Friday, November 28, 2008

Golden Dreams

Pada pertengahan tahun 90-an hingga awal millenium ada suatu rancangan TV iaitu Benson & Hedges Golden Dreams. Saya beberapa kali mencuba untuk memasuki rancangan ini. Cubaan pertama saya hanya berjaya dapat surat penghargaan dari penganjur. Pada masa itu kononnya golden dreams ialah untuk mengelilingi Malaysia dengan berbasikal.
Cubaan kedua pula semakin berjaya apabila mendapat temuduga melalui telefon. Impiannya ialah untuk berlatih bersama-sama skuad pemanah Korea Selatan. Pada masa tersebut saya belajar di UiTM Terengganu dan aktif dalam sukan memanah.
Kemudian pada cubaan ketiga saya dapat temuduga dan screen test untuk rancangan ini. Pada masa tersebut saya berganding dengan sahabat baik, Azuan Ghazali. Impian kami pada masa tersebut ialah untuk menyertai pertandingan Bowling di Reno, Las Vegas. Pada masa tersebut kami memang benar-benar kemaruk Bowling. Pernah pada suatu Hari Raya Aidil Adha kami bermain bowling di Sunway Bowl. Pusing kiri kanan pada masa tersebut dan mendapati hanya kami orang Melayu yang bermain Bowling. Kami juga selalu menjuarai pertanding bowling College Open di Sunway Bowl. Sering juga bermain di lane sebelah pemain-pemain bowling negara seperti Shalin Zulkifli dan KN Lai.
Kami hampir-hampir diberi peluang tersebut dan muncul di kaca TV. Akhirnya penemuduga tidak yakin ini adalah impian keemasan kami. Penemuduga dari Amerika itu berkata jika ianya betul-betul impian keemasan pastinya kami akan betul-betul bermimpi mengenainya dan mempunyai perancangan rapi untuk merealisasikannya. Meraka hanya menolong merealisasikan impian tersebut. Hakikatnya kami hanya mahu ke luar negara secara percuma dan muncul di kaca TV.
Sekarang saya sudah ada impian keemasan yang sebenarnya. Saya mempunyai perancangan yang rapi untuk mencapainya. Sampai termimpi-mimpi. Saya dan isteri berhasrat untuk menunaikan Haji pada masa terdekat. Minggu lepas ketika menghantar emel kepada staf dan cc kepada bos mengenai peraturan baru Pesuruhjaya Sumpah. Dengan yakin setelah menyemak emel tersebut saya menghantarnya. Selang beberapa minit bos menjawab emel tersebut dengan pertanyaan " Ni Pesuruhjaya Sumpah ke Pesuruhjaya Haji?". Saya menyemak balik emel asal saya. Tajuknya ialah Pesuruhjaya haji. Alamak! Tersasul lah bos, saya balas balik emel itu dan menyatakan itu mungkin tanda-tanda nak pergi haji..hehehe..Ini baru Golden Dreams..

4 comments:

Ridzwan Bakar said...

Alhamdulilah Tahniah Azemi! Satu Golden Dream yang tiada nilai di mata manusia, tetapi amat bernilai di sisi Allah. Tersasul sana-sini adalah petanda baik hasrat anda semakin hampir. Doa akan memperkukuhkan golden dream ini.

Azemi Ali said...

Terima kasih atas kata-kata tuan Ridzwan. Semalam saya ke MPH Putrajaya, saya cuba cari buku Haji Muda tetapi tiada. Mungkin sudah sold out di sana. Buku tuan sudah best seller di pasaran. Tahniah! Mungkin penerbit perlu reprint lagi. Yang banyak buku Travelog Dakwah MKI cetakan kedua.

SAYANG SELALU said...

Salam,

Lama tak dengar brita.? Diam membisu semata. Kami OK je. Nampaknya ana tak dapat mbawa isteri ke Tanah suci th ini. Ada hikmah yg benar tersirat wa tersurat. K. Feah melanjutkan pljran ke M.Perguruan Ipoh- PGSR. bljr musim cuti je. Saya ada temuduga esok dan lusa. Doakan saya.

Azemi Ali said...

Terima kasih Tuan Hj Ramlan kerana sudi melawat blog ini. Saya doakan selamat berjaya dengan temuduga-temuduga tersebut. Amin. Mungkin kita boleh menunaikan haji bersama-sama pada tahun hadapan. InsyaAllah.Amin.

Related Posts with Thumbnails