Tuesday, June 30, 2009

Bermegah-megahan


Surah Al-Takaatsur (Bermegah-megahan)Ayat 1 - 8.

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti)oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh)"

"Sehingga kamu masuk kubur "

"Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!"

" Sekali lagi (diingatkan); jangan sekali-kali kamu ( bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!

"Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat)"

"(Ingatlah demi sesungguhnya! - kamu akan melihat neraka yang marak menjulang"

"Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!"

"Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

8 comments:

Atikah said...

Salam en azemi... org kg kite... :)

Nice info... semoga saya tidak tergolong dalam golongan yang suka bermegah2... amin... kalau saya jadi cam gitu... ingatkan saya yang terlupa ini...

BAGAk said...

moga2 semua orang pun macam tu

aman dunia

Azemi Ali said...

Salam cik Tika,

Tak balik kg ke?

Bermegah-megah adalah antara ujian di dunia kerana manusia cenderung untuk bermegah-megah kerana faktor nafsu. Nafsu ingin lebih (harta, anak - pinak, pangkat dan pengaruh) daripada orang lain. Mengikut Imam Al-Ghazali, nafsu ialah perkara yang paling besar di dalam dunia. nafsu sukar dibendung kecuali dengan ilmu dan iman.

Bersamalah kita ingat mengingati antara satu sama lain...

Azemi Ali said...

Salam tuan bagak,

Sudah menjadi adat dunia,
ada orang kaya, ada orang miskin
ada orang baik, ada orang jahat
ada orang zuhud, ada orang riya'

Pilihlah apa yang kita nak jadi. Tetapi ingatlah dunia ini sementara. Akhirat yang kekal..

Ada syurga dan ada neraka

Jalan ke syurga itu tidak mudah..

Semoga kita tergolong di kalangan ahli syurga. Amin.

Leya said...

Salam eb azemi....tu la saya selalu berdoa supaya saya dan keluarga dijauhkan drpd sifat bermegah2 dan mendidik diri supaya dapat berkongsi sedikit rezeki dgn org yang memerlukan

Azemi Ali said...

Salam Leya,

Terima kasih kerana datang dan baca ke blog saya dan linkkan dengan blog puan.

Moga kita tergolong di kalangan orang yang zuhud.Amin.

Anonymous said...

askm,
yup!tiap sesuatu akan di hisab.
Gerun bila mengingatkan nya.Amalan tak setimpal dgn nikmat yg di ambil dan digunakan.Andaikata tiada nikmat seperti paru2, buah pinggang jantung dll yg allah beri percuma, terdaya ke agaknya kita nak angkut oksigen tank kemana saja kita nak pegi dan bila habis nak q pi refill pulak.hihihihi..x leh nak bygkan...kemudian angkut engine pemgganti jantung...klu besar mcm engine kete macamana???
ooohhhh..thank you allah,lots of thanks...infinite... semuga allah jd kan kita org2 yg bersyukur...

Azemi Ali said...

Salam

Terima kasih tuan / puan Anonymous.

Related Posts with Thumbnails