Tuesday, June 16, 2009

Berehat Sebentar



Alhamdulillah! kecederaan yang saya alami membawa rahmat. Saya mampu untuk rehat sebentar dari tugasan pejabat yang sentiasa menimbun. Kini saya ada lebih masa untuk membaca dan juga menulis. Mungkin juga sempat untuk menyiapkan proposal yang tertangguh.

Di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Bersabar dengan setiap ujian adalah langkah yang terbaik. Saya teringat sebuah hadis daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a.. Nabi S.A.W bersabda : " Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan keduckacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya". - Riwata Al-Bukhari dan Muslim.

Masa untuk mencapai impian.

2 comments:

mba2u said...

Selamat menulis proposal.
Proposal buku "buat Duit Dengan Basikal" telah selamat dihantar kepada editor dalam masa 24 jam selepas idea tersebut dicetuskan oleh Pn. Ainon.

Jika diterima (alahai.... idea Pengerusi tidak semestinya diterima editor), sebulan sahaja buku boleh disiapkan. Insyaallah.

Azemi Ali said...

Salam.
Terima kasih atas dorongan yang berterusan. Rupanya bahan dan hasil yang saya usahakan agak banyak juga. Tunggu proses akhir sahaja dan memantapkannya lagi.

Related Posts with Thumbnails