Monday, May 3, 2010

Jamboree Jasin 2010


Alhamdulillah, DRCT telah selamat menyertai Jamboree Jasin 2010 pada 02 Mei 2010. Jamboree kali ini telah melibatkan 812 penyertaan dari seluruh semenanjung termasuk Singapura dan Labuan dan beberapa orang Mat Saleh. 10 riders DRCT telah mendaftar tetapi 6 riders sahaja berkayuh kerana 4 lagi riders ada komitmen kerja dan keluarga di saat-saat akhir. Penganjur mengkategorikan Jamboree Jasin sebagai sederhana, tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar. Jarak Kayuhan adalah 50km bermula dari Stadium Jasin melalui Pekan Jasin ke Jalan Kg. Rim menyelusuri jalan tar sejauh 3km, kemudian ladang kelapa sawit yang merupakan majoriti trek dengan anggaran 30km, ladang getah, lereng bukit di kaki Gunung Ledang sekitar 8km, hutan dan perkampungan orang asli, kawasan ternakan ayam dan lembu dan akhir sekali jalan tar dan berakhir di Stadium Jasin.


Tuan Sham Crest dan Sham Uteq sedang berbincang mengenai strategi kayuhan sebelum pelepasan peserta.
Sebenarnya  pengembaraan kami bermula pada malam sebelumnya di Prima Saujana. DRCT geng sedang memasang Thule holder untuk membawa basikal ke Jasin. Terima kasih Tuan Sham dan Tuan Uteq kerana sudi membawa basikal kami.
Thule holder hendaklah dipasang dengan ketat dan dikunci agar basikal boleh dibawa dengan selamat.
Lima buah basikal siap dipasang di bumbung kereta untuk dibawa ke Jamboree.
Kami sampai di Jasin hampir tengah malam. Pekan Jasin adalah kecil yang agak sepi di sebelah malam walaupun malam minggu. Kami menyewa sebuah rumah sebuah sepelaung dari Stadium Jasin. Harganya agak tinggi kerana faktor jarak dan mungkin juga tuan rumah yang ingin mencari keuntungan segera dari ledakan riders ke Jasin  dari pelusuk tanah air. Apa pun jarak rumah ini memang bertaraf lima bintang kerana jaraknya dengan stadium. Selepas kayuhan kami boleh terus mengambil minuman dan makanan dan menunggu lucky draw di rumah di bawah agin kipas yang sepoi-sepoi bahasa. Riders lain terpaksa berpanas di kemah dan sekitar stadium.
181 siap untuk di garisan permulaan.

Sedia untuk memecut.
Selepas 1km, ramai di hadapan..
Tapi lebih rami di belakang.. Ada harapan nak dapat top 100 masa ni..hehe..Tiba-tiba..
di km ke 3, masuk ladang kelapa sawit. Riders bersemangat untuk mendahului..kemudian semua riders sesat. Apa sudah jadi ? Mungkin orang paling hadapan masuk salah jalan atau marshal pun sesat. Inilah pertama kali dalam sejarah boleh sesat beramai-ramai. Suasana agak tegang dan panas apabila riders memarahi marshal dan penganjur.

Semua rides keliru dan agak kecewa ketika ini. Inikah Jamboree?

Lebih kurang 10 minit kemudian suasana reda bila route sebenar ditunjukkan oleh Marshal. Yang hadapan jadi belakang bila riders terpaksa berpatah balik dan mencari route baru. Dan tiada masa untuk mengambil gambar selain kayuh-kayuh-potong-kayuh-cilok-kring-ring-potong dan kayuh.
Hampir 30km jalan agak landai atau bukitnya tak seberapa, kayuhan jadi laju tapi agak kurang cabaran. Cuma ramai riders yang pancit tayar. Alhamdulillah semua riders DRCT selamat.
Cabaran sebenar bermula di sini. mendaki kaki Gunung Ledang dengan. MTB bermula, Mari Tolak Basikal.. tak ada yang tak tolak melainkan tolak belaka. Zon pendakian lebih kurang 7-8 km.
MTB. Masa ni tak ada mood nak ambil gambar kami sempat berkelah dulu di dalam hutan. Tak banyak gambar yang di ambil.
Anak-anak orang asli turut memberi sokongan kepada kami. Selepas pendakian bukit yang memeritkan, ianya diikuti oleh downhill yang agak berbahaya, ada rider terpaksa menggunakan 3 brek iaitu depan, belakang dan brek ketiga (kaki) sambil downhill. Ada juga berlaku kemalangan kecil bila rider terjadu semasa downhill.

