Thursday, March 18, 2010

Kisah Freelander & Nevada



Tiga gambar teratas ditujukan kepada ciklie dari Sg. Buah, Bukit Unggul. Gambar paling atas Lerun Freelander, Kedua Lerun Casarina dan percuma dua buah tayar offroad ori. Harga macam dibincangkan. Kalau Casarina tu nak ranggi sikit boleh buka bakul dan carrier. Kalau ikut hati sayang nak jual sebab ada nostalgia bersaing dengan basikal-basikal power dan ironinya track paling jauh ke Bukit Unggul. Terbukti kebolehan Freelander. Ciklie nanti kita bincang lanjut mengenai pick-up or delivery.



Ini pula kayuhan malam tadi. Kayuhan kegemaran Fuji Tahoe, raja bukit jersi polka dot tetapi kayauhan Tahoe agak tergugat malam tadi apabila dicabar hebat oleh Fuji Nevada 1.0 warna hitam, merah dan putih yang masih berbau kedai. Malam tadi juga adalah sesi perasmian bukit SILK oleh Nevada. Kelihatan dalam gambar Nevada mendahului semasa separuh masa pertama selepas dakian mencanak sepanjang 8.8km. 

Ini pula salah satu dari kembar siam Fuji Suncrest di depan Twin Palms. Fuji Suncrest adalah antara salah seorang peneroka offroad Bukit Fuji ahad lalu. Mungkin ahad ini sebahagian lagi Bukit Fuji akan diteroka untuk mencari trek offroad yang lebih mantap.
Four Fujis and  a Polygunner. Lebih meriah bila disertai oleh Rockhopper, Merida , Jamis, Roadbike, BMC, Giants, Saracen dan semestinya T-Bolts. 
Ok. Dah penat. Masa untuk tidur.

Tuesday, March 16, 2010

Polygunner Cozmic Cx1.0

Kurang lebih 7 bulan berkayuh basikal. Menggunakan Lerun Freelander agak membataskan pergerakan. Bila semua gear telah digunakan, masih belum cukup untuk mendaki bukit yang lebih tinggi. Sesekali mencuba basikal kawan, saya begitu teruja bila mencuba Fuji Tahoe Comp Pro milik Tuan Suhaimi. Walaupun menggunakan gear 15, begitu mudah mendaki bukit. Pada bukit yang sama sama terpaksa menggunakan gear dua. Konsep gear basikal sama dengan gear kereta. Gunakan gear rendah bila mendaki.

Beberapa kedai telah dikunjungi. Kedai Simon di Taman Rakan, United Angel Pekan Kajang , Kedai Basikal Seri kembangan, Kedai Lan di Kelang, K Fine di Sekamat, Basikal Unibike pula sudah beberapa kali cuba. Ada 7-8 kedai yang dikunjungi 2-3 kali. Mungkin tokey basikal sudah bosan dengan kunjungan saya.

Antara basikal yang diuji.

Specialized Rockhopper Silver Black ini memang menarik minat saya tetapi tiada stok. Dalam gambar ini hanya basikal bersaiz 15 inci. Saiz saya ialah 17. Warantinya seumur hidup. 
Fuji ini pula yang ditawarkan oleh tuan kedai. Spesifikasinya tinggi tetapi harganya juga terlalu tinggi. Warnanya pun tak menarik.
Merida ini pula terlau berat. Jika bajet hanya sekitar RM1500, hanya dapat basikal yangberatnya 14.5 kg ke atas dan 8 kelajuan. Dengan bajet sebanyak itu Raleigh Elite  Shimano Deore 9 kelajuan sudah boleh dimiliki. Cuma masalahnya Raleigh ini terlalu kecil dengan frame 16. Saya hampir membelinya tetapi dibatalkan kerana masalah ketinggian. Lebih sesuai untuk wanita atau mereka yang memeliki ketinggian -+165cm.

Pernah juga bersua dengan Exitway siap dengan hydraulic brake. tetapi kunjungan kali kedua ke kedai yang sama, basikal itu sudah disambar orang. Jenama Exitway adalah salah sebuah basikal yang dikayuh oleh Dato' YDP MPKj. Jenamanya kurang terkenal tetapi value for money.

Terasa juga ingin memilik RB tetapi selepas menguji Bianchi ternyata bukan pilihan terbaik untuk saya sekarang. Mungkin pada masa depan. 
Specialized Rochhoper ini pula tak sampai-sampai. Mungkin kontena tenggelam kot.
Denga khabar Fuji Nevada 1.0  sudah sampai. Harganya amat murah. SRAM 9 speed tetapi beratnya 14.88 kg. Hampir-hampir membelinya tetapi faktor berat menjadi penghalang. Untuk menerunkan berat 1kg bersamaan kurang lebih RM1,000.00. Jadi slim itu lebih baik.

