Tuesday, May 26, 2009

When The Moon Split



When The Moon Split adalah sebuah biografi Nabi Muhammad S.A.W. Saya beli buku ini pada Mei 2008 di Kedai Buku Darussalam, Kota Mekah. Harganya SAR20.00. Bagi saya inilah buku terbaik yang pernah saya baca mengenai sirah Nabi. Banyak fakta yang saya tidak tahu diceritakan oleh buku ini. Semasa Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang sudah berakhir sebulan lalu ada juga menjual buku ini. Cuma ianya hard cover.Saya bukanlah ingin bercerita mengenai buku ini tetapi mengenai bulan yang pernah terbelah dua.

Baru-baru ini NASA telah mendedahkan gambar bulan yang terdapat rekahan di sepanjang diameternya. NASA telah membelanjakan USD100 Billion untuk mengesahkan bulan pernah terbelah dua. Umat Islam hanya perlu membaca Al-Quran, Surah Al-Qamar untuk mengetahui fakta ini. Namun sebagai orang Islam imej bulan terbelah ini sepatutnya akan memantapkan lagi keimanan kita. Ada juga orang bukan Islam yang mendapat hidayah selepas melihat imej bulan terbelah ini. Semoga mereka terus di beri Hidayah Allah Taala.

7 comments:

cikgu mas said...

salam en mie.

ye!! tu semua gejala sombong bodoh barat,megah dalam blok prejudisme yang tak sudah-sudah,terhenggeh2 mencari fakta untuk menegakkan keegooan kosong,sedangkan semuanya dah ada dalam Quran.Dah berapa kali tersungkur di kaki fakta AlQuran tapi tetap cabul menuduh Islam dan menghina Islam tanpa sedar mereka yang sebenarnya sombong bodoh.

Banyak ke beli buku kat Mekah??tepi hotel Hijaz ada satu kedai buku,hajat hati nak masuk,tak dan dok leka beli minyak atar,kopiah,tasbih ,pada hal melambak kat mydin,pas ni kalau pi lagi kawe nak beli buku jer.

benludin said...

salam tuan,
-berapa nilai currency mekah berbanding kita?
-line celcom/maxis boleh guna di mekah??

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas

Macam maksud Surah Al-Qamar, ayat 1 dan 2. Orang kafir telah melihat mengenai bulan terbelah itu namun mereka masih menolak Islam. Mereka tidak diberi taufik dan Hidayah Allah.

Adalah 2-3 buku yang dibeli dan dua naskah Al-Quran yang di bawa balik dengan azam untuk lebih banyak membaca Al-Quran. Alhamdulillah, improve gak lah bab tu.

Azemi Ali said...

Salam Tuan Ben,

Masa saya pergi tahun RM85 dapat SAR100. Dalam minggu ni RM95 = SAR100. Saudi Riyal naik sebab demand orang gi umrah tinggi. Dulu saya tukar awal. Elak kesakan hehehe.
Jangan tukar dekat bank, mahal. Tapi money changer dekat KLIA (bank) harga ok gak.

Dulu saya ke sana pakai prepaid Maxis. 1 SMS = RM1.80. Kopak! Line Celcom pun lebih kurang macm tu. Boleh call dan SMS Malaysia. Bila orang call kita pun kita kena caj jugak. Kat sana boleh pakai prepaid Saudi - Mobili, dan 2-3 jenam lagi. Lagi murah tapi first time sim card SAR80.00 (tahun lepas lah)dan boleh call SAR50.00.

Kini saya sudah bertukar ke prepaid Celcom.

Bila tuan pergi umrah?

Atikah said...

Salam en mie...

Satu sebab mengapa mereka mengetahuinya kerana mereka mengkaji kandungan al-quran... tapi mereka tidak beriman denganNya... mereka percaya suatu hari nanti bumi akan hancur... that why mereka berusaha untuk mengubahnya.... Maaf kalau tersilap... wallahua'lam...

Kak mas, susah2 kirim jer ngan en lie, dia kan nak balik akhir tahun nie... :)

benludin said...

salam tuan azemi,
-insyaallah 1 jun ni berangkat. Pergi 2 minggu je.(Doa-doakan semoga segala amal ibadat saya disana nanti dipermudahkan Allah swt. Dan yg penting mendapat umrah yg sempurna).
-kalau SAR10 tu apa agaknya barang yg boleh dibeli?? Air tin? Nasi sepinggan? (sorry..saja nak agak perbelanjaan)
-tq for the info

Azemi Ali said...

Salam Tuan Benludin.

Alhamdulillah. Tuan dijemput ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah. Mungkin sempat jumpa sahabat tuan, Prof. MKI di sana.
Biasanya kalau pergi dengan Travel Agents pakejnya dah siap makan-minum. Saya dulu makan dekat hotel saja, itu dah cukup mewah makannya. Semua makanan Malaysia. Orang Siam masak. Tapi ada juga saya cuba makanan sana. SAR2 dah dapat jus asli dalam botol 350ml rasanya. Memang pure jus, pekat. Ada mangga, oren dll. SAR1 atau SAR2 dah dapat aiskrim. Ini pun best, lain dari aiskrim kita. Kebab pun baru SAR3. Sana pun ada KFC, McD dsb, tapi saya tak masuklah. rasanya harga macam M'sia lah. Saya makan dekat TAZA Madinah, dulu franchise ni ada di Malaysia tapi dah tutup rasanya. SAR25 dah mewah makan 2 orang siap air. Ayam sebelah dan nasi.

Saya doakan tuan dapat umrah yang mabrur.Amin.

Related Posts with Thumbnails