Di bawah sana perkampungan orang asli. Bukit yang di belakang sana tu baru kami daki dengan MTB dan downhill. Lepas ni nak masuk hutan pulak.
Jumpa Wizmar di KM20.
Masuk hutan rupanya masih banyak bukit yang kena didaki. Apa lagi berkelah lagilah kami buat kali kedua. Tambahan pula dengan angin sepoi-sepoi biasa yang nyaman dan di bawah redup pohon hutan. Syoknya lepak. Melihat kami berkelah, ramai lagi riders yang join. Sebenarnya dalam kayuhan jamboree sebegini kita hanya berdepan dengan diri sendiri. Kalau ikutkan letih sebenarnya tidak seberapa tetapi semuanya perang mental. Bila tengok orang berhenti kita pun nak join sama. Advantage untuk orang di depan kerana tak nampak orang berhenti, so mental tak terganggu. Berkelah pun berkelah lah.
Tuan President pun join berkelah.
Wizmar sedang menghidangkan cendol dan pau panas. Wow! sedap.
Di sepanjang kayuhan kelibat Tuan Nata tidak kelihatan. Khabarnya beliau tersesat di dalam ladang kelapa sawit. Setelah melaungkan azan beliau berjumpa route yang betul. Akhirnya Tuan Nata meneruskan tanpa henti dan menamatkan kayuhan di tempat kedua bagi DRCT. Syabas!

Selepas berehat lama. Masa untuk memecut. Kali ini Polygunners mengalami krem di km40 kerana agak push semasa berkayuh. Alhamdulillah rakan riders yang tak dikenali cepat memberi pertolongan. Semangat kerjasama di antara riders amat baik tanpa mengira bangsa dan agama. Tolong menolong adalah budaya di setiap Jamboree MTB. Target untuk menamatkan kayuhan dan at least 300 riders pertama sampai. Tapi oleh kerana terlalu lama berehat target tersasar sedikit. Keputusan kayuhan adalah seperti berikut :
1. Uteq Al Jenggo - 191
2. Nat Nevada - 246
3. Ezral Nevada - 305
4. Polygunners - 357
5. Sham Crest - 406
6. Wizmar Merida - 450
Semasa berkayuh sempat tengok orang tengah menoreh getah. Kalau difikirkan lebih berfaedah menoreh getah dari berkayuh. Di sini kita wajib mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita. Orang lain sedang bekerja kita masih sempat beriadah. Nikmat Tuhanmu yang mana satu yang kamu dustakan? Bersyukurlah dengan iktikad, lafaz dan juga perbuatan.

Semoga aktiviti kami ini tidak melalaikan kami dari ibadah dan mengingat Mu Ya Allah.

4 comments:

NIZAM(trexia) said...

Salam...
Huhhh....dah sampai kat Melaka rupanya....tahniah,kalah ke menang ke bukan matlamat kita...yg penting penyertaan...teruskan kayuhan...semakin banyak penyertaan semakin banyak pengalaman...itu yg kita hendak...teruskan kayuhan mantap anda...lepas ni bolehlah buat jc sendiri...team pun dah makin ramai member....tahniah sekali lagi...

Azemi Ali said...

Salam Bro Nizam,

Ini baru first Jamboree yang DRCT masuk..dan ianya bukan tournament..lebih kepada karnival MTB.. Kalau Challenge itu tournament tapi tak larat nak masuk..

JC/t-shirt telah ditempah tapi belum siap..coming soon..

Bro, bila nak kayuh sama dekat SILK?.. Malam ni ada..hehe

TQ

mdnat said...

Tahniah mie,,satu coretan yg membakar semanggat utk DRCT team,,kita layan mini jamboree Frim plak.........alhamdulilah DRCT berjaya mengharungi perit jerih bumi jasin,,sehingga dpt menamatkan kayuhan,,menang kalah belakang kira,,janji persaudaraan antara jiran2 kukuh tanpa ada iri hati....hihii,,go!go!go! DRCT team,,go!go! bro Azemi........

Azemi Ali said...

Salam Bro Nata,

Demo memang kelas.. Semangat juang yang tinggi! Sebab tu demo boleh dapat no. 2 DRCT. Tahniah!
Dekat FRIm nanti boleh jadi Champ DRCT pulak!. Jom Kayuh!

Related Posts with Thumbnails