Thursday, April 29, 2010

Latihan Terakhir


Sepuluh orang ahli DRCT akan menyertai Jamboree Jasin pada 02 Mei ini. Ini adalah jamboree pertama bagi kebanyakan ahli, ada yang kali kedua dan ada juga yang kesekian kalinya. Latihan terakhir untuk jamboree ini akan diadakan pada 30 April jam 9.00 malam di mana lagi kalau bukan di lubuk DRCT iaitu Tour de SILK. Jarak yang akan ditempuhi dianggarkan 40km. Target masa kayuhan kurang 2 jam.

Dijangka 20 riders akan berkayuh untuk latihan terakhir ini termasuk semua 10 orang Jasin bound riders.

Senarai peserta jamboree jasin dari DRCT ialah :
1. Sham suncrest
2. Jimmy Tahoe
3. Dil Rockhopper
4. Nat Nevada
5. Ezral Nevada
6. Uteq Al Jenggo
7. Joe Jamis
8. Zaidi Tahoe
9. Wizwar Merida
10. Polygunners

Jarak jamboree adalah 50km tetapi menurut rider yang biasa dengan jamboree offroad jarak ini bersamaan atau lebih dari 100km onroad cycling. Target DRCT ialah untuk menamatkan kayuhan. Jamboree bukannya kejohanan lumba basikal tetapi lebih kepada gathering riders dan ride for fun. Lebih 600 peserta telah mengesahkan penyertaan untuk jamboree ini. Pendaftaran masih dibuka sehingga 7.30 pagi, 2 Mei 2010.

Untuk semua riders. Jumpa anda di Jasin, 2 Mei ini. 

Friday, April 16, 2010

DRC Riders

Doc-Rock Cyclo(DRC) - (Previously Known As PrimaGatih) adalah satu team MTB riadah yang berasal dari Prima Saujana, Kajang. Gambar di atas ialah Jimmy Tahoe salah seorang founder DRC. Seorang complete rider yang gemar mendaki dan memecut.
Nat Nevada. Rider yang paling gigih.
Ezral Nevada. The youngest rider at 21.
Dil RockHopper. Raja Pecut yang sebenar.
Sham Crest the DRC's President.
Wizmar Merida. The Wiz of Ozz.
Uteq Al-Jenggo. The most experience rider.
Joe Jamis. Communication Adviser.
Polygunner. The Blogger.
Zaidi T-Bolt. The Associate member.
Syuk The Actor.
Din Al Gianto. Associate member.
Sifu Wan BMC dan Rosli T-Bolto.

Thursday, April 15, 2010

The Tunnel

Malam tadi satu lagi kayuhan terowong dibuat bermula dari Prima Saujana. Kayuhan tadi disertai oleh Ezral Nevada, Jimmy Tahoe, Sham Crest, Nat Nevada, Dil Rockhopper, Sifu BMC dan Polygunners. Minggu lepas lebih meriah dengan tambahan Wizmar Matt 5, Uteq Al Jenggo dan Joe Jamis tanpa Sifu BMC. Dari Prima, peloton bergerak ke The Tunnel kemudian melalui Tol Sg. Long membuat pendakian 10km. Disinilah fizikal dan mental rider diuji hingga ada yang kena dera. Tapi tiada dakwaan dibuat kerana tiada kecederaan berlaku.

Sesi pendakian diungguli oleh Sham Crest, Raja Bukit yang tiada tandingan manakal Uteq bertindak sebagai sweeper. Jika kayuhan tunnel dilakukan setiap rabu, dalam masa dua minggu lagi semua rider bersedia untuk Jasin. Selepas pendakian, rider dihidangkan dengan zon pecutan pertama 10km dan zon pecutan kedua juga 10km menjadikan jarak kayuhan 30km. Zon pecutan semestinya diungguli oleh Raja Pecut, Dil Rockhopper.
Pada sesi pertama minggu lepas peloton agak jauh terpisah tetapi malam tadi 7 rider seiring semasa di zon pecutan. Mungkin stamina sudah semakin bertambah.
Meter kelajuan salah seorang rider menunjukkan kelajuan 61km sejam. Boleh tahan lajunya tetapi belum cukup laju untuk menyaingi Anuar Manan atau Azizul Hasni Awang. 
Wizmar, ShamCrest, Uteq, Nat Nevada dan Polygunner.
Kayuhan ini melalu empat tol sepanjang SILK iaitu tol Sg. Long, tol Bukit Kajang, Sg. Ramal dan Sg. Balak. Satu sen pun duit tol tidak dibayar pada kayuhan itu.

