Wednesday, July 29, 2009

Durian, Manggis dan Rambutan





Hari jumaat lepas saya sekeluarga sempat pulang ke kampung di Ajil, Terengganu. Kami pulang untuk menziarahi emak dan juga menikmati musim buah-buahan. Sempatlah makan buah durian, rambutan, manggis dan dokong dari dusun sendiri.
Sampai sahaja di sana lebih kurang pukul 9 malam. Beberapa biji buah durian kelihatan di atas beranda. Kami menikmati buah durian yang baru gugur sebagai pembuka selera makan malam. Biasanya cuaca pada waktu malam di sana sangat sejuk dan berkabus. Kipas tidak perlu dipasang. Kedinginan malam beserta bunyi unggas membuatkan fikiran begitu tenang sekali.
“Panaslah malam ini, tidak seperti selalu” saya memberitahu isteri.
“Saya rasa sejuk macam selalulah, bang” isteri saya memberi jawapan.
Rupa-rupanya saya terlebih makan durian dan terlupa meminum air dari pangsanya. Sebab itu dirasakan badan panas sedikit.
Keesokan harinya seawal jam 7.00 pagi, anak-anak telah bangun. Mereka begitu teruja untuk memungut buah durian yang baru gugur berhampiran rumah. Pengalaman begini tidak dirasai oleh warga kota. Begitu seronok melihat anak-anak memungut durian walaupun hanya beberapa biji. Teringat kembali nostalgia semasa saya masih di sekolah rendah di sekitar tahun 1980-an. Bila tiba musim durian, saya begitu teruja untuk memungut durian yang gugur setiap pagi. Kadang kala saya bersama arwah ayah akan pergi memungut durian pada sebelah malam sekitar 11-12 malam. Jika dibiarkan hingga pagi ada orang lain yang memungutnya.Itulah pencuri musim buah yang aktif ketika buah durian gugur. Arwah ayah pernah juga membina ran iaitu rumah atas pokok untuk menjaga durian dari dicuri oleh manusia atau dimakan binatang. Biasanya ran dibina di atas pokok rambutan yang berhampiran dengan pokok durian.
“ Di sana ada sebiji, di sana ada 3 biji, di dalam semak itu ada dua biji lagi, “ Saya kan membilang berapa durian yang dapat dipungut pada setiap hari. Kadang kala kami perlu membelek rumput yang panjang untuk mencari durian, ada masanya durian gugur dan masuk ke tempat berlopak. Biasanya setiap hari kami dapat memungut durian sebanyak 30-40 biji. Penuh sebuah kereta tolak . Saya lebih teruja untuk menjualnya. Harganya pada masa itu paling mahal tiga biji sepuluh ringgit. Harga sekarang jika musim kurang buah boleh mencecah tiga puluh ringgit sebiji. Hasil jualan durian ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan kami sekeluarga. Musim durian tidak lama. Waktu paling banyak buah gugur hanya 3-4 minggu sahaja. Tetapi ada orang kampung kami mengatakan musim durian ialah 40 hari sahaja dari buah pertama gugur hingga buah yang terakhir.
Pada masa itu ada beberapa batang pokok durian klon setaraf dengan D24. Isinya kuning dan tebal, rasanya sungguh sedap. Kini pokok –pokok durian itu tidak berbuah lagi. Usianya sudah lebih 50 tahun. Sudah mencapai usia pencen. Sudah bersara wajib. Sekarang ada pokok durian baru yang sudah berbuah. Ada beberapa batang, tetapi isinya tidak dapat menandingi durian klon.
Selepas memungut durian dan mengumpulkan di beranda, kami anak beranak pergi memetik rambutan pula. Ada beberapa dahan yang rendah boleh dicapai dengan tangan. Rambutan spesis anak sekolah dan jarum emas. Rambutan anak sekolah memang terkenal. Biasanya di lembah kelang jenis rambutan ini yang paling banyak terjual. Di tahun 80-an dulu rambutan dijual dengan dikira kuantitinya. Seratus biji rambutan baru berharga RM1. Pada masa itu ada lebih 50 pokok rambutan. Semasa musim rambutan saya sungguh seronok memetik dan mengira buah rambutan. Setiap seratus biji rambutan yang dikira akan ditanda dengan sebiji buah rambutan. Ia dinamakan gundar. Semasa musim banyak buah, peraih akan datang dengan lori kecil dan membeli buah dari penduduk kampung. Biasanya kami dapat memungut hingga 5,000 hingga 10,000 biji rambutan sehari. Pada pertengahan tahun 80-an, sistem timbangan metrik diperkenalkan iaitu kilo menggantikan kati. Sekilo rambutan adalah sekitar 30 biji sahaja. Tetapi penduduk kampong masih selesa menjual rambutan dengan mengira biji.
