untuk menyimpan duit bonus untuk haji pulak walaupun giliran saya pada 2024. Pada masa yang sama saya membuat potongan gaji sebanyak RM100 sebulan.

Azemi Ali said...

Salam Ukhwah Tuan.

Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Tahniah kerana isteri tuan telah dijemput menjadi tetamuNya.
Tahniah kerana tuan telah mempunyai perancangan untuk membuat umrah dan haji.
Semoga Allah memudahkan segala persiapan dan perancangan kita. InsyaAllah.

RKC said...

Semuga ramai yang akan sedar betapa pentingnya untuk daftar Haji.

Related Posts with Thumbnails