Monday, June 22, 2009

Telefon Bimbit



Inilah wajah handphoneku. Nokia 6020. Sudah berusia lebih 3 tahun. Masih utuh. Sudah banyak berjasa. Ku harap masih boleh berkhidmat 3 tahun lagi. Ini adalah HPku yang ketiga dalam hidup. HP yang pertama Ericson, masa tu belum bergabung dengan Sony. Yang kedua Nokia 3010. 3 HP dalam masa 12 tahun. Ok lah tu. Jimat!

Sekarang di pejabat, kawan-kawan sibuk ajak join group Nokia E71. Ada GPS kata mereka. Nak kemana-mana tak sesat lagi. Aku pun ada GPS juga. Surf google earth untuk peta dan ada navigator di sebelah pemandu. GPS E71 bercakap bahasa Inggeris sahaja. GPS ku boleh berbahasa Inggeris, Melayu dan kadang-kadang Arab. Lagi canggih. Lebih murah. Percuma.

Bagi sesetengah orang, menukar HP bila ada model baru adalah hobi mereka. Aku pula kata " HP cuma alat komunikasi sahaja. Untuk menelefon bila perlu".

6 comments:

benludin said...

salam tuan,
pe habaq?
GPS sebelah kiri tu mrs hang ka?

cikgu mas said...

salam cik mie

he,he,he klasik yer...antik gitu..sama dgn cheq punyer..nama pun rakan sebaya..sama taste nampak,cuma cheq punya belum tertanggal kulit dia!!!cheq nk beli gak N95 mcm ciklie punyer

Azemi Ali said...

Salam Haji Benludin,

Bila balik umrah? Apa khabar tuan? Alhamdulillah, saya sihat cuma tengah MC ni.
GPS ni mrs lah. Lebih efisien walaupun kadang-kadang salah jalan jugak..haha.. Tapi seminggu ni dia jadi driver, saya pulak jadi navigator.

Azemi Ali said...

Salam cikgu Mas,

Macam mana anak murid hari ini?
Depa kata N95 tu dah outdated, sekarang Nokia tengah hot dengan E series.. macam E71, E73, E70, etc..etc..

cikgu mas said...

salam

betul cik mie,baru semalam cheq pi kt digital Mall USJ,nokia yang cik mie sebut tu yg GPS tu tgh meletop2 tapi kita nibukan driver lori perlu sgt GPS tu!!beli ikut keperluan.N95 pun dah murah around 1400 jer dulu dekat rm2k++,pelajarku kt nanti outdated old fashion

Azemi Ali said...

Salam cikgu

Kalau macam tu belilah E71 baru RM1300 dan semakin murah. N95 tu mintak je dengan cik lie..hehehe

Related Posts with Thumbnails