Bagi saya rambutan yang paling sedap ialah rambutan gula batu. Sayangnya pokok rambutan gula batu berhampiran rumah kami sudah mati. Agaknya rambutan jenis ini sudah pupus di Terengganu. Rasanya rambutan gula batu sesuai dengan namanya, memang manis macam gula dan lekang. Warna kulitnya kuning tetapi tidak sekuning rambutan gading. Rambutan yang tidak dipandang orang pula ialah rambutan rakyat. Isinya tidak lekang dan masam. Ianya Cuma digemari oleh wanita hamil. Rambutan Perak juga tidak digemari, walaupun lekang dan besar dan tebal isinya tetapi rasanya agak tawar.
Selepas makan rambutan, kami beralih pula ke pokok manggis. Ada beberapa batang pokok manggis di kawasan rumah. Pokok yang paling besar terletak betul-betul ditepi rumah. Daunnya rendang, usianya sudah lebih 50 tahun tetapi masih berbuah tetapi tidak selebat dua puluh tahun lalu. Semasa kecil saya sering memanjat poko manggis ini. Sekarang agak sukar memanjatnya kerana banyak dahan yang patah dan juga usia saya sendiri yang telah meningkat. Dah tua rupanya diri ini.
Cara terbaik memetik manggis adalah dengan memanjat. Jika dijolok dan jatuh ia akan pecah atau isinya menjadi keras. Satu cara lagi ialah dengan menjolok dan menadah kain dibawah supaya tidak jatuh ke tanah. Pada masa saya kecil hanya ada sebatang pokok manggis. Seingat saya manggis jarang dijual. Ia untuk dimakan sendiri dan diberi kepada saudara mara dan jiran-jiran.
Semasa ke kebun yang jauh sedikit dari rumah, saya terserempak dengan seorang jiran. Beliau dikenali oleh orang kampong dengan nama Mak Long. Suaminya Pak Long. Mak Long bukanlah saudara saya tetapi jiran sekampung. Umur Mak Long dan Pak Long sudah lanjut, saya rasa sudah lebih 80 tahun.
“Mie, bila balik?” Tanya Mak Long.
“Baru tiba malam tadi” jawab saya. “Mak Long apa khabar?” Tanya saya pula.
“Mak long sihat, jawab beliau. “ Di rumah ada beberapa biji durian, singgahlah bila nak balik nanti” tabah beliau lagi.
Selepas pulang dari kebun, saya singgah di rumah Mak Long. Beliau memberi beberapa biji durian yang baru gugur. Beliau ada memelihara angsa. Semasa saya kecil, beliau sudah memelihara angsa. Anak-anak saya teruja melihat angsa. Angsa sangat efektif untuk menjaga rumah kerana ia akan mengejar orang yang tidak dikenali. Angsa-angsa Mak Long sudah tua. Hanya tinggal dua ekor sahaja. Ia tidak bertelur lagi.
“Entahlah bila boleh berjumpa lagi, Mak Long dan Pak Long sudah tua. Tidak berapa kuat lagi” ujar Mak Long. Matanya agak sayu.
“InsyaAllah kami akan pulang hari raya nanti. InsyaAllah boleh jumpa lagi”, jawab saya dengan doa supaya Mak Long dan Pak Long dipanjangkan usia.
Pada hari ahad kami pulang ke Kajang. Kami pulang dengan dua guni rambutan anak sekolah, seguni manggis dan juga 60 biji durian. Ianya untuk diagihkan kepada abang, anak saudara, guru, ipar, kawan dan jiran-jiran.
Nostalgia tahun 1980-an saya tinggalkan. Terasa baru semalam saya ianya berlaku. Masa begitu cepat berlalu. Ramai jiran-jiran emak sudah tiada. Kami perlu lebih kerap pulang ke kampung untuk menghabiskan masa berharga bersama beliau. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna.

13 comments:

MBA said...

Salam Mie;

Mok sehat ke?

Mok Long dan Pok Long mana ni?.
Mok Ayoh Usop ke?. Lama dok jjupe Usop.

Ni nok kabor, anok Mukhtar, cucu Tok MekTok ada di Kajang, kat UniKL, baru daftar 2 minggu lepas.

Wassalam.

Azemi Ali said...

Salam.

Dah sampai Kajang ke?
Mok sihat.

Mok Long dekat rumah Fauzi.

UniKL Kajang dekat mana?

Che' Pit said...

salam che mie..

seronok nyer makan buah.. rambutan mmg feveret sy.. durian masa kecik2mmg y suka sgt, tapi skrg dah tak kisah sgt.. tapi rambutan tetap di hatiku, hehe..

cikgu mas said...

salam n dear my fren

aduhai..terliur terlentuk tgk itu rambutan..thn 2003,saya makan rambutan sgt banyak,pas tu saya kena batuk yg sangat teruk sampai kn tahan wad kt HKL..tapi saya sangat suka rambutan..hantarlah sikit kat cheq ni..prima saujana tu tak jauh pun dari sekolahku..

cik mie nk jual kat pasar tani ke tu???banyak yer...rezekimu melimpah ruah..

Atikah said...

Salam en mie...

Balik ganu makang duyang ker?
Tengok n3 nie, teringat zaman kanak2 dolu kala... p kutip duyang kat kebun atok... ngan kengkawan... tak takut hutan belentara pun waktu tu... sambil cari durian, panjat pokok manggis... rindunya saat tu...

Juga tgk gmbar anak2 en mie kutip durian,mengimbau kembali tragedi musim durian.... tertimpa buah durian ditengah belakang sewaktu dok bongkok nak kutip durian... waktu tu dalam darjah 4... sakitnya tak terkata...

ish..nie buat tak sabar lak nak balik kg nie... nak makan buah... he.. he...

benludin said...

salam tuan,
-hati2 makan durian..angin kuat
-cantek gambar2..terutama paling atas..ada bakat semulajadi(aku bakat tak menjadi..haha)
-seronok petik buah dgn titik peluh sendiri...ada kepuasan

Azemi Ali said...

Salam Che Pit,
Mmg buag rambutan tu sedap rasanya. Lokoh (lekang) dan manis. Lebih sedap dari yang dijual di Kajang.
Saya masa remaja dan baru kahwin pun dah tak heran dengan durian. tapi bila kahwin isteri saya suka makan durian sebab dia tak ada dusun. sekarang ni setiap bulan beli durian 1-2 kali walaupun di luar musim. Pernah seklai beli sebiji durain RM30. D2, mahal tapi sedap.

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,
Saya boleh jawab komen belah malam sahaja.Alhamdulillah saya belum pernha sakit makan buah buah tempatan.

Buah buah ni untuk dibagi kepada abang, anak saudara, ipar, kawan-kawan dan jiran-jiran. Moga ada pahala berterusan untuk arwah ayah saya yang menanam pokok-pokok buah-buahan tersebut. Amin.

Azemi Ali said...

Salam Cik Atikah,
Nostalgia kita pasal durian hampir serupa. Tapi saya tak pernah kena timpa buah durian. Mesti dusun atuk Tika lagi banyak pokok kan? Rugi kalau tak balik, musum dah sampai hujung ni.

Azemi Ali said...

Salam tuan ben,

Terima kasih atas nasihat. Saya makan sikit-sikit sahaja.

Gambar paling atas tu kat depan rumah kami di kampung. Masa tu baru pukul 7 pagi. Masih berkabus tebal, sejuk dan nyaman. Saya shoot gambar burung atas pokok tu, tapi zoom tak cukup kuat, nampak kecil sahaja. Guna kamera murah je.

isar said...

salam,

Syok nye balik kg, Azemi mesti dah banyak berubah kg kita, teringat kat time budak-budak dulu, memang kawasan Pelar,Peroh dan tokdor banyak dgn kebun.sekolah rendah kita dulu pun dah banyak berubah kan,kalu time dulu kawasan estet koko tempat kami curi durian, satu ladang kami ranjau,
kenangan yg bernilai,

tak pernah jumpa dgn adi kubing ke

Azemi Ali said...

Salam ISAR,

Sekolah rendah dah start construction bangunan baru. Bangunan papan sudah dirobohkan.

Azmandi masih di Rawang, ada juga jumpa dia sekali sekala masa Raya.

pelangi sepi said...

sedapnya buah rambutan

Related Posts with Thumbnails