Sunday, November 2, 2008

Kejar Dunia Untuk Akhirat

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, "Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harat samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama".
Hadis ini disebut dengan tujuan membetulkan fahaman sesetengah umat Islam yang menolak harta dunia, sedangkan tidak semua urusan dunia itu membawa keburukan kepada umat. Jika ianya dilakukan dengan cara yang halal dan dengan niat yang betul, pasti usaha seseorang itu akan diberkati oleh Allah S.W.T.
Jika harta dicari dengan niat supaya mereka tidak perlu meminta-minta daripada sesiapa, Allah S.W.T akan memberkati niatnya itu. Begitu juga jika dia berniat untuk membantu mereka yang memerlukan, pasti Allah akan meredhai usahanya. Namun jika harta dicari dengan niat untk bermegah-megah, laknat Allah akan menantinya di akhirat.
Dipetik daripada : Tundukkan Hati, Rahsia Keihklasan Hidup di Dunia Fana oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Annual Bakri Haron.

4 comments:

Shamsuddin Kadir said...

Saya terbaca kata-kata itu pada 2 minggu yang lalu, apabila diingatkan kembali, rupanya di dalam buku yang sama dengan buku yang saudara baca itu.

Teruskan usaha yang murni itu.

Anonymous said...

Tahniah.... Anda berjaya menyedarkan saya kembali...

ridzwan bakar said...

Salam Azemi,
Teruskan usaha murni ini. Dah start tulis buku?

Teh Ais said...

Hang ada bakat la.. terus kan usaha tangga kejayaan!!

Related Posts with Thumbnails