Cannondale F8 & F7 juga pernah diuji tetapi tidak menepati citarasa saya.

Akhirnya Polygon Cozmix CZ1.0 menjadi pilihan. Belian value for money. Jenamanya tidak sehebat Fuji tetapi tetapi spesifikasinya tinggi dan ringan. Cuma +-13.5kg. Faktor berat dan spek menjadi pendorong utamanya memilikinya.

Polygon Cozmix CX1.0

Hari pertama memilikinya saya telah membuat kayuhan solo di SILK sejauh 20km. Jauh benar beza kayuhannya dengan Lerun Freelander. Esoknya Cozmic sampai ke Mantin dengan 40km. Kayuhan malam pertamanya pula 23km. Kemudian kayuahn malam kedua 17km. Satu kayuhan tak jadi sejauh 3km. Dan offroad maut 12km. 115km dalam masa seminggu. Memang berbaloi dan value for money.



Monday, March 15, 2010

Uji Roadbike


Di Malaysia ada beberapa jenis basikal. Yang popular ialah Mountain Bike (MTB), BMX dan basikal racing atau roadbike. Semasa Le Tour De Langkawi yang baru berlalu basikal yang digunakan ialah roadbike. Roadbike (RB) pula ada bermacam jenis ada untuk fitness, triathlon, track, cyclo cross, aero, sport dan bermacam lagi. Setiap basikal ada fungsi yang berlainan.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menguji sebuah basikal roadbike. Saya pun kurang pasti ia masuk dalam kategori mana. Mungkin sport RB. Jenama Bianchi asal dari Italy. Harganya banyak ribu juga. Groupset asal Campagnolo 10 speed. Beratnya hanya 9kg. Basikal yang paling ringan yang pernah saya kayuh. Ini juga kayuhan pertama di Putrajaya. Kayuhan bermula di Taman Warisan, Putrajaya ke Kg. Limau Manis, Pinggiran Putra, Sg. Merab dan kembali ke Taman Warisan.


Kayuhan hari itu cuma bertiga. Satu lagi Bianchi berwarna hijau. Dan
juga basikal ini. Spesis Pinarelo. Sepit udang depannya berbentuk seperti keris. Bahagian belakangnya (bawah) pula tidak sama. Satu horizontal satu vertical. Beratnya cuma 8kg. Kelebihan utama RB ialah ianya ringan mungkin kerana tidak ada disc brake dan juga groupset yang ringan. 


Kayuhan hari itu cuma kayuhan santai tetapi kayuhannya sudah melebihi 25kmj. Saya cuba juga untuk speeding dan dengan cepat mencecah 40kmj dan bila menuruni bukit mencecah 60kmj tanpa kayuhan. Tayarnya slim dan kecil bila terkena batu, batu akan melayang. Saya banyak menggunakan brek ketika menuruni bukit kerana tidak biasa terlalu laju. Bila mendaki, gear yang ada sudah cukup untuk memeudahkan kayuhan.

Pertama kali mencuba RB, saya sudah kayuh 28km. Penat juga sebenarnya. Saya berkira-kira adakah mahu beli RB atau MTB. Beli RB jalannya atas tar sahaja. Beli MTB jalan bertar atau tidak tiada masalah. RB asas harganya RM5-6 ribu. Kalau MTB dengan harga itu sudah boleh dapat full carbon hard tail.

Rasanya belum masa untuk beli RB. Faktor utama ialah tangan saya lenguh ketika memegang handle. Biasanya kaki yang lenguh tetapi dengan RB tangan lebih penat. Mungkin kerana tak biasa. Mengayuh MTB lebih selesa walaupun tidak laju.



Adopt a Kitten



Please adopt us. 

433 Rakan Facebook Dipadam


Semalam saya mempunyai kurang lebih 642 rakan di Facebook. Hari ini hanya tinggal 211 rakan yang tinggal termasuk dua orang rakan baru. 433 orang terpaksa dipadam untuk menjadikan laman FB ini lebih bermakna.
433 rakan itu tidak pernah dikenali di alam realiti dan juga tak pernah bersua muka. Adalah lebih baik dipadam sahaja kerana saban masa wall saya dihujani dengan hadiah-hadiah yang tak perlu, menjemput kepada program yang ntah apa-apa, tagging yang tak perlu.

Saya telah memadam 2/3 dari rakan FB yang tak pernah dikenali. Bukan saya tidak mahu mempunyai kawan baru tetapi adalah lebih bermakna jika berinteraksi dengan sahabat, kawan, rakan,  keluarga, kawan sekolah, kawan satu universiti dan kawan-kawan yang "real" dari kawan maya.

