Saturday, May 23, 2009

Biawak pun beriman


Pada suatu hari Rasulullah S.A.W. sedang berjalan dengan sekumpulan para sahabat. Kemudian datang seorang Arab Badwi dari Bani Sulaim ke hadapan RAsulullah. Beliau membawa seekor dha iaitu biawak padang pasir. Rab Badwi itu bertanya " siapakah mereka?". Para sahabt menjawan mereka sedang berjaan dengan Nabi. Arab Badwi itu belum masuk Islam dan begitu memarahi Nabi. Dia mengancam untuk membunuh Nabi.

Umar al-Khattab ingin membunuh orang tersebut tetapi dihalang oleh Nabi.nabi bertanya orang itu kenapa dia terlalu marah dan tidak menghormati nabi. Rab badwi itu berkata " Aku tak akan beriman kepadamu wahai Muhammad hingga biawak ini beriman kepadamu" sambil melemparkan biawak yang dibawanya.

Nabi memanggil biawak itu. Biawak itu pun menjawab dengan bahasa Arab yang fasih " Ya wahai Nabi S.A.w. Nabi bertanya " Kepada siapa engkau beriman?

Biawak itu menjawab " Saya beriman kepada Tuhan yang di langit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itulah rahmatNya dan dalam neraka itulah azabNya "

Nabi bertanya lagi " Aku ini siapa wahai biawak ?
Biawab menjawab " Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam! Amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan, dan binasalah orang yang mendustakan tuan!"

Mendengan kata-kata biawak itu, Arab Badwi itu pun memeluk Islam.

sumber - Solusi Perdana.

2 comments:

CM said...

Salam en mie..

bagus cerita ni,nanti saya ceritakan kt pelajar kat tajuk tamadun Islam `Perkembangan Islam di Kota Makkah`..biar ilmu tersebar.
bab ni,saya suka pi blog cik mie byk cerita2 pengajaran dengan bahasa yang mudah dan tepat yg dikaitkan dengan senario kehidupan.teruskan cik mie,moga mendapat ganjaran dari Allah

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Semoga bermanfaat. ajaklah student cikgu mai blog ni sekali hehehe..

Related Posts with Thumbnails