Tuesday, December 2, 2008

Kematian

Bapa mertua saya ialah bekas siak masjid dan pernah juga menjadi bilal. Beliau selalu diamanahkan untuk memandikan mayat jika berlaku kematian di kariahnya. Beliau telah berpengalaman memandikan mayat lebih 20 tahun. Kini beliau masih diberi amanah itu.
Beliau berkongsi pengalamannya dengan saya. Berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau, biasanya berlaku banyak kematian ketika musim haji setiap tahun. Kadar kematian lebih tinggi dari bulan-bulan lain. Sama ada ketika jemaah baru berangkat ke Tanah Suci atau ketika pulang dari Tanah Suci. Banyak kematian berlaku di tanah suci ataupun tanah air termasuk di kariah beliau.
Beberapa minggu ini ada saja kematian di kariah beliau. Beliau telah menguruskan ramai jenazah sejak musim haji bermula.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Azemi.

Saya nak cari website lain tapi terbuka website tuan. Saya suka baca entri-entri di blog ini.

Baca tajuk entri `Kematian' ini mengingatkan saya kepada adik saya yang pergi dalam usia yang masih muda. Kematian beliau yang tidak disangka masih bermain-main di fikiran saya walaupun telah 3 tahun pemergian beliau. Insyaallah setiap hari saya tidak pernah lupa mensedekahkan doa kepada arwah. Dah banyak jenazah keluarga dan sanak saudara saya serta sahabat-sahabat yang saya ziarahi, tapi jenazah arwah adik saya ini membuat ramai yang mengalir airmata bukan sahaja di kalangan keluarga tetapi sahabat-sahabat sepejabat beliau disebabkan terdengar orang yang memandikan dan mengkafankan beliau berkata ringannya jenazah ini. Ibu saya yang terdengar kata-kata tersebut pun memberitahu bahawa arwah tidak pernah langsung meninggi suara atau membantah kata-kata makcik. Seingat makcik (ibu saya), makcik tidak pernah mendengar dia memekik memanggil nama makcik.

Azemi Ali said...

Salam tuan.
Terima kasih kerana sudi melawat dan berkongsi pengalaman saudara. Semoga roh adik saudara ditempatkan bersama dengan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Ini satu daripada sifat mahmudah, mengingati mati.

Alhamdulillah. Salam lanjutan perkenalan daripada kelas Puan Ainon

Sunardi Maulan @ abahfateh

Azemi Ali said...

Waalaikummussalam Abahfateh

Salam Ukhwah saudara Sunardi.
Terima kasih kerana sudi menjengok di sini. Salam Aidil Adha.

Related Posts with Thumbnails