Sunday, March 1, 2009

Restoran Makanan Segera

Khabarnya satu outlet makanan segera terkemuka akan dibuka di kawasan kejiranan kami. Kurang lebih 300 meter sahaja daripada rumah. Kalau dah buka nanti mesti ia akan menjadi satu cabaran kepada ibu bapa untuk meneruskan boikot mereka. Cuma yang kuat sahaja boleh bertahan.

Teringat satu dialog antara anak dan bapa yang pernah didengar.

Bapa " Ayah laparlah, jom kita makan dekat restoran makanan segera tu."

Anak " Ayah ni tak tahu ke restoran tu orang Israel punya, diorang tu orang jahat!.diaorang tembak orang Palestin. Ayah nak makan kat situ ? ayah tak takut ke? Nanti diorang letak racun baru padan muka ayah".

Kadang-kadang si anak lebih mengerti..

2 comments:

benludin said...

anak2 ikhlas dan lurus...
org2 tua mcm kita ni akan bagi alasan sendiri.."takper la..kali ni je..lepas ni boikot semula.."

:)

Azemi Ali said...

Salam tuan Ben,

Anak-anak amanah Allah. Sama-samalah kita membentuk dan mencorak mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

:)

Related Posts with Thumbnails