Monday, May 24, 2010

B.A.C.A.

Bacalah!

Jika anda ingin menambah pengetahuan mengenai Islam, bacalah Solusi.

Jika anda ingin menambah pengetahuan mengenai basikal, bacalah Cycling Malaysia.

Jika anda ingin menambah pengetahuan mengenai perakaunan, bacalah Accountants Today.

Tetapi jika anda ingin berjaya di dunia dan akhirat, bacalah Al-Quran.

Sunday, May 23, 2010

Pindah Blog


Bagi riders dan juga peminat cerita basikal, cerita basikal telah dipindahkan ke www.drctim.blogspot.com. Namun sekali-sekala cerita basikal masih akan ke udara di blog ini. Stay tuned di blog ini untuk cerita-cerita Hidayah, Iman dan Amal.

Sunday, May 16, 2010

Kayuhan Silaturrahim

Alhamdulillah, hari ini kami meneruskan aktiviti kayuhan Ahad. Hanya 5 orang dari DRCT dengan seorang muka baru iaitu Raja dari West Country, Jalan Reko. Riders lain yang turut serta hari ini ialah Nata, Din, Pian dan blogger.

Sebaik menaiki bukit ke SILK kami bertemu 3 group riders. Ada satu group Road Bike dari Taman Sutera diketuai oleh Tuan Faizul dan 2 orang rider MTB dari Cheras diketua Tuan Azman. Satu group lagi MTB juga tapi tidak sempat berkenalan.

Dengan aktivti kayuhan ini, alhamdulillah lebih banyak hubungan silaturrahim telah dijalin oleh kami. Orang yang tidak dikenali boleh bersembang mesra, berjenaka dan saling mengenali. Minat yang sama mencetuskan Di dalam Jamboree contohnya pelbagai bangsa boleh beramah mesra tanpa rasa prejudis. Jika seorang rider memerlukan pertolongan, rider yang lain akan memberi bantuan tanpa mengira warna kulit dan agama.Semuanya kerana sebuah basikal.Minat yang sama mencetuskan rasa kekitaan.

Majoriti dari wajah-wajah di atas hanya kami kenali setelah agak aktif dalam sukan basikal. Sebelum ini kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Kayuhan demi kayuhan, Alhamdulillah, kami semakin erat. 

Wednesday, May 12, 2010

Mengutip Cukai Adalah Haram?


Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

SETIAP kali hujung bulan April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) penuh sesak dengan pembayar cukai. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan bercukai mereka.

Namun begitu, ada pihak mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat. Mereka berhujah dengan sebuah hadis Nabi SAW: "Pengutip cukai tidak akan masuk syurga." (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad). 



Hadis itu seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan adalah haram dan zalim. Sebenarnya hadis itu perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan.

Pada asalnya, Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi di antara orang miskin dan orang kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan kumpulan (asnaf) sahaja dan ia tidak boleh disalurkan kepada perkara lain, selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Tawbah[6:60]).

Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan lain-lain.

Berbeza dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti Jizyah: cukai kepala kepada golongan bukan Islam, Ghanimah: harta rampasan perang, Khumus: 1/5 daripada keseluruhan Ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul dan Fi': harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran.

Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada Khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya Futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.

Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al-Bayhaqi).

Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar adalah untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak. Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan "pengutip cukai tidak akan masuk syurga" tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah Nabi dan tidak akan ke syurga.

Kenyataan itu ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang sudah dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidhi, Musnad Ahmad). Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafa' al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidhi, Ibn Majah & Musnad Ahmad).

Menurut Prof Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif iaitu (Sahib Muks). Ia merujuk kepada cukai yang dikutip untuk menambah kekayaan pemerintah zalim dan kuncu-kuncunya serta menindas rakyat.

Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana yang sepatutnya. Akibatnya, jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah sudah biasa mengutip cukai sebegini.

Menurut majoriti ulama, pengenaan cukai oleh pemerintah berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai Masalih al-Mursalah iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dengan perkataan lain, pengenaan cukai oleh pemerintah menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga mereka.

Penulis ialah Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Sumber daripada Blog Tuan Rashid dan Tuan Razali.

Monday, May 3, 2010

Jamboree Jasin 2010


Alhamdulillah, DRCT telah selamat menyertai Jamboree Jasin 2010 pada 02 Mei 2010. Jamboree kali ini telah melibatkan 812 penyertaan dari seluruh semenanjung termasuk Singapura dan Labuan dan beberapa orang Mat Saleh. 10 riders DRCT telah mendaftar tetapi 6 riders sahaja berkayuh kerana 4 lagi riders ada komitmen kerja dan keluarga di saat-saat akhir. Penganjur mengkategorikan Jamboree Jasin sebagai sederhana, tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar. Jarak Kayuhan adalah 50km bermula dari Stadium Jasin melalui Pekan Jasin ke Jalan Kg. Rim menyelusuri jalan tar sejauh 3km, kemudian ladang kelapa sawit yang merupakan majoriti trek dengan anggaran 30km, ladang getah, lereng bukit di kaki Gunung Ledang sekitar 8km, hutan dan perkampungan orang asli, kawasan ternakan ayam dan lembu dan akhir sekali jalan tar dan berakhir di Stadium Jasin.