.Memang benar ada pepatah yang mengatakan  "Berkawan biar ramai, musuh jangan dicari" tetapi Dengan kawan yang sedikit tetapi "real", perhatian yang lebih boleh ditumpukan kepada mereka. Mengetahui perkembangan terbaru kawan sebenar adalah jauh lebih bermakna.

Sunday, March 14, 2010

Da Tua Gi Kajang

Malam-malam seronok juga berkayuh mengelilingi Kajang. Suasana sejuk dan nyaman. Permai dan aman.

Pastikan lampu di pasang secukupnya walaupun lampu jalan pun ada.

Ambil gambar sambil memecut.

Woi! Tunggu aku, jangan memecut laju sangat.
Kayuhan terakhir Solaris.
Ini juga malam pertama untuk Polygunners Cozmix CX1.0
Posing terakhir Solaris sebelum diberi VSS. Fuji Nevada 1.0 menanti..

"Kayuhan yang tidak mencabar" kata tuan Sham yang menggunaka sleek tire. Tetapi berpeluh jantan juga selepas 23km. Bermula dari Prima Saujana ke Sekolah TKP bertemu Din, Helmi dan Ramli (kalau tak silap) dari Pinggiran Saujana. Kemudian menyusuri SILK bermula Plaza Tol Sg. Long ke Cheras Jaya dan Kemudian Plaza Tol Sungai Balak. Turun ke pekan Kajang, melewati Stadium ke Sg. Kantan dan pulang ke Prima Saujana.

Sunday, March 7, 2010

PrimaGatih Ke Mantin

Pagi tadi PrimaGatih kayuh ke Mantin. Berkumpul seawal 7.30 pagi di round about Prima Saujana. PrimaGatih kali ini berkayuh jauh sedikit ke Mantin. Rider yang turut serta seramai tujuh orang, empat orang rider biasa dari Prima Saujana iaitu Sham, Suhaimi, Fadil dan saya, Din dari Pinggiran Saujana (first time join), Sham Kajang Perdana dan Hamid dari Bandar Teknologi (join impromptu di kajang Perdana). Cuaca yang redup digunakan sebaik mungkin untuk berkayuh sederhana jauh. Jarak kayuhan ialah 40km dari Prima Saujana ke Kajang Perdana kemudian melalui LEKAS ke Mantin dan balik.


Tempat pertemuan biasa PrimaGatih.

Kayuhan ke Mantin agak landai. Kayuhan santai mencecah lebih 30km sejam dan kelajuan datar 45km sementara kelajuan menuruni bukit 50km sejam. Masa kayuhan serta rehat ialah 2 jam, menjadikan average kayuhan sekitar 25km sejam (tolak masa rehat). 6 rider menggunakan offroad tire cuma tuan Sham dengan tayar slick. Averaga speed tuan Sham melebihi 30km sejam.


GIANT customed Din Pinggiran Saujana.



Sham Kajang Perdana dan Hamid Bandar Tek.


Serba biru Din PS.


Jumpa R& R, jadi kenalah berehat sebentar. Minum dan makan kurma power bar.


Melangkaui sempadan Negeri Sembilan. Untuk ambil gambar elok sambil berkayuh terpaksa berhenti dan ini memang memenatkan. Lebih penat berhenti dan kayuh semula. 

Blog ini sudah jadi macam blog basikal hingga ada rider yang link dengan blog diorang. Lama tak update dan kalau update pun asyik cerita basikal. Apa-apa pun berbasikal ialah suatu aktiviti yang menyihatkan, seronok dan menjalinkan ukhwah yang lebih rapat antara rakan kayuhan. Dua orang yang saling tidak mengenali boleh jadi akrab kerana berbasikal. Bagi tim PrimaGatih, hubungan kami lebih erat berbanding penduduk yang tidak menyertai aktivit bersama ini.


Riders kayuhan hari ini. Mid thirties cycling group.


Stop terakhir untuk send-off Hamid ke Bandar tek. Harap-harap Hamid boleh join lagi lain kali. Kayuhan hari ini memang santai tetapi boleh kata semua rider kelaparan di 5km terakhir. Lain kali bagi kayuhan melebih 30km kena bawa banyak kurma dan juga buah Tin. Kurma memberi tenaga segera dan Tin mengenyangkan lebih-lebih lagi Tin Syiria yang basah. 

Minggu depan cuba off road pula. Putra Jaya Challenge Park atau Langat menanti PrimaGatih.
Related Posts with Thumbnails