Saturday, May 23, 2009

Halal lagi Berkhasiat











Islam menyuruh umatnya supaya memakan makanan yang halal dan berkhasiat. Halalan Toyyiba. Firma Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 bermaksud " Wahai manusia, makanlah apa-apa yang di atas muka bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan merupakan musuh yang nyata bagimu.

Sebenarnya makanan yang halal adalah lebih banyak daripada makanan yang haram. Yang haram ada beberapa sahaja. Sementara yang halal itu ada diseluruh dunia.

Nikmatilah rezeki Allah ini dengan sederhana. Pengambilan makanan berkhasiat secara berlebihan menghilangkan khasiatnya. Bersederhanalah dalam makan.

Allah berfirman dalam sural Al-Baqarah ayat 172 " Wahai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah apabila benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah".

"Ya Allah berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka".

6 comments:

YorieMorie said...

assalamualaikum...
En,mie,,ape khbr?
moga2 sht la d smpg femly...
em,,, nk ulas isu mknan halal ni kan..[amboi cam kn parlimen pulak;)]..,, kadg sy terpikir,, kalu aym yg kite bli kt suprmrket conth nye,,blom tntu halal lot.. sy penah ragu2..yela,, mane tau kot tukang smbelih x bc bismillah..
x pown dier bukn islam ke...
hm,,kadg org bniaga nk untg jer...
arwah mak sy sriusly concerned bout dis,,....telur goreng kt kdai mkn yg x basuh ker...hm,,, salah ke kalu ragu2 ni En Mie?
hopefuly x..tp kalu sy was2 slalu sy x bli...xpela,, moga mkanan sy mkn halal..da masok dlm darh dging susah jgk if x halal kn... till then,,slm.

Azemi Ali said...

Assalamualaikum Yorie,

Saya sekeluarga memang tak pernah beli ayam dati Pasaraya. Beli ikan adalah. Selalu beli ayam dekat pasar tani dan sekarang ni bela ayam organik dekat HPA. Terjamin halal. Bab telur pun sama. My wife memang concern pasal tu, kalau makan dekat luar masa order dia siap pesan suruh basuh telur.

Ini bukan ragu-ragu atau was-was tapi bab menjaga makan. Kerana makananlah yang membentuk peribadi kita.

cikgu mas said...

salam untuk cik mie sekeluarga

towkey ayam,daging ,ikan,sotong tu mesti bimbang bila cik mie snap2 gambar,depa pikir pegawai penguatkuasa HEP nak pantau harga.he.he

segar2 lauk tu,kat mana pasar tani tu?,saya ada kt Putrajaya,kalau dekat nak pi gak.

halal haram bukan saje pada jenis makanan,tapi sumber kita nak beli makanan tu pun kena ambik kira,halal tak pendapatam kita,bila fikir soal halal haram rasa takut nak beli pape,tapi hidup perlu teruskan jugak,tawakallah,jaga mana yang boleh,lebih2 sangat jadi was-was.

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Gambar di ambil di Pasar Tani Prima Saujana Kajang kira-kira 25km dari Putrajaya. Kira-kira sepelaung dari rumah saya. Kalau datang singgahlah rumah, kopi arab tak ada, kopi Malaysia ada hehehe.

cikgu mas said...

salam untuk en mie sekeluarga..

Prima Saujana rupanyer..tempat cheq main pondok2 je tu...

Insyaallah..tq atas undangan tok usah dok bimbang,kat umah cik mie,cheq tak teringin kopi arab,air kosong pun tak pe,tapi sebab cheq tau Pn sarah pandai masak.cik mie ready lah tomyam kong (udang,ketam,tu dah ada tu),sup kambing,ikan sweet sour,jus buah segala buah tu...kalau boleh jus buah naga,nanti cikgu bawak group pompuan kaya sekali.nama pun pompuan kaya selera besar..ready lah ye..moga murah rezeki cik mie sekeluarga..

hiss kat blog cik mie pun nak merapu..

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Mai ler nanti dengan husband sekeluarga, group PK dan ajak Hj Azli sekali. Dia habaq nak balik KL.

Related Posts with Thumbnails