Sunday, January 31, 2010

Kayuhan Inspirasi


Bagi sesetengah orang bersenam itu membuang masa. Apatah lagi berbasikal. Harga basikal terlalu mahal bagi mereka. Lebih elok duit digunakan untuk perkara lain yang dikatakan berfaedah. Sebahagian yang lain pula menyatakan mereka membuat pelaburan dengan membeli basikal.

Rider Team prima Saujana (TPS) yang paling senior berumur 51 tahun. Beliau diserang strok kurang lebih setahu yang lalu akibat penyakit kencing manis. Tuan Rosli terlantar hampir seminggu di hospital. Setelah discharge beliau dinasihatkan oleh doktor agar menyuntik insulin seumur hidup. (Tuan Rosli berdiri no. 3 dari kanan dalam gambar di atas.)

menyedari keadaan kesihatannya, Tuan Rosli tekad untuk berubah. Sebelum diserang strok, beliau tidak menjaga kesihatannya. belaiu tidak bersenam dan juga tidak menjaga pemakanan. Gula juga diambil secara berlebihan. Beliau membeli basikal Proton T-Bolt dan mula berkayuh. "Pelan -pelan Kayuh tetapi sampai juga ke destinasi "adalah motto beliau. Beliau bersenam dengan tekun dan menjaga pemakanannya. Akhirnya doktor mengesahkan yang beliau bebas dari penyakit kencing manis. Bagi beliau pelaburan +-RM1,000.00 untuk membeli basikal adalah pelaburan terbaik beliau. Apa maknanya duit ribuan ringgit jika kita terlantar sakit.

Beliau pernah berkayuh ke Lenggeng sejauh +-70km. Kami sendiri pun belum pernah berkayuh sejauh itu. Bagi kami rider yang jauh lebih muda, setiap kayuhan beliau adalah inspirasi bagi kami. Mungkin juga inspirasi bagi kita semua.

Saturday, January 30, 2010

Cabaran Bukit Unggul



Jam 7.00 pagi tadi Team Prima Saujana mula bergerak untuk menyahut Cabaran Bukit Unggul . Dari Prima Saujana kami berkayuh ke MPKj dan seterusnya ke Bukit Unggul. Keliling padang golf dua pusingan. Jarak sehala +-23 sehala dan 10km pusing padang golf. Jarak keseluruhan +-55km.

Team Prima hari ini diwakili oleh Tuan Sham (Fuji), Tuan Suhaimi (Fuji), Tuan Ridhuan (BMC), Tuan Fadil (Legacy), Tuan Shahrul (Merida), Tuan Rosli (T-Bolt) dan saya (Freelander). Jumlah peserta 45 orang termasuk Dato' Hasan Nawawi (YDP MPKj - Datuk Basikal). Dato' Hasan Nawawi Abdul Rahman mengelilingi dunia berbasikal pada tahun 1990-an. Beliau memegang rekod mengelilingi dunia dalam masa 388 hari. Rekod beliau bakal lebur mulai 1 Julai ini bila Tuan Aswad dan Tuan Khalid akan mula mengelilingi dunia untuk mencapai rekod 288 hari. Mereka berdua ialah anak didik Dato' Hasan.

Dato' memberi briefing sebelum kayuhan di mulakan dari MPKj. Beliau juga menjemput kami untuk berkayuh mengelilingi Pulau Pangkor minggu hadapan.

Team Prima Saujana Sebelum kayuh dari MPKj.

Geng Road Bike termasuk kawan-kawan MBA.

Sebahagian Team MPKj.

Ini adalah kayuhan beramai-ramai pertama bagi TPS. Biasa kami hanya berkayuh di lebuhraya SILK atau LEKAS. Kayuhan ramai tidak memenatkan bila berada di dalam peloton yang besar. Boleh berkayuh dengan santai.

Saya cuba berkayuh dan sempat menjeling Motor Marshal. Kelajuan antara 35-40km sejam. Boleh tahan juga. Gambar diambil sambil berkayuh. Bahagian depan peloton.

Berhenti sebentar berhampiran UKM untuk ambil gambar. Kelihatan 2 dari 4 orang cyclist wanita staf MPKj. Kelihatan Tuan Fadil mendahului peloton di belakang.


Tuan Suhaimi. Visual kurang memuaskan kerana salah setting kamera.


First stop, Institut Nuklear Malaysia. Perkara pertama dibuat ialah makan Power Energy Bar iaitu buah kurma yang saya bawa. Pemberi tenaga berterusan.

Bergambar dengan semua cyclist di depan Institut Nuklear Malaysia.


Gambar kenangan dengan Dato' Hasan Nawawi.

