Thursday, January 21, 2010

Apa Ada Dalam Almari?



Apa ada dalam almari? Tentulah baju, seluar , skirt, blouse, kain dan lain-lain fabrik. Takkan ada harimau kot. Harimau memang tak ada tapi entah macam mana keturunan harimau ada kat sini. Awal tahun baru hari tu, datang seekor kucing yang sarat megandung masuk ke dalam rumah, kemudian dia keluar balik. Beberapa hari kemudian ia datang lagi. Sedar-sedar ia dah selamat melahirkan empat ekor anak di dalam almari di bilik anak-anak kami. Habis baju kena darah. Masa kami jumpa kucing tu, semua uri telah selamat ia makan. Mungkin sudah sejam dua ia melahirkan.




Close-up kucing bertuah ni. Dulu Tom pun tak beranak dalam almari. Dia pulak boleh beranak dalam rumah. Tom dulu beranak atas bumbung. Mungkinkah ini pengganti Tom. Iman dan Hidayah menamakan ibu kucing ini sebagai Mama dan anak-anaknya sebagai Mimi, Momo, Meme dan Mumu. Tak tahu mana jantan mana betina. Hentam sahajalah. Ada sesiapa mahu anak kucing?? Kami boleh hantar dengan percuma di Lembah Kelang.




1,2,3,4 anak kucing belum boleh berlari
5,6,7,8 kenapa rumah kami jadi pilihan
kami pun hairan, hairan, hairan..


Bukan setakat Mama. Si Buruk yang yang buruk ni pun menjadikan rumah kami sebagai kediamannya. Dia datang lebih sebulan dulu bersama tiga ekor anaknya. Entah kenapa dia membiarkan sahaja anak-anaknya itu.  Ada juga kucing berperangai buruk. Sebab itu ia di panggil Buruk.  Dua anaknya mati beberapa hari kemudian. Seekor masih hidup. Cantik namanya.



Ini dia si Cantik. Iman sedang membelai Cantik. Terapi kucing bagi seorang pesakit Asma yang telah sembuh. Kucing boleh membantu pesakit Asma kembali pulih. Kucing haiwan kesayangan Nabi.

6 comments:

SiNoMoSa said...

Salam Cik Mie,

Huhu pandai je kucing tue carik tempat yang best eks nak beranak hehe

Atikah said...

Salam,

Comel2nya...

Che Li said...

Tahniah Mi. Adalah rezeki nko nanti bela kucing2 tu. Aku tak sanggup sbb time balik kg, tak makan lak kucing2 tu nanti..

Azemi Ali said...

Salam Cik Sinomosa,

Memang pandai kucing tu cari spot untuk beranak. Selesa dan empuk. Nak halau kesian pula.

Azemi Ali said...

Salam cik Atikah

Anak-anaknya pun comel. Seekor warna putih bersih. Seekor kuning, dua ekor tiga warna, putih, grey dan kuning.

Azemi Ali said...

salam Che Li,

Biasanya kalau kitaorg balik kg, cuma letak makanan banyak sikit dekat luar. Kalau makanan tu habis dia akan pergi pau kucing lain dekat rumah-rumah jiran. Kadang-kadang kucing lain yang pau kucing kat rumah kitaorg ni. InsyaAllah mereka tak kelaparan.

Related Posts with Thumbnails