Tuan Sham Crest dan Sham Uteq sedang berbincang mengenai strategi kayuhan sebelum pelepasan peserta.
Sebenarnya  pengembaraan kami bermula pada malam sebelumnya di Prima Saujana. DRCT geng sedang memasang Thule holder untuk membawa basikal ke Jasin. Terima kasih Tuan Sham dan Tuan Uteq kerana sudi membawa basikal kami.
Thule holder hendaklah dipasang dengan ketat dan dikunci agar basikal boleh dibawa dengan selamat.
Lima buah basikal siap dipasang di bumbung kereta untuk dibawa ke Jamboree.
Kami sampai di Jasin hampir tengah malam. Pekan Jasin adalah kecil yang agak sepi di sebelah malam walaupun malam minggu. Kami menyewa sebuah rumah sebuah sepelaung dari Stadium Jasin. Harganya agak tinggi kerana faktor jarak dan mungkin juga tuan rumah yang ingin mencari keuntungan segera dari ledakan riders ke Jasin  dari pelusuk tanah air. Apa pun jarak rumah ini memang bertaraf lima bintang kerana jaraknya dengan stadium. Selepas kayuhan kami boleh terus mengambil minuman dan makanan dan menunggu lucky draw di rumah di bawah agin kipas yang sepoi-sepoi bahasa. Riders lain terpaksa berpanas di kemah dan sekitar stadium.
181 siap untuk di garisan permulaan.

Sedia untuk memecut.
Selepas 1km, ramai di hadapan..
Tapi lebih rami di belakang.. Ada harapan nak dapat top 100 masa ni..hehe..Tiba-tiba..
di km ke 3, masuk ladang kelapa sawit. Riders bersemangat untuk mendahului..kemudian semua riders sesat. Apa sudah jadi ? Mungkin orang paling hadapan masuk salah jalan atau marshal pun sesat. Inilah pertama kali dalam sejarah boleh sesat beramai-ramai. Suasana agak tegang dan panas apabila riders memarahi marshal dan penganjur.

Semua rides keliru dan agak kecewa ketika ini. Inikah Jamboree?

Lebih kurang 10 minit kemudian suasana reda bila route sebenar ditunjukkan oleh Marshal. Yang hadapan jadi belakang bila riders terpaksa berpatah balik dan mencari route baru. Dan tiada masa untuk mengambil gambar selain kayuh-kayuh-potong-kayuh-cilok-kring-ring-potong dan kayuh.
Hampir 30km jalan agak landai atau bukitnya tak seberapa, kayuhan jadi laju tapi agak kurang cabaran. Cuma ramai riders yang pancit tayar. Alhamdulillah semua riders DRCT selamat.
Cabaran sebenar bermula di sini. mendaki kaki Gunung Ledang dengan. MTB bermula, Mari Tolak Basikal.. tak ada yang tak tolak melainkan tolak belaka. Zon pendakian lebih kurang 7-8 km.
MTB. Masa ni tak ada mood nak ambil gambar kami sempat berkelah dulu di dalam hutan. Tak banyak gambar yang di ambil.
Anak-anak orang asli turut memberi sokongan kepada kami. Selepas pendakian bukit yang memeritkan, ianya diikuti oleh downhill yang agak berbahaya, ada rider terpaksa menggunakan 3 brek iaitu depan, belakang dan brek ketiga (kaki) sambil downhill. Ada juga berlaku kemalangan kecil bila rider terjadu semasa downhill.

Di bawah sana perkampungan orang asli. Bukit yang di belakang sana tu baru kami daki dengan MTB dan downhill. Lepas ni nak masuk hutan pulak.
Jumpa Wizmar di KM20.
Masuk hutan rupanya masih banyak bukit yang kena didaki. Apa lagi berkelah lagilah kami buat kali kedua. Tambahan pula dengan angin sepoi-sepoi biasa yang nyaman dan di bawah redup pohon hutan. Syoknya lepak. Melihat kami berkelah, ramai lagi riders yang join. Sebenarnya dalam kayuhan jamboree sebegini kita hanya berdepan dengan diri sendiri. Kalau ikutkan letih sebenarnya tidak seberapa tetapi semuanya perang mental. Bila tengok orang berhenti kita pun nak join sama. Advantage untuk orang di depan kerana tak nampak orang berhenti, so mental tak terganggu. Berkelah pun berkelah lah.
Tuan President pun join berkelah.
Wizmar sedang menghidangkan cendol dan pau panas. Wow! sedap.
Di sepanjang kayuhan kelibat Tuan Nata tidak kelihatan. Khabarnya beliau tersesat di dalam ladang kelapa sawit. Setelah melaungkan azan beliau berjumpa route yang betul. Akhirnya Tuan Nata meneruskan tanpa henti dan menamatkan kayuhan di tempat kedua bagi DRCT. Syabas!

