Monday, November 16, 2009

Hujan


Gambar Masjidil Haram ketika hujan. Oktober 2009. Gambar diambil daripada  blog saudara Azli.

Ketika posting ini ditulis, hujan turun mencurah-curah. Hujan adalah rahmat dari Allah SWT. Allah menurunkan rezeki melalui hujan. Selepas hujan suasana amat nyaman. Hujan turun membersihkan alam.

Di dalam buku Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin menulis mengenai seorang saintis membuat kajian mengenai jumlah hujan yang turun di seluruh dunia.  Saintis ini mendapati jumlah hujan yang turun adalah konsisten setiap tahun. Ini adalah selaras dengan firman Allah dalam surah Az-Zukhruf ayat 11.

"Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dengan sukatan tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itu pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur "
Cuma yang berbeza ialah tempat diturunkan hujan itu. Sesebuah tempat ada yang diturunkan banyak hujan dan ada juga yang sedikit.

 "Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakkiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta bergembira" Surah ar-Rum ayat 48.

Menerusi blog seorang sahabat iaitu saudar Azli yang bekerja di kota suci Mekah saya mendapati sudah 3 kali hujan turun pada musim haji tahun ini. Hujan amat jarang turun di Mekah. Di sana tiada longkang kerana ianya tidak perlu sebab hujan amat jarang turun. Jika hujan lebat turun banjir boleh berlaku di Mekah kerana tiada longkang yang mengalirkan air.

Tahun ini kita dikejutkan dengan wabak H1N1. Saya ada terbaca di akhbar yang haji tahun ini akan dibatalkan kerana wabak H1N1. Mungkin yang menulis itu bukan seorang Islam. Suasana di Mekah juga sedikit berhabuk kerana kerja-kerja pembinaan hotel-hotel baru giat dijalankan. Kerja hanya berhenti bila musim haji bermula.

Para jemaah haji adalah tetamu Allah SWT. Allah SWT akan menyambut para tetamunya dengan cara yang terbaik.  Hujan adalah rahmat dari Allah SWT. Allah menurunkan rezeki melalui hujan. Selepas hujan suasana amat nyaman. Hujan turun membersihkan alam. Saya terfikir, Allah SWT menurunkan hujan di Mekah untuk membersihkan habuk-habuk pembinaan dan juga menghapuskan virus H1N1 di sana agar para tetamuNya dapat beribadah dan ditarbiah sebaik mungkin.

Mungkin ada yang berfikir tidak logik hujan boleh menghapuskan H1N1. Namun saya amat yakin Allah Maha Berkuasa.

4 comments:

sinomosa said...

Salam En Azemi,

Salam taaruf.
Sy juga yakin dgn kekuasaan Allah.
Tidak Dia jadikan sesuatu itu dgn sia2. H1N1 diturunkan jua ada asbabnya..wallahua'alam

Che Li said...

En Azmi, Tahun depan InyaAllah boleh peri. Tapi dengan usahalah, selain doa. Pergi jer jumpa sesiapa yg ada kuota. Spt Jamil Khir ker. Tu bukan potong trip org, kita ambil kuota khas..

Azemi Ali said...

Salam Ukhwah Cik Puan Sinomosa,

Terima kasih kerana membaca dan link blog yang tak seberapa ini.

Azemi Ali said...

Salam Che Li,

Salam Aidil Adha. Saya masih bercuti hari ini.

Pergi haji memang perlukan DUIT. Wang sahaja tidak mencukupi. Perlu ada Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal. DUIT.

InsyaAllah sampai masa kita ke sana.

Related Posts with Thumbnails