Sunday, March 7, 2010

PrimaGatih Ke Mantin

Pagi tadi PrimaGatih kayuh ke Mantin. Berkumpul seawal 7.30 pagi di round about Prima Saujana. PrimaGatih kali ini berkayuh jauh sedikit ke Mantin. Rider yang turut serta seramai tujuh orang, empat orang rider biasa dari Prima Saujana iaitu Sham, Suhaimi, Fadil dan saya, Din dari Pinggiran Saujana (first time join), Sham Kajang Perdana dan Hamid dari Bandar Teknologi (join impromptu di kajang Perdana). Cuaca yang redup digunakan sebaik mungkin untuk berkayuh sederhana jauh. Jarak kayuhan ialah 40km dari Prima Saujana ke Kajang Perdana kemudian melalui LEKAS ke Mantin dan balik.


Tempat pertemuan biasa PrimaGatih.

Kayuhan ke Mantin agak landai. Kayuhan santai mencecah lebih 30km sejam dan kelajuan datar 45km sementara kelajuan menuruni bukit 50km sejam. Masa kayuhan serta rehat ialah 2 jam, menjadikan average kayuhan sekitar 25km sejam (tolak masa rehat). 6 rider menggunakan offroad tire cuma tuan Sham dengan tayar slick. Averaga speed tuan Sham melebihi 30km sejam.


GIANT customed Din Pinggiran Saujana.



Sham Kajang Perdana dan Hamid Bandar Tek.


Serba biru Din PS.


Jumpa R& R, jadi kenalah berehat sebentar. Minum dan makan kurma power bar.


Melangkaui sempadan Negeri Sembilan. Untuk ambil gambar elok sambil berkayuh terpaksa berhenti dan ini memang memenatkan. Lebih penat berhenti dan kayuh semula. 

Blog ini sudah jadi macam blog basikal hingga ada rider yang link dengan blog diorang. Lama tak update dan kalau update pun asyik cerita basikal. Apa-apa pun berbasikal ialah suatu aktiviti yang menyihatkan, seronok dan menjalinkan ukhwah yang lebih rapat antara rakan kayuhan. Dua orang yang saling tidak mengenali boleh jadi akrab kerana berbasikal. Bagi tim PrimaGatih, hubungan kami lebih erat berbanding penduduk yang tidak menyertai aktivit bersama ini.


Riders kayuhan hari ini. Mid thirties cycling group.


Stop terakhir untuk send-off Hamid ke Bandar tek. Harap-harap Hamid boleh join lagi lain kali. Kayuhan hari ini memang santai tetapi boleh kata semua rider kelaparan di 5km terakhir. Lain kali bagi kayuhan melebih 30km kena bawa banyak kurma dan juga buah Tin. Kurma memberi tenaga segera dan Tin mengenyangkan lebih-lebih lagi Tin Syiria yang basah. 

Minggu depan cuba off road pula. Putra Jaya Challenge Park atau Langat menanti PrimaGatih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails