Friday, July 3, 2009

Tulang



Inilah koleksi gambar terbaru saya. Gambar x ray tulang dalam berbagai pose dan shot. Ada pandangan sisi dan juga atas. Teknologi x ray dan lebih canggih CT Scan membantu para doktor menilai tahap kecederaan atau penyakit seseorang pesakit. Berdasarkan gambar x ray ini doktor pakar tulang, Dr. Liew Nyok San telah memberi saya cuti sakit sehingga 9 Julai 2009.

Mari kita tengok di dalam Al-Quran apa yang diceritakan mengenai tulang.

"Siapakah Yang dapat menghidupkan tulang-tulang Yang telah hancur seperti debu?" (Yaasin : 78)

"Katakanlah : "Tulang-tulang Yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan Yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan ia Maha mengetahui akan Segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya); (Yassin :79).

"Dan lihatlah kepada tulang-tulang itu, Bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya Dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadaNya (Apa yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang Aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". (Al-Baqarah : 259).

"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup, maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al-Anbiya' : 30)

Gabungan ayat 78 & 79, Surah Yaasin, Ayat 259, Surah Al-Baqarah dan ayat 30 Surah Al-Anbiya' sebelumnya dibaca Al-Fatihah dan Selawat Syifa digunakan bagi merawat tulang patah. Doa ini dipetik dari buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit, dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din, pengasas dan penasihat Darussyifa'.

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W dan ia adalah mukjizat sepanjang zaman dan boleh digunakan oleh seluruh umat Islam. Di dalamnya terkandung panduan hidup muslim. Sesiapa yang di dalam hidupnya berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis tidak akan sesat selama-lamanya.

3 comments:

cikgu mas said...

Salam en mie

Doa saya dah kuatlah tulang tu..tulang ni kena jaga sebab u`tulang belakang`keluarga..mengambarkan kepentingan peranan dlm satu institusi..

bila kita mati nanti..semua badan dah hancur..tapi ada tulang kalau saya tak silap bernama `Sulbi`takkan hancur ,ia jadi penanda kubur..kalau kubur nk dialihpun tulang tulah yg akan dikebumikan semula (saya pernah tgk orang gali kubur lama masa dok asrama kt Sharod dulu)..just share with u..

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Betul kata cikgu.

Sharod tu apa nama penuhnya?

cikgu mas said...

salam en mie

lupa lak awak bukan org melaka,kalau study kt melaka mesti tau...SMKA Sharifah Rodziah (Sharod)..

Related Posts with Thumbnails