Saturday, May 30, 2009

Pesta Buku Lagi : READ Malaysia 2009


Pesta buku berlangsung lagi. Kali ini di The Mines, Seri Kembangan. Bermula 29 Mei hingga 7 Jun.

Antara penerbit yang turut serta.

Booth selalu yang dikunjungi. PTS Publication. Tapi kali ini tiada buku yang dibeli dri booth ini.

Sedang khusyuk memilih buku.

Baca satu per satu.

Inilah belian hari ini.

Kebanyakan buku untuk anak-anak.

Kembara Sepotong Doa


Semasa di Tanah haram saya diajar sepotong doa. Rakan seumrah, Haji Ramlan Othman telah mengajar sesuatu yang baru kepada saya tentang doa.
Katanya "Di sini, di Madinah dan Mekah kita jangan hanya berdoa untuk dunia, tapi berdoalah juga untuk akhirat. Ambilah kesempatan semasa di tempat-tempat mustajab berdoa ini untuk berdoa untuk akhirat."

Ada kisah seseorang yang berdoa untuk menjadi kaya di Tanah Haram. Setelah dia pulang ke tempat tinggalnya, beliau sering diberikan kaya oleh kawan dan jiran. Sungguh mustajab doanya itu. Cuma kaya yang lain beliau dapat.

Kemudian beliau mengajarkan saya sepotong doa . Kata beliau “ Berdoalah semoga kita mati dalam Iman. Kerana Allah telah berjanji jika kita mati dalam iman iaitu mengucapkan syahadah sebelum kita mati maka kita akan dimasukkankan ke dalam Syurga.”
Namun kematian itu satu tidur yang panjang. Yang penuh dengan cabaran. Yang penuh dengan siksaan bagi mereka yang berdosa. Maka doalah agar kita dibebaskan dari seksa kubur.
Jika kita dibebaskan dari seksa kubur ketika kita dibangkitkan di Padang Mahsyar, kita akan dibicarakan atas segala kesalahan di dunia. Kesalahan paling kecil akan dibicarakan beribu-ribu tahun. Berdoalah agar kita dimasukkan ke dalam Syurga tanpa Hisab.
“Tapi saya ni banyak dosa, layakkah saya dapat semua itu? soal saya.
“Allah itu Maha Pemurah. Allah itu Maha Pengasih. Tetapi jika kita tidak pernah berdoa demikian, mungkin kita tidak akan mendapatnya. Jika kita berdoa kita selangkah ke arah itu.
Jadi berdoalah “ Ya Allah. Matikan aku dalam iman, bebaskanlah daku dari seksa kubur dan masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu tanpa hisab". Amin.

Tuesday, May 26, 2009

When The Moon Split



When The Moon Split adalah sebuah biografi Nabi Muhammad S.A.W. Saya beli buku ini pada Mei 2008 di Kedai Buku Darussalam, Kota Mekah. Harganya SAR20.00. Bagi saya inilah buku terbaik yang pernah saya baca mengenai sirah Nabi. Banyak fakta yang saya tidak tahu diceritakan oleh buku ini. Semasa Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang sudah berakhir sebulan lalu ada juga menjual buku ini. Cuma ianya hard cover.Saya bukanlah ingin bercerita mengenai buku ini tetapi mengenai bulan yang pernah terbelah dua.

Baru-baru ini NASA telah mendedahkan gambar bulan yang terdapat rekahan di sepanjang diameternya. NASA telah membelanjakan USD100 Billion untuk mengesahkan bulan pernah terbelah dua. Umat Islam hanya perlu membaca Al-Quran, Surah Al-Qamar untuk mengetahui fakta ini. Namun sebagai orang Islam imej bulan terbelah ini sepatutnya akan memantapkan lagi keimanan kita. Ada juga orang bukan Islam yang mendapat hidayah selepas melihat imej bulan terbelah ini. Semoga mereka terus di beri Hidayah Allah Taala.

Sunday, May 24, 2009

Madu







Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang dilhamkan dan dimudahkanNya kepada mu". (Dengan itu) akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Surah An-Nahl (Lebah), ayat 68 & 69.

Saturday, May 23, 2009

Biawak pun beriman


Pada suatu hari Rasulullah S.A.W. sedang berjalan dengan sekumpulan para sahabat. Kemudian datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan RAsulullah. Beliau membawa seekor dha iaitu biawak padang pasir. Rab Badwi itu bertanya " siapakah mereka?". Para sahabt menjawan mereka sedang berjaan dengan Nabi. Arab Badwi itu belum masuk Islam dan begitu memarahi Nabi. Dia mengancam untuk membunuh Nabi.

Umar al-Khattab ingin membunuh orang tersebut tetapi dihalang oleh Nabi.nabi bertanya orang itu kenapa dia terlalu marah dan tidak menghormati nabi. Rab badwi itu berkata " Aku tak akan beriman kepadamu wahai Muhammad hingga biawak ini beriman kepadamu" sambil melemparkan biawak yang dibawanya.

Nabi memanggil biawak itu. Biawak itu pun menjawab dengan bahasa Arab yang fasih " Ya wahai Nabi S.A.w. Nabi bertanya " Kepada siapa engkau beriman?

Biawak itu menjawab " Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itulah rahmatNya dan dalam neraka itulah azabNya "

Nabi bertanya lagi " Aku ini siapa wahai biawak ?
Biawab menjawab " Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!"

Mendengan kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu pun memeluk Islam.

sumber - Solusi Perdana.

Halal lagi Berkhasiat











Islam menyuruh umatnya supaya memakan makanan yang halal dan berkhasiat. Halalan Toyyiba. Firma Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 bermaksud " Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagimu.

Sebenarnya makanan yang halal adalah lebih banyak daripada makanan yang haram. Yang haram ada beberapa sahaja. Sementara yang halal itu ada diseluruh dunia.

Nikmatilah rezeki Allah ini dengan sederhana. Pengambilan makanan berkhasiat secara berlebihan menghilangkan khasiatnya. Bersederhanalah dalam makan.

Allah berfirman dalam sural Al-Baqarah ayat 172 " Wahai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah".

"Ya Allah berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka".

Jom Makan Buah











"Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu sejenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar(kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang yang beriman".

Ayat 99, Surah Al-An'am.

Nabil Raja Lawak

Hari ini selepas berbasikal saya pergi ke pasar tani untuk beli keperluan dapur. Hari ini pasar tani sesak daripada biasa. Ada artis datang ke sini. buat pengambaran " Ketuk-Ketuk Ramadhan". Ada Nabil Raja Lawak, Irma Hashmie, Sheila Rusly, Jinggo krew-krew mereka.Sekarang baru Jamadil Awal. Program Ramadhan telah giat dipersiapkan.

Sheila Rusly sejak balik dari Umrah beberapa ketika yang lalu telah bertudung sepenuhnya. Ramai juga artis Malaysia yang mengerjakan umrah saban tahun. Ramai yang telah berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah. Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah Allah s.w.t.













Related Posts with Thumbnails