Tiga. Tiga puluh kilometer. Tiga ratus kilometer. Warna basikal Polygunner ialah bronze iaitu tempat ke 3.
300km. Satu pencapaian.
DRC @ The Tunnel

Tuesday, April 13, 2010

Taman Cabaran Putrajaya

Doc-Rock Cyclo (DRC) di Taman Cabaran Putrajaya. Taman yang memang mencabar fizikal dan minda anda..


Berlaku sesuatu disini..

Rider paling gigih






Biking ke jungle trekking?




Saturday, April 3, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

Buku Indahnya Hidup Bersyariat ialah karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen. Buku ini adalah sebuah buku panduan fardhu ain lengkap bergambar warna-warni dan berkulit keras. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan bagi fardhu ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Ia diterbitkan oleh Telaga Biru. sesuai untuk dijadikan rujukan institusi pendidikan, sekolah, surau da masjid, modul fardhu ain untuk keluarga, dibaca selepas Subuh, Maghrib atau sebelum tidur, bahan fardhu ain mingguan, tazkirah, usarah dan halaqah, bahan untuk blog, sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan dsb,

Kandungan buku ini ialah
Bab 1 - Syariat Kelahiran
Bab 2 - Pendidikan Awal kanak-Kanak
Bab 3 - Syariat Berkaiatan Remaja
Bab 4 - Fardhu Ain Asas
Bab 5 - Munakahat (Hukum Perkahwinan)
Bab 6 - Syariat Dalam Bermasyarakat
Bab 7 - Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa

Buku ini mempunyai 308 muka surat. Harga pasaran buku ini ialah RM55.00 bagi semenanjung.
Bagi pengunjung blog / facebook yang ingin memiliki buku ini atau menghadiahkannya kepada seseorang saya menawarkan harga istimewa iaitu RM49.00.



Friday, April 2, 2010

Ali Setan

Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato' Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. Beliau kini sedang belajar di Syiria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang.

Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yang sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 setiap malam sebelum siaran TV tamat. Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ini tidak pula diceritakan pada hari ini.

Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untuk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. Beliau merancang untuk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untuk pergi ke sana pada hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pada hari Selasa. Kawannya tidak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pada hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

"New York besar tuan, ke mana ?" tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan.
"Saya tidak tahu.." jawab Ali Setan.
"Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi.
"Ya. Islam" jawab Ali Setan.
"Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanay pemandu.
"Boleh juga" balas Ali. "Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula", kata Ali di dalam hati.

Oleh kerana pada masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi juga solat di masjid. Ali juga turut sama. Akhirnya Ali dapat menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. Beliau turt solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah anatra titik perubahan beliau.

Untuk perkongsian ilmu pada hari ini. Beliau berkongsi tujuh perkara yang sunnah yang beliau sendiri telah amalkan. Ianya adalah :

1. Solat Tahajud.
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dengan isterinya. Anaknya suka bangun pada pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untuk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut.

2. Membaca Al-Quran
Sewaktu waktu dahulu beliau tidak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tidak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dalam tulisan rumi jika ingin solat. Alahamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah.

3. Solat Berjemaah di Masjid
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yang dihadapi seperti selepas 30 waktu lebih ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya.

4. Solat Dhuha
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menajdi artis. Duit berkenaan habis dalam masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syiria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. Duitnya habis selepas 3 bulan setengha, namun rezeki beliau dan keluarag di sana tidak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dalam masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc.

5. Bersedekah
Adat di Syiria ialah guru akan memberi makan atau barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana keran beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan maskan lain.

6. Sentiasa Berwuduk
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yang berwudhuk.

7. Sentiasa Beristighfar ke Allah
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah menganpunkan dosa-dosa kita.

Semoga bermanfaat.
Related Posts with Thumbnails