Konvoi dengan memang istimewa kerana kayuhan diiringi oleh abang-abang Marshal bermotosikal dari MPKj. Kami tidak perlu berhenti di lampu merah kerana abang Marshal telah menghentikan laluan trafik. Terasa macam sedang berlumba dalam Le Tour De Langkawi pula. Orang ramai pula kelihatan seronok dan tersenyum melihat kami berkayuh. Satu pengalaman yang indah.



Ambil gambar sendiri ketika berkayuh. Kelihatan letih tapi steady. Kelihatan ramai rider di belakang.



Menghampiri Club House Emville Golf .



Welcome Banner.



Gambar jersi merah.




Sumbangan jersi dan beg dari Emville Resort.



Jersi merah pun bertukar biru. Letih dan lenguh kayuhan terasa hilang dengan penghargaan dari tuan rumah. Terima kaish Emville dan MPKj.

Cabaran Bukit Unggul yang sebenarnya. Saya menyertai kayuhan ini adalah untuk membuat satu eksperimen. Saya hanya menggunakan basikal yang berharga RM380.00. Basikal paling mahal dalam katuhan ini ialah Bianchi Road Bike berharga RM30,000.00. Beratnya hanya 7.8kg. Saya ingin mengetahui sejauh mana basikal mahal dan basikal murah berbeza. Ternayat walaupun menggunakan basikal murah saya masih lagi dapat besaing dengan basikal mahal untuk kayuhan seperti ini (for fun and exercise). Saya bukannya mahu berlumba walaupun kadang kala saya suka berkayuh laju. Basikal mahal tidak menjanjikan kita mampu berkayuh dengan baik. Basikal murah pula tidak bermakna ketinggalan di belakang. Saya telah membuktikan di dalam kayuahn ini. Semasa kayuhan mengelilingi Bukit Unggul ini kadang kala terasa mahu berhenti kerana keperitan mendaki bukit. Tetapi semangat juang lebih penting dari basikal. Ada juga basikal mahal yang berhenti berkayuh. Saya juga terasa mahu quit tetapi saya cuma memberi semnagat kepada diri sendiri untuk terus berkayuh. Eksperimen ini saya akan ceritakan dengan lebih lanjut dalam buku saya Sederhana Tetapi kaya yang sedang saya usahakan. InsyaAllah bakal disiapkan tidak lama lagi. Doakan kejayaan untuk kami.



Team Prima Saujana dengan jersi sponsor. Teruskan kayuhan untuk membina stamina. Gunakan stamina yang baik untuk beribadah kepada Allah. Kayuh-kayuh juga, ibadat kepada Allah jangan lupa.

Thursday, January 21, 2010

Apa Ada Dalam Almari?



Apa ada dalam almari? Tentulah baju, seluar , skirt, blouse, kain dan lain-lain fabrik. Takkan ada harimau kot. Harimau memang tak ada tapi entah macam mana keturunan harimau ada kat sini. Awal tahun baru hari tu, datang seekor kucing yang sarat megandung masuk ke dalam rumah, kemudian dia keluar balik. Beberapa hari kemudian ia datang lagi. Sedar-sedar ia dah selamat melahirkan empat ekor anak di dalam almari di bilik anak-anak kami. Habis baju kena darah. Masa kami jumpa kucing tu, semua uri telah selamat ia makan. Mungkin sudah sejam dua ia melahirkan.




Close-up kucing bertuah ni. Dulu Tom pun tak beranak dalam almari. Dia pulak boleh beranak dalam rumah. Tom dulu beranak atas bumbung. Mungkinkah ini pengganti Tom. Iman dan Hidayah menamakan ibu kucing ini sebagai Mama dan anak-anaknya sebagai Mimi, Momo, Meme dan Mumu. Tak tahu mana jantan mana betina. Hentam sahajalah. Ada sesiapa mahu anak kucing?? Kami boleh hantar dengan percuma di Lembah Kelang.




1,2,3,4 anak kucing belum boleh berlari
5,6,7,8 kenapa rumah kami jadi pilihan
kami pun hairan, hairan, hairan..


Bukan setakat Mama. Si Buruk yang yang buruk ni pun menjadikan rumah kami sebagai kediamannya. Dia datang lebih sebulan dulu bersama tiga ekor anaknya. Entah kenapa dia membiarkan sahaja anak-anaknya itu.  Ada juga kucing berperangai buruk. Sebab itu ia di panggil Buruk.  Dua anaknya mati beberapa hari kemudian. Seekor masih hidup. Cantik namanya.