Selepas berehat lama. Masa untuk memecut. Kali ini Polygunners mengalami krem di km40 kerana agak push semasa berkayuh. Alhamdulillah rakan riders yang tak dikenali cepat memberi pertolongan. Semangat kerjasama di antara riders amat baik tanpa mengira bangsa dan agama. Tolong menolong adalah budaya di setiap Jamboree MTB. Target untuk menamatkan kayuhan dan at least 300 riders pertama sampai. Tapi oleh kerana terlalu lama berehat target tersasar sedikit. Keputusan kayuhan adalah seperti berikut :
1. Uteq Al Jenggo - 191
2. Nat Nevada - 246
3. Ezral Nevada - 305
4. Polygunners - 357
5. Sham Crest - 406
6. Wizmar Merida - 450
Semasa berkayuh sempat tengok orang tengah menoreh getah. Kalau difikirkan lebih berfaedah menoreh getah dari berkayuh. Di sini kita wajib mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. Orang lain sedang bekerja kita masih sempat beriadah. Nikmat Tuhanmu yang mana satu yang kamu dustakan? Bersyukurlah dengan iktikad, lafaz dan juga perbuatan.

Semoga aktiviti kami ini tidak melalaikan kami dari ibadah dan mengingat Mu Ya Allah.

Saturday, May 1, 2010

Kayuhan Twin Palms

Malam tadi merupakan kayuhan terakhir sebelum Jamboree Jasin. 14 riders menyertainya termasuk 12 Jasin bound riders, 9 dari DRCT kecuali tuan Joe Jamis dan 3 orang kawan Wizmar Merida. Kayuhan kali ini juga mencipta sejarah dengan penyertaan sulung wakil 1/4J iaitu tuan Khairul manakala 1/4F juga menghantar wakil (maaf tak ingat nama). Wizmar membawa 3 orang riders yang juga rakan sepejabatnya (Mat dan maaf tak ingat nama) termasuk seorang lady rider Nora.

Seperti biasa riders berkumpul di jalan 1/2, Prima Saujana kemudian ke round about dan ke kedai Uteq. Malam tadi kayuahn dimulakan dengan doa selamat oleh Polygunners. Alhamdulillah! kayuhan ini berjaya dan selamat. Semoga kayuhan-kayuhan ini tidak melalaikan kami dari mengingati Mu.

Kayuhan bermula. Enter the mysterious tunnel. 


Tuan Zaidi datang dengan Fuji Tahoe menggantikan T-Bolto. Kayuhan makin mantap dan dapat mendaki Twin Palms dengan satu nafas je. Syabas!


Wakil 1/4F bersama Jimmy Tahoe.


Tuan Nat sedang mendahului pendakian. Terang betul lampu President, macam lampu motor.


Tuan Shah T-Bolto, member Wizmar Merida di Pit Stop pertama.


Nora Merida, roses among the thorn, kayuhannya mantap dan bertenaga dan bukan orang terakhir menamatkan pendakian. Syabas! Mat Merida, memang hang layak pakai jersi polka dot. Mendaki pun berdesup! dan Wizmar Merida, malam ni hang memang power kayuh mungkin lepas makan power bar Polygunners kot..hehehe.


"Lagi 29km kita sampai Sunway Lagoon. Boleh mandi beb" kata Dil Rockhopper kepada Nat Nevada.



Sham Crest the President sedang mengalu-alukan Tuan Khairul pakar daki gunung , wakil 1/4J. Lepas ni harap boleh jumpa Tuan Halim, Tuan Faizal dan Tuan Aizal dan wakil 1/4J lain. Kayuh for fun dan silaturrahim. 



Kembar siam, Ezral dan Nat Nevada.


Sutera itu SILK. SILK itu sutera. Top 10 riders for the night including photographer. 



Perbincangan diadakan sama ada ingin meneruskan 40km atau 50km kayuhan. Dalam team yang bagus perbincangan dan kata sepakat adalah amat penting untuk memantapkan lagi pasukan. Keputusan pasukan diutamakan. Safety first. Kayuh bersama .. No one left behind. 



Mana Uteq Al-Jenggo? tak nampak pun malam ni. Dengar khabar basikal ada masalah sikit kot. Oo tu dia, sedang memecut menghampiri apa tu.. macam gerai..


Gerai durian rupanya. mana akak jual durian? Tak ada... Durian pun dah nak habis. semua spesies udang Merah tu. Sodap. Pahang mari.


Dua malam lepas memang DRCT singgah pulun durian kat sini. Tapi malam ni tak jadi sebab durian pun tak banyak dan akak yang bagi baik punya diskaun pun tak ada..lain kalilah..hehehe.


Alhamdulillah semuanya selamat. Jumpa di Jamboree Jasin esok. DRCT will be there.
Related Posts with Thumbnails