Sunday, January 31, 2010

Kayuhan Inspirasi


Bagi sesetengah orang bersenam itu membuang masa. Apatah lagi berbasikal. Harga basikal terlalu mahal bagi mereka. Lebih elok duit digunakan untuk perkara lain yang dikatakan berfaedah. Sebahagian yang lain pula menyatakan mereka membuat pelaburan dengan membeli basikal.

Rider Team prima Saujana (TPS) yang paling senior berumur 51 tahun. Beliau diserang strok kurang lebih setahu yang lalu akibat penyakit kencing manis. Tuan Rosli terlantar hampir seminggu di hospital. Setelah discharge beliau dinasihatkan oleh doktor agar menyuntik insulin seumur hidup. (Tuan Rosli berdiri no. 3 dari kanan dalam gambar di atas.)

menyedari keadaan kesihatannya, Tuan Rosli tekad untuk berubah. Sebelum diserang strok, beliau tidak menjaga kesihatannya. belaiu tidak bersenam dan juga tidak menjaga pemakanan. Gula juga diambil secara berlebihan. Beliau membeli basikal Proton T-Bolt dan mula berkayuh. "Pelan -pelan Kayuh tetapi sampai juga ke destinasi "adalah motto beliau. Beliau bersenam dengan tekun dan menjaga pemakanannya. Akhirnya doktor mengesahkan yang beliau bebas dari penyakit kencing manis. Bagi beliau pelaburan +-RM1,000.00 untuk membeli basikal adalah pelaburan terbaik beliau. Apa maknanya duit ribuan ringgit jika kita terlantar sakit.

Beliau pernah berkayuh ke Lenggeng sejauh +-70km. Kami sendiri pun belum pernah berkayuh sejauh itu. Bagi kami rider yang jauh lebih muda, setiap kayuhan beliau adalah inspirasi bagi kami. Mungkin juga inspirasi bagi kita semua.

2 comments:

MBA said...

Salam;

Bila kita nak berkayuh ke Lenggeng?. Siap pasang basikal "panahrelo" nanti,bolehlah nak pinjam Bianchi.

Azemi Ali said...

Salam,

Kalau pakai Bianchi, bila-bila pun boleh ikut.

Related Posts with Thumbnails