Ini dia si Cantik. Iman sedang membelai Cantik. Terapi kucing bagi seorang pesakit Asma yang telah sembuh. Kucing boleh membantu pesakit Asma kembali pulih. Kucing haiwan kesayangan Nabi.

Sunday, January 17, 2010

Kayuh Hujung Minggu



Beberapa bulan kebelakangan ini saya agak aktif mengayuh basikal. Biasanya kalau ada sekurang-kurangnya seorang kawan, saya akan mengayuh sekitar 25 - 30km di laluan biasa dari Kajang ke Sg. Long. Kami memulakan kayuhan sekitar jam 7.45 pagi. Ketika kabus masih meliputi lebuhraya, bayu nyaman bertiup perlahan mengiring kayuhan kami.




Ops! Hari ini kayuhan lain sedikitlah. Ada kawan beli basikal baru rupanya. Fuh! mesti berdesup perginya.

Mesti satu basikal tu lebih mahal dari berpuluh basikal ini.



Last check dan kayuahn akan bermula sekejap lagi.

Kayuhan pun bermula. Sempat lagi ambil gambar.



Untuk mengekal stamina dan tenaga sepanjang kayuhan, jangan lupa mulakan hari dengan makan sekurang-kurangnay 3 biji kurma. Lebih baik jika dapat kurma Madinah seperti Safawi dan Mabrum. Atau jika ada bajet lebih boleh cuba murka Ajwa. Buah Tin Syira juga pilihan yang bagus. Bawa sebungkus kurma untuk bekalan dan kawan-kawan. Amat efektif ketika tenaga semakin kurang. Ada kawan yang syorkan makan Power Bar tetapi saya lebih selesa memilih kurma. Power Bar memang sedap tetapi belum tentu halal haramnya. Lagipun harga lebih bahal. Satu bar sudah hampir RM10.00. Tiga biji kurma baru RM1.00.




Lebih power kalau minim air Tasnim Gau dan bawa air ini di dalam botol. Ada kawan cakap saya mengayuh guna tenaga kuda. Basikal murah tetapi lebih laju dari basikal mahal. Rahsia saya ialah Tasnim Gau dan Kurma. Air Tasnim Gau ni rasanya macam air zam-zam.



Di sepajang Highway, banyak bukit yang perlu didaki. Teringat ketika pertama kali saya ikut kawan-kawan mengayuh di highway ini, dalam hati saya berkata " Menyesal sungguh aku ikut mereka ini". Lutut dan paha terasa amat sakit. Ada ketikanya rasa nak muntah pun ada. Tapi sekarang bila tak berkayu hati berkata " "Menyesal aku tak ikut diorang hari ini" Setelah beberapa kali kayuhan, saya rasa 30km tidak lagi mencukupi. Insya Allah 2-3 bulan lagi kami akan kayuh ke Port Dickson pula.

Banyak bukit di daki.


dan bukit lagi,




Jangan lupa minggu depan kayuh lagi, Insyaallah. Bulan ini target 300km kayuhan. Setakat ini baru 130km. Lagi 170km. Kayuh jangan tak kayuh. Riadah demi ibadah.

Friday, January 15, 2010

Gerhana Matahari



Gerhana Matahari pada petang 15 Januari 2010. Bermula dari jam 3.01 petang. Wasjid Wilayah melakukan cerapan mulai 3.01 petang dan solat sunat gerhana jam 3.50 petang. Gambar ini diambil sekitar 4.30 petang iaitu masa gerhana maksimum. Ini adalah antara tanda-tanda kekuasaan Allah.

Sewaktu anakanda Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ibrahim meninggal dunia. Ibrahim adalah putera Nabi bersama  isteri Nabi bernama Mariatul Qibtiah. Kebetulan pada hari itu berlaku gerhana matahari. Sesetengah orang pada masa itu mengatakan gerhana berlaku kerana kematian Ibrahim. Nabi lantas menjelaskan gerhana tidak berlaku kerana kematian seseorang tetapi adalah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT.

Wednesday, January 13, 2010

Berbasikal Pulak!

Hampir sebulan tiada posting baru. Kesibukan di akhir dan awal tahun baru berakhir. Baru boleh melihat blog sendiri. Hari Ahad lepas ikut perancangannya nak hari gathering PDKM tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana  kerja-kerja membaiki table top di rumah kami lewat disiapkan. Mengikut perancangan kami table top dibaiki pada hari Sabtu pagi dan boleh disiapkan selewat-lewatnya tengahari Ahad.   Kerja yang dijadualkan bermula pagi sabtu hanya bermula pada jam 6.00 petang hari Sabtu. Hasilnya menjelang  Maghrib Ahad baru siap. Terlepaslah gathering PDKM. Tak ada rezeki lah tu. InsyaAllah boleh jumpa cikli dan bloggers lain di lain masa.




Saya memulakan tahun 2010 dengan kayuhan basikal. Saya agak aktif berbasikal setelah bersara dari sukan futsal. Sejak patah jari ibu kaki, pilihan yang ada ialah buat pembedahan ibu jari kaki, masukkan simen ke dalam tulang dan boleh main futsal semula. Jika tidak buat begitu ibu jari kaki boleh patah lagi. Satu lagi pilihan ialah bersara dari futsal. Satu pilihan mudah ialah bersara. Bukan wakil Malaysia pun. Kebetulan sekitar bulan Mac 2009 saya dah beli basikal, jadi alternatif senaman terbaik ialah berbasikal. Kebetulan ada beberapa orang jiran yang aktif berbasikal.

Pada awal-awal berbasikal dulu, saya merasa agak menyesal kerana memilih sukan ini. Apakan tidak bila mengenangkan terpaksa berbasikal mendaki bukit yang tinggi menegak. Rupanya pada masa tu tukar gear pun tak tahu. Patutlah sakit seluruh badan terutamanya bahagian lutut bila mendaki bukit.




Itu dulu, sekarang ni saya dah nak masuk fasa kedua sebagai cylist. Kalau setakat berbasikal sejauh 20km sekali kayuh tu masih dikira beginner. Kalau intermediate sekitar 30 - 60km. Advance cyclist pula lebih 60 - 100km sekali kayuh. Kalau dah lebih dari tu dah boleh kira pro kot. Saya baru capai 30km sekali kayuh. Boleh kira dah intermediate ni. Tahun ni dah -+80km mileage berbasikal. Target Januari 300km kayuhan.

Buat apa nak berbasikal jauh-jauh ? Banyak faedahnya. Senaman yang menyihatkan dan melapangkan minda. Ada seorang geng kami yang dah berumur 50 tahun. Dia dimasukkan ke wad hampir seminggu dan didiagnos menghidap penyakit kencing manis. Dia diarahkan oleh doktor untuk mengambil suntikan insulin. Dia engkar arahan doktor dengan tidak mengambil insulin tetapi mula berbasikal dan menjaga makanan dan minuman. Hasilnya dalam bberapa bulan tahap glukos dalam darahnya kembali normal dan tidak perlu mengambil insulin. Berat badan juga turun. Beliau kembali sihat.

Minggu lepas kami disertai oleh basikalis baru dari taman perumahan berhampiran. Saya tengok basikal beliau agak menarik dan kelihatan canggih. Pada masa itu kami berbasikal lima orang dan menamatkan kayuahn dalam kelompok yang sama. setelah mengetahui harga basikal kawan ini saya agak terkejut. Benar benar terkejut. Harga basikal beliau ialah RM16,000.00. Lebih mahal dari motor baru saya. Mahalnya! Basikal saya hanya berharga RM400.00. Dengan RM16,000.00 boleh dapat 40 buah basikal berhraga RM400.00.
Walaupun basikal saya hanya berharga RM400.00, nilainya RM16,000.00 kerana dapat bersaing dengan basikal bernilai begitu. Sesetangah basikalis menggunakan helmet berharga RM400.00. Sama harga dengan basikal ku. Saya mahu beli basikal saya ni?




Sebelum ni memang saya ada dengar basikal berharga RM20,000.00 tapi tak sangka pula boleh bersaing dan berlumba dengan basikal mahal. Rupanya setakat RM16k masih dianggap murah kerana ada kawan kepada kawan saya ni menggunakan baiskal RM35,000.00. Fuh! dah boleh beli kereta dengan harga sebegitu.


Basikal yang murah sedikit. Harga RM8,000.00


Berbasikal dengan basikal murah ni penat sikitlah. Kena guna banyak kudrat. Terasa juga mahu beli basikal baru yang lebih elok sekitar RM1,000.00 - RM1,500.00 dah boleh dapat basikal sedemikian. Tapi mahu sabar lebih sikit , selagi larat, kayuhlah basikal murah ni. Kadang-kadang terasa best pula basikal murah bersaing dengan basikal mahal. Kerana orang yang merasakan dirinya mahal tidak perlu barang-barang yang mahal. Dirinya sendiri sudah mahal.

Beberapa hari lepas saya dapat sms dari seorang kenalan baru yang dikenali selepas satu kemalangan. SMS itu ditulis " More the servant love his Master, less he love objects and they decrease in number. Less the servant love his Master, more he love objectsand they increase in number - Ibnu Taymiah. Sungguh dalam kata-kata ini.

Basikal hanyalah objek.
Related Posts with Thumbnails