Monday, September 22, 2008

Shamsuddin Kadir




Hari ini Shamsuddin Kadir penulis, trainer, motivator dan pernah muncul di kaca TV hadir ke pejabat saya. Bukan hanya hadir bertanya khabar tapi membawa ole-ole. Dua buah buku dibawa bersama. Buta Duit dengan Rumah dan Biskut Ajaib. Saya telah membeli 3 buku pertama beliau. Kali ni saja je tunggu kalau dia nak bagi percuma. Memang rezeki, dapat free hehehe.

Saya telah mengenali Shamsuddin kadir lebih kurang 14 tahun lalu di UiTM Terengganu dan kemudian satu kelas di UiTM Shah Alam. Yang uniknya saya dan Tuan Shamsuddin pernah mendapat GPA dan CGPA yang sama buat beberapa semester pada masa Universiti dulu.

Laman web beliau www.shamsuddinkadir.com selalu saya kunjungi. Walaupun kerjaya saya sebagai akauntan yang urusan utama ialah mengenai wang tetapi banyak saya belajar mengenai pengurusan wang dari buku dan laman web beliau.

Terima kasih Din.Selamat maju jaya, selamat menulis lagi. Selamat menanam pokok-pokok getah dan menjadi kebun getah yang luas. Dan kemudian menghasilkan susu getah yang banyak. La ni getah mahal harganya - bak pepatah tamil tulisan SifuPTS - Sebatang pokok getah tidak menjadikan estet.

2 comments:

Anonymous said...

"Orang yang membantu orang lain berjaya, dia akan lebih berjaya daripada orang yang dibantunya itu"

Semoga ikatan persahabatan kita dan sifat bantu-membantu akan terus kukuh sehingga ke akhir hayat.

Itu yang unik, GPA dan CGPA yang sama untuk beberapa semester, mungkin Tuhan ingin memberitahu kita ada 'chemistry'. Saya doakan agar suatu hari nanti saudara juga turut menjadi penulis ataupun penulis bersama saya he he he.

Semoga sokongan saudara Azemi terus dirahmati oleh Allah setiap saat.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Shamsuddin Kadir

Azemi Ali said...

Terima kasih kembali.

Semoga kita semua senantiasa dipayungi rahmat Allah.Amin.

Related Posts with Thumbnails