Sunday, January 17, 2010

Kayuh Hujung Minggu



Beberapa bulan kebelakangan ini saya agak aktif mengayuh basikal. Biasanya kalau ada sekurang-kurangnya seorang kawan, saya akan mengayuh sekitar 25 - 30km di laluan biasa dari Kajang ke Sg. Long. Kami memulakan kayuhan sekitar jam 7.45 pagi. Ketika kabus masih meliputi lebuhraya, bayu nyaman bertiup perlahan mengiring kayuhan kami.




Ops! Hari ini kayuhan lain sedikitlah. Ada kawan beli basikal baru rupanya. Fuh! mesti berdesup perginya.

Mesti satu basikal tu lebih mahal dari berpuluh basikal ini.



Last check dan kayuahn akan bermula sekejap lagi.

Kayuhan pun bermula. Sempat lagi ambil gambar.



Untuk mengekal stamina dan tenaga sepanjang kayuhan, jangan lupa mulakan hari dengan makan sekurang-kurangnay 3 biji kurma. Lebih baik jika dapat kurma Madinah seperti Safawi dan Mabrum. Atau jika ada bajet lebih boleh cuba murka Ajwa. Buah Tin Syira juga pilihan yang bagus. Bawa sebungkus kurma untuk bekalan dan kawan-kawan. Amat efektif ketika tenaga semakin kurang. Ada kawan yang syorkan makan Power Bar tetapi saya lebih selesa memilih kurma. Power Bar memang sedap tetapi belum tentu halal haramnya. Lagipun harga lebih bahal. Satu bar sudah hampir RM10.00. Tiga biji kurma baru RM1.00.




Lebih power kalau minim air Tasnim Gau dan bawa air ini di dalam botol. Ada kawan cakap saya mengayuh guna tenaga kuda. Basikal murah tetapi lebih laju dari basikal mahal. Rahsia saya ialah Tasnim Gau dan Kurma. Air Tasnim Gau ni rasanya macam air zam-zam.



Di sepajang Highway, banyak bukit yang perlu didaki. Teringat ketika pertama kali saya ikut kawan-kawan mengayuh di highway ini, dalam hati saya berkata " Menyesal sungguh aku ikut mereka ini". Lutut dan paha terasa amat sakit. Ada ketikanya rasa nak muntah pun ada. Tapi sekarang bila tak berkayu hati berkata " "Menyesal aku tak ikut diorang hari ini" Setelah beberapa kali kayuhan, saya rasa 30km tidak lagi mencukupi. Insya Allah 2-3 bulan lagi kami akan kayuh ke Port Dickson pula.

Banyak bukit di daki.


dan bukit lagi,




Jangan lupa minggu depan kayuh lagi, Insyaallah. Bulan ini target 300km kayuhan. Setakat ini baru 130km. Lagi 170km. Kayuh jangan tak kayuh. Riadah demi ibadah.

6 comments:

benludin said...

salam tuan,
cantik betul pemandangan pagi...

*jgn lupa pakai safety jacket (yg kaler lutsinar tu)

Azemi Ali said...

Salam tuan Ben,

Memang cantik pemandangan, udara pun nyaman, masih berkabus di pagi hari, Tak banyak kereta lalu-lalang.

* Kami biasa pakai baju bright colours macam oren, merah etc supaya namapak dari jauh dan ada juga pakai lampu kelip-kelip.

MBA said...

Jom kayuh Sabtu ini dalam 76km.

Atas beberapa permintaan, saya ingin mengajak untuk kita ride dari SILK (Cheras) dan LEKAS (Mantin) & return.
Distance: 76km
Date: 23 Jan 2010, 7.15AM
RV: Restoran D'JU, Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn.
(Tayar Goleh 7.30AM)
Coordinate: N3 02.204 E101 45.549

p.s Jika nak jersi, datanglah rumah.

DIKTATOR_MEDIA said...

Salam ziarah, mohon tnjuk ajar n sama2 lebarkan jaringan dakwah. Layari blog ana --> http://diktatormedia.blogspot.com/

Azemi Ali said...

Salam Tuan MBA,

Kayuhan yang menarik, sya teruja untuk menyertai. Ingin tahu apakah MB murah mampu menyaingi RB mahal.

p/s - Dapat jersi free memang best, dapat test RB Bianchi lagi best.

Azemi Ali said...

Cik Diktator Media,

Blog kamu tiada post terkini. Tiada posting maknanya tidak akan follower. Tulis banyak-banayk. Ramai orang akat ikut.

selamat berblog.

Related Posts with Thumbnails