Saturday, December 25, 2010

Mesej Rindu


Blog Hidayah Iman Amal agak lama tidak diupdate. Bloggernya sibuk mungkin... atau leka dengan dunia...

Terima kasih kepada pembaca yang menitipkan mesej ini.... Bisa membangkitkan rinduku juga...

Semoga dipermudahkan.... Amin.

Mesej dari pembaca... Ainnur.




Salam. Saya baru sahaja beberapa hari pulang dari menunaikan fardu haji 1431H. Pergi diusia yang muda, belum pun mencecah 35 tahun.

Sbelum ini saya telah bebarapa kali mendapat lambaian dan seruan ketanah suci namun atas beberapa sebab saya terpaksa menolak dan tangguhkan pemergian tersebut.

Namun kali ini hati saya benar-benar tenang untuk menjadi tetamu agung Illahi. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman manis yang saya lalui hingga saya rasa tak mahu balik ke Malaysia.

"Ya Allah..... Aku rindu..untuk kembali menjadi tetamuMu.Aku rindu untuk beriktikaf dan bersolat di Masjidilharam. Aku rindu untuk tawaf,solat dimakam ibrahim, mencium hajarul aswad dan berdoa di mustazam.


Ya Allah... Rindunya hati ini pada hari wukuf.Rindunya menatap langit malam di Mudzalifah dan suasana di Mina.

Ya Allah...Betapa hati ini terlalu rindu untuk kembali kemasjid kekasihMu....beriktikaf,bersolat dan berdoa terutamanya di Raudah.

Ya Allah...jangan kau padamkan kerinduanku padaMu juga kekasihmu dari hatiku. Jangan jadikan kunjunganku itu yang terakhir.Ya Allah....sampaikan hajatku untuk kembali ke Baitullah setiap tahun... Amin, Amin, Amin ya rabbal alamin "




Amin. Saya doakan agar doa pembaca ini dimakbulkan. Amin Ya Rabbal Alamin.

3 comments:

Dr Ridzwan Bakar said...

Assalam Azemi,
Perlu teruskan menulis dan update blog. Perkongsian yg sentiasa menarik.

Dr Ridzwan Bakar said...

Assalam,
Apa khabar? Teruskan menulis

Azemi Ali said...

Waalaikumussalam Dr. Ridzwan,

Terima kasih Dr.

InsyaAllah saya luangkan masa untuk menulis. Priority sekarang lebih kepada perkara lain. Niat dan idea menulis itu sebenarnya masih ada.

Related Posts with Thumbnails