Sunday, December 14, 2008

Bila Gaji Bertambah..

Saya mengenali seseorang yang berpendapatan yang lumayan.
"Dulu pendapatan saya hanya beberapa ratus ringgit tetapi saya mampu untuk mengerjakan umrah bersama keluarga"
""Kini pendapatan saya beribu-ribu ringgit namun saya tidak mampu lagi mengerjakan umrah seperti dahulu", keluh kenalan saya ini.

Saya perhatikan kenalan saya ini dan mendapati beliau agak kurang berusaha seperti dahulu. Ketika pendapatannya cuma beberapa ratus ringgit beliau begitu kuat bekerja. Setiap masa ketika waktu bekerja diperuntukkan untuk membuat setiap tugasan yang diberikan. Sekarang masa bekerja beliau banyak dihabis dengan membuat perkara-perkara lain. Ada kalanya beliau membaca buku sewaktu orang lain sibuk bekerja. Ada kalanya beliau melelapkan mata.

Adakah pendapatan beliau tidak berkat? Pendapatan yang banyak belum menjanjikan seseorang itu mendapat rezeki yang banyak.
Bila gaji bertambah belum tentu keberkatan juga bertambah..

6 comments:

razi said...

Sebab tu la yang banyak makan rasuah tu geng2 yg bergaji besar...tak de keberkatan la tu...gaji besar tapi slalu rasa tak cukup...minta jauh la.

Shamsuddin Kadir said...

Alangkah indahnya jika saudara Azemi menulis buku "Travelog Iman" amat sesuai dengan isu-isu yang dibicarakan di dalam blog ini.

Saya menanti bagi membeli dan membacanya.

Azemi Ali said...

Salam Ustaz Razi,
Kenalan saya ini tidak terlibat dengan rasuah cuma mungkin dia tidak melaksanakan tanggungjawab kontrak antara pekerja dan majikan. Rasuah itu terang-terang haram. Tapi makan gaji buta (term yang agak kasar) juga membuatkan sumber gaji yang diterima menjadi haram. Wallahua'lam.

Salam Tuan Sham,
Saya sedang mengusahakan sesuatu sekarang ini. Dengan izin Allah ianya akan berhasil. Terima kasih atas dorongan berterusan.

Salam Ukhwah untuk semua.

razi said...

Salam akhi Azemin...sebenarnya saya tak tuju kt kenalan akhi..respon saya secara umum sebenarnya tu..respon kpd ayat terakhir artikel akhi...harap maklum.

Azemi Ali said...

Salam ustaz Razi,
Saya tahu ustaz tidak bermaksud sedemikian. Terima kasih kerana sudi melawat dan beri komen.

Salam ukhwah

Anonymous said...

Seseorang yang mempunyai pendapatan yang cukup besar atau harta yang semakin bertimbun tetapi jika tidak berkat, beliau akan sentiasa merasakan tidak cukup dengan pendapatan dan harta yang beliau miliki itu dan beliau akan menjadi seorang yang amat kedekut sekali dan terlalu sombong. Itulah perangai orang melayu yang kita perlu hindari. Jika kita ditegur oleh sahabat-sahabat atau dengan jiran tetangga dengan kesombongan diri kita, maka seharusnya kita merenung balik dalam diri kita dan berubahlah sebelum kita terlambat. Sesungguhnya sebenarnya kita amat beruntung jika kita mempunyai sahabat dan tetangga yang mahu menegur kita demi kebaikan dan sentiasa berdoa untuk kita.

Related Posts